Ketua Anak Negeri atau gelarannya Orang Kaya Kaya (O.K.K) adalah jawatan yang diperkenalkan ketika era awal pentadbiran Kerajaan British di Sabah. Jawatan ini dikhususkan dalam pentadbiran kerajaan di setiap daerah di seluruh negeri Borneo Utara pada ketika itu. ​ Jawatan yang dilantik dan dipilih di kalangan masyarakat tempatan peribumi ini adalah sebagai mewakili masyarakat atau sebagai ketua dan pemimpin yang diiktiraf oleh kerajaan ketika era penjajahan itu sebelum kemerdekaan Malaysia. Namun sehingga kini jawatan itu masih dikekalkan walaupun bidang kuasanya lebih terbatas.

Mereka boleh juga dikategorikan sebagai wakil pengkhianat yang menjadi tali barut penjajah. Mata- mata penjajah didalam sesebuah tempat. Kebanyakan wakil-wakil ini punya kepentingan diri atau lebih mengutamakan harta benda berbanding kesatuan dalam hidup bermasyarakat.