Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Faizi Ahmad Kamil (Jawi: خير الفاءيزي بن احمد کامل ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang, Johor. Beliau juga merupakan mantan Ketua Penerangan Perikatan Nasional negeri Johor[1].
Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil KMN | |
---|---|
Ketua Penerangan Parti Perikatan Nasional Johor | |
Menyandang jawatan 15 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Penolong Setiausaha Agung PAS | |
Menyandang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Takiyuddin Hassan |
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2010–2013 | |
Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
Digantikan oleh | Abang Mat Kerdee Abang Masagus |
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor | |
Dalam jawatan 2005–2011 | |
Didahului oleh | Mazlan Aliman |
Digantikan oleh | Suhaizan Kaiat |
Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang | |
Menyandang jawatan 2011 | |
Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia | |
Dalam jawatan 2005–2007 | |
Pengarah PASTI Negeri Johor | |
Dalam jawatan 2000–2005 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kluang, Johor | 11 Januari 1973
Parti politik | PAS (2020-kini) PAS |
Kediaman | Johor |
Pekerjaan | Ahli politik, Penulis, Penceramah |
Beliau adalah merupakan Ketua Pengarah Pertubuhan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) sejak tahun 2019.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada 15 Mei 2020 sehingga 8 Mac 2021 dan Pengerusi Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada 15 November 2020 sehingga 30 September 2021. Kedua-dua GLC ini di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) pada tahun 2020.
Latarbelakang
suntingBeliau dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam (1980) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang (1981-1985). Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1986-1990). Memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Tasawur Islam (ILHAM), Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperolehi Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan (Sains Politik/Pengurusan)
Penglibatan di dalam politik
suntingBeliau adalah seorang aktivis PAS sejak daripada tahun 1997 lagi. Beliau pernah menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 2004, 2008, 2013, 2018 dan 2022.
Pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Parti | Undian | Lawan | Parti | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 4,107 | Gapar Gurrohu | BN (UMNO) | 19,045 | 14,938 |
2008 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 9,009 | Md Jais Sarday | BN (UMNO) | 17,489 | 8,480 |
2013 | DUN Mahkota, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 18,323 | Md Jais Sarday | BN (UMNO) | 19,431 | 1,108 |
2018 | DUN Jementah, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 1,986 | Chiam Yok Meng | BN (MCA) | 9,335 | 7,001 |
Tan Chen Choon | PH (DAP) | 16,336 | ||||||
Parlimen Segamat, Johor | Khairul Faizi Ahmad Kamil | PAS | 2,676 | Subramaniam Sathasivam | BN (MIC) | 18,584 | 5,476 | |
Santhara Kumar Ramanaidu | PH (PKR) | 24,060 | ||||||
2022 | N24 Senggarang | Khairul Faizi Ahmad Kamil (PAS) | PN (PAS) | 5,624 | Mohd Yusla Ismail | BN (UMNO) | 9,725 | 3,912 |
Abd Hamid Jamah | PH (Amanah) | 5,813 | ||||||
Zalihah Jaafar | Pejuang | 168 | ||||||
Baharudin Abdullah | Bebas | 227 |
Motivasi
suntingBeliau sering memberikan ceramah dan pengendalian kursus berkaitan dengan pengurusan motivasi dan pernah menjadi kolumnis Harakah dalam ruangan pengurusan dan pentadbiran. Pernah menerbitkan pelbagai Manual Pengurusan PAS dan telah menulis buku Pengurusan Organisasi Haraki (2017), Poligami (2018) dan Rahsia Mesyuarat Berkualiti dan Berkesan (2018) yang diterbitkan oleh Minda Sejahtera Resources.
Beliau berkemampuan untuk bermain beberapa instrumen muzik dan telah mencipta lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan, diantaranya Aku Pejuang Islam, Ku Pinta RedhaMu, Agenda Anak Muda Berkebajikan, Harapan Rohingya, Kasih Bonda 2015, Derita Gaza 2.0, Istiqamah Hingga Kemenangan, Infiru dan Impian Ramadhan.
Anugerah dan pengiktirafan
suntingDarjah kebesaran
sunting- Malaysia:
- Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) – (2021)[2]
Rujukan
sunting- ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.