Khairin-Nisa Ismail
Hjh Khairin Nisa binti Ismail merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Serom sejak 2022.
YB Hajah Khairin-Nisa Ismail ADN | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Menyandang jawatan 26 Mac 2022 | |
Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
Didahului oleh | Zaiton Ismail |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Serom | |
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Didahului oleh | Faizul Amri Adnan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Khairun-Nisa binti Ismail @ Md On Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | BN |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Kerjaya
suntingBeliau yang juga seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu membuka sebuah firma guaman yang dinamakan sempena namanya, Khairin-Nisa & Co., di Muar, Johor pada 23 Mei 1990.[1]
Pada pilihan raya negeri Johor 2022, beliau bertanding untuk Serom di bawah panji Barisan Nasional (BN) dan menewaskan 4 calon-calon lain — Rahmat Daud dari Perikatan Nasional (PN), Asim Abdullah dari Pakatan Harapan (PH), dan Azim Malek dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[2] Dalam partinya, beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang.[3]
Beliau mengangkat sumpah sebagai salah seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Johor pada 26 Mac 2022.[4]
Rujukan
sunting- ^ "Khairin-Nisa & Co., Muar". Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "KEPUTUSAN TERKINI DUN N.11". Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "Masyarakat DUN Serom mahu BN tadbir semula – Khairin-Nisa". 4 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.