Ketupat sotong
hidangan tradisi Kelantan
Ketupat sotong (Kelantan-Pattani: Tupak Sotong/ตูปะซูตง) atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah makanan tradisi Melayu yang boleh didapati di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia khususnya di Kelantan dan Terengganu. Masakan ini merupakan sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan yang dicampurkan dengan nisan kerek (gula Melaka versi Kelantan) di Kelantan manakala di Terengganu, mengunakan gula batu atau gula biasa.
Ketupat sotong | |
---|---|
Nama alternatif | ตูปะซูตง |
Jenis | Squid dish |
Jenis sajian | hidangan petang dan dimusim bulan Ramadan |
Tempat asal | Kelantan, Malaysia |
Kawasan/rantau | Pantai Timur Semenanjung |
Dicipta oleh | Melayu Kelantan |
Suhu penghidangan | suhu bilik |
Bahan utama | Pulut beras, Sotong, Nisan kerek, Gula kasar, Santan |
Keragaman/variasi | Ketupat sotong putih (Terengganu) |
sunting · sunting di Wikidata |
Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.