Khairul Azman Mohamed
Khairul Azman Mohamed merupakan seorang bekas penjaga gol terbaik[nyatakan menurut siapa?] era 90-an yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Dengan ketinggian dan kemahiran yang baik, pada era kegemilanganya mampu membuatkan pemain lawan menggeruni [perlu rujukan] kemampuannya mengawal gawang. Setelah menghabiskan zaman sebagai pemain, beliau menjadi jurulatih penjaga gol untuk pasukan bola sepak negeri Sabah.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Khairul Azman Mohamed | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol (Bersara) | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini |
Johor Darul Takzim FC (Jurulatih Penjaga Gol) | ||
Nombor | - | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1985-1995 | Pahang FA | 315 | (0) |
1995-2005 | Sabah | 249 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
1991-1997 | Malaysia | 59 | |
Pasukan diurus | |||
2013- | Johor Darul Takzim FC(Jurulatih Penjaga Gol) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya
suntingKhairul Azman mula melibatkan diri secara separuh profesional ketika bersama pasukan Pahang. Ketika itu, dia merupakan penjaga gol muda yang terbaik. Ini melayakkan dia dipanggil mewakili pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN di Jakarta, Indonesia. Dia kemudian diserapkan ke skuad Piala Malaysia Pahang pada 1985.
Pada tahun 1991, Khairul Azman mula beraksi bersama pasukan senior kebangsaan. Walau bagaimanapun, Hassan Miskam dari Johor dipilih sebagai penjaga gol utama kebangsaan. Meskipun gagal menjadi pilihan pertama, Khairul beberapa kali menggantikan Hassan sebagai penjaga gol utama ketika perlawanan menentang Aston Villa dan England pada tahun 1991.
Pada tahun 1993, Khairul membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka dan pertandingan tersebut merupakan kejuaraan keduanya diperingkat antarabangsa selepas menjuarai Piala Kemerdekaan Indonesia pada 1992. Dia juga membantu Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 tetapi tewas kepada pasukan Thailand. Penampilan terakhir Khairul bersama Malaysia ialah pada kejohanan Sukan SEA 1997.
Di peringkat tempatan, Khairul membantu Pahang menjuara Piala Malaysia 1992. Pada 1995, Khairul berhijrah ke Malaysia Timur dan menyertai pasukan Sabah. Musim pertamanya bersama Sabah amat membanggakan apabila Sabah muncul juara Piala FA Malaysia pada 1995 menewaskan pasukan asalnya Pahang dengan jaringan 3-1. Musim berikutnya Khairul sekali lagi beraksi cemerlang untuk membantu Sabah menjuarai Liga Perdana. Tetapi malangnya Khairul tidak pernah menjuarai Piala Malaysia bersama Sabah meskipun berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali. Beliau dinobatkan selaku penjaga gol terbaik Asia Tenggara di tahun 2005.[1]
Khairul bersara pada musim 2005 kerana tidak sempat pulih dari kecederaan yang dialaminya. Dia kemudian berkhidmat sebagai jurulatih penjaga gol Sabah.
Hidup selepas persaraan
suntingKhairul kini tinggal bersama isteri Khairiah @ Karen John Bion Matawil bersama anak mereka di Penampang. Beliau pernah menganggur dan bergantung kepada pencen bulanan sebanyak RM540 dari SOSCO. Lutut kanannya tidak mempunyai sebarang ligamen manakala lutut kirinya tidak mempunyai ligamen, tendon dan tisu lembut. Dianggarkan RM16,000 di perlukan untuk surgeri lutut beliau. Dalam temubual dengan New Straits Times 16 September 2009, beliau berkata, "Jika saya dapat surgeri ini, saya berharap akan dapat kembali menjadi jurulatih ataupun membantu pembangunan sukan di dalam apa cara sekali pun. Saya ingin menasihati para atlit muda agar menjaga kesihatan mereka supaya tidak berakhir seperti saya.inilah yang saya dapat apabila banyak berjasa dengan negara.kehidupan yang penuh derita walaupun banyak berjasa kepada negara.nasib menyebelahi saya apabila ditawarkan untuk menjadi jurulatih penjaga gol oleh pasukan johor darul takzim.saya amat berterima kasih atas layanan mereka terhadap saya.lebih-lebih lagi kepada TMJ yang banyak memberi ruang untuk saya kembali ke pentas pembangunan bola sepak.[2]Namun pada tahun 2013, Khairul Azman kembali menjadi jurulatih bagi pasukan Johor Darul Takzim FC.
Pengurusan Kejurulatihan
suntingJohor Darul Takzim FC
suntingKhairul Azman telah dilantik menjadi jurulatih penjaga gol untuk pasukan Johor Darul Takzim FC dan melatih penjaga gol skuad itu.
Pencapaian
suntingAntarabangsa
sunting- Juara Piala Kemerdekaan Indonesia 1992
- Juara Pestabola Merdeka 1993
- Naib Juara Piala Tiger 1996
Kelab
suntingBersama Sabah
- Juara Liga Perdana 1996
- Juara Piala FA Malaysia 1995
- Naib Juara Piala Malaysia: 1996, 2002, 2003
Bersama Pahang
- Juara Piala Malaysia 1992
- Naib Juara Piala Malaysia: 1994, 1995
Individu
sunting- Penjaga Gol Terbaik Asia
- Pemain Terbaik Piala Malaysia 1996