Kampung Jerek Baru

(Dilencongkan daripada Kg.Jerek Baru)

Mukim Jerek telah ditubuhkan pada tahun 1973 an.Pekan Jerek terletak di bahagian utara gua musang.Asal usul nama kampung (Jerek) adalah kerana di kawasan itu sentiasa hujan gerimis dan dikatakan hampir setiap hari hujan pada ketika dahulu, Perkataan Jerek diambil daripada loghat Kelantan HUJAN (BEGHEK-BEGHEK) dan ditukar menjadi (Jerek). Jerek terdiri daripada beberapa buah penempatan antaranya Pekan Jerek Baru, Jerek luar,Batu machang ,Jerek kaling, Jerek tengah dan Jerek dalam.Jumlah Penduduk di kawasan ini mempunyai seramai 5000 orang yang mana terdiri daripada bangsa melayu 99.5% dan lain lain .Pekan Jerek ini terletak 45 KM daripada bandar gua musang. Kebanyakan penduduk di Jerek bekerja sebagai penoreh getah yang mana sebagai sumber utama pendapatan mereka.dahulu kala kawasan ini sebagai kampung dan sekarang telahpun menjadi pekan kecil (Jerek).Jerek sering kali dijadikan lokasi untuk mengadakan majlis di Dun Nenggiri, contohnya seperti Sambutan kemerdekaan setiap tahun,Program Dikir barat,ceramah peringkat DUN dan Sukan rakyat.walaupun Pekan Jerek kecil,tetapi cukup lengkap dengan kemudahan yang ada. Antaranya Stesen Keretapi Jerek baru, Klinik Kesihatan , Masjid Jamek Al Muttaqin Jerek, Pasti Al-Ehsan,Sekolah,Tabika kemas,Padang Bola,Dewan Orang Ramai,Taman Permainan, Futsal,Kedai² Runcit , Pasar Malam Serta sebuah Mesin Juruwang Automatik (ATM).Sekolah Rendah pula adalah Sekolah kebangsaan (sk) Jerek, Manakala Sekolah Menengah kebangsaan (Smk) Tg bendahara Jerek dan Terdapat juga sebuah Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim dan Miskin.pada tahun 2018 kerajaan telah meluluskan untuk melaksanakan pembinaan (Lansdkap kampung Jerek) seperti pembaharuan Taman Jerek dan penanaman pokok di sepanjang Jalan,Kampung Jerek kini sedang giat membangun dari segi pembangunan dan penambahan penduduk semakin meningkat di sini sehingga kini..pada hujung tahun 2023 . penduduk telah memohon dan mempertimbangkan supaya kerajaan menyediakan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat DAN sebuah balai polis baharu di Jerek yang menggantikan balai polis bertam yang sudah lama beroperasi serta kawasan yang sempit..demi menjaga dan menjamin keselamatan penduduk Di kawasan ini sekaligus untuk menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan apabila empangan nenggiri siap kelak sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku [1]

  1. ^ Shafiee, Nor Shahida; Achmad Bahar, Arham Muchtar; Ali Khan, Mohamad Muqtada (2020-08-01). "Potential of Rare Earth Elements (REEs) in Gua Musang Granites, Gua Musang, Kelantan". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 549 (1): 012027. doi:10.1088/1755-1315/549/1/012027. ISSN 1755-1307.