Khairul Anuar Mokhtar

Khairul Anuar Mokhtar merupakan bekas wartawan Berita Harian.

Saman fitnah terhadap NST

sunting

Pada 22 Februari 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM45,000 kepada khairul Anuar kerana fitnah. Khairul turut menyaman wartawan Azmi M Anshar, Sharanjit Singh dan editor The New Sunday Times. Asalnya Khairul menuntut RM632,000. Peguam Khairul ialah Faizal Kamaruddin, manakala NST dan defendan yang lain pula diwakili oleh peguam Yau Her Lerk.

Gambar beliau disiarkan sebagai pengikut Al Ma'unah sedangkan dia tidak terlibat.Gambar itu dipaparkan pada mukasurat 4, New Sunday Times pada 9 Julai, 2000. Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim menyatakan ia diselesaikan di luar mahkamah.NST hendaklah memohon maaf kepada Khairul Anuar dan menarik balik berita itu.[1]

Rujukan

sunting