Kevin McCarthy (ahli politik California)

Kevin Owen McCarthy (lahir 26 Januari 1965) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ke-55 dari 7 Januari sehingga 3 Oktober 2023. Beliau mewakili daerah kongres ke-20 California, di mana sebahagian besar daerah kongres ini meliputi kebanyakan lembah San Joaquin.

Kevin McCarthy
Potret rasmi, 2023
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ke-55
Dalam jawatan
7 Januari 2023 – 3 Oktober 2023
Didahului olehNancy Pelosi
Digantikan olehMike Johnson
Ketua Sidang Republikan Dewan
Dalam jawatan
3 Januari 2019 – 25 Oktober 2023
Didahului olehPaul Ryan
Digantikan olehMike Johnson
Ketua Minoriti Dewan
Dalam jawatan
3 Januari 2019 – 3 Januari 2023
TimbalanSteve Scalise
Didahului olehNancy Pelosi
Digantikan olehHakeem Jeffries
Ketua Majoriti Dewan
Dalam jawatan
1 Ogos 2014 – 3 Januari 2019
KetuaJohn Boehner
Paul Ryan
Didahului olehEric Cantor
Digantikan olehSteny Hoyer
Ketua Pengelola Majoriti Dewan
Dalam jawatan
3 Januari 2011 – 1 Ogos 2014
KetuaJohn Boehner
Didahului olehJim Clyburn
Digantikan olehSteve Scalise
Timbalan Ketua Pengelola Republikan Dewan
Dalam jawatan
3 Januari 2009 – 3 Januari 2011
KetuaJohn Boehner
Didahului olehEric Cantor
Digantikan olehPeter Roskam
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari California
Dalam jawatan
3 Januari 2007 – 31 Disember 2023
Didahului olehBill Thomas
Digantikan olehVince Fong
Kawasan pilihan rayadaerah 22 (2007-2013)
daerah 23 (2013-2023)
daerah 20 (2023-kini)
Ketua Minoriti Perhimpunan Negeri California
Dalam jawatan
5 Januari 2004 – 17 April 2006
Didahului olehDave Cox
Digantikan olehGeorge Plescia
Ahli Perhimpunan Negeri California
dari daerah ke-32
Dalam jawatan
2 Disember 2002 – 30 November 2006
Didahului olehRoy Ashburn
Digantikan olehJean Fuller
Maklumat peribadi
Lahir
Kevin Owen McCarthy

(1965-01-26) 26 Januari 1965 (umur 59)
Bakersfield, California, U.S.
Parti politikRepublikan
PasanganJudy Wages (k. 1992)
Anak2
KediamanBakersfield, California, A.S.
PendidikanUniversiti Negeri California, Bakersfield (BS), (MBA)
TandatanganTandatangan
Laman webLaman web Dewan
Laman web Speaker

Seorang ahli Parti Republikan, Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Ketua Minoriti Dewan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 2019 hingga tahun 2023.[1]. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Majoriti Dewan dari 2014 hingga 2019. Beliau adalah wakil A.S untuk daerah kongres ke-22 California dari tahun 2007 hingga 2012 dan telah berkhidmat di daerah ke-23 dari 2013 sehingga 2023 selepas persempadanan semula daerah.

Ketika parti Republikan berjaya memperoleh majoriti di dewan perwakilan ketika pilihan raya pertengahan penggal 2022, McCarthy dijangka akan terpilih sebagai speaker baharu menggantikan Pelosi. Namun, perpecahan yang berlaku dalam kalangan ahli parti Republikan menyebabkan McCarthy gagal untuk terpilih sebagai speaker sehingga undian kali ke-15, di mana beliau berjaya memperoleh majoriti undi.[2]

McCarthy dilucutkan jawatan pada 3 Oktober 2023, setelah undian perlucutan jawatan Speaker diusulkan. Beliau menjadi Speaker pertama yang dibuang jawatan Speaker melalui undi untuk pengosongan dalam sejarah Amerika Syarikat. Beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dewan pada 31 Disember 2023.

Rujukan

sunting
  1. ^ Jacob Pramuk (November 14, 2018). "Rep. Kevin McCarthy elected GOP leader in the House for next Congress". CNBC.
  2. ^ Russell Berman (4 Januari 2023). "The Humiliation of Kevin McCarthy". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2023.

Pautan luar

sunting