Kesah Kampong Kita

Kesah Kampong Kita ialah sebuah siri dokumentari 5 episod terbitan Filem Negara Malaysia.[1]

Kesah Kampong Kita
GenreDrama
Pengarah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod5
Syarikat penerbitan
Filem Negara Malaysia
Penyiaran
Format gambar576i (NTSC)
Format audioStereo
Siaran asal1965 – 1970

Sinopsis

sunting

"Sesal Kemudian Kerugian" (1965)

sunting

Diarahkan oleh, Abdullah Chik, episod pertama siri ini berkisarkan mengenai usaha meningkatkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar melalui pembangunan tanah kerajaan.[2]

"Dewasa Membawa Bahagia" (1967)

sunting

Juga diarahkan oleh Abdullah Chik, episod kedua siri ini berkisarkan mengenai pendidikan kepada masyarakat kampung yang mampu mengubah kehidupan mereka daripada cabaran ekonomi.[3]

"Semangat Padi Baru" (1967)

sunting

Diarahkan oleh Osman Haji Shamsuddin, episod ketiga bertemakan pertanian melalui penanaman padi berkualiti tinggi di kalangan masyarakat luar bandar yang mampu mengubah kehidupan mereka daripada cabaran ekonomi.[4]

"Jiwa Merdeka" (1969)

sunting

Diarahkan oleh Azmi Osman, episod keempat siri ini bertemakan kesepakatan masyarakat kampung yang mendukung kepada pembangunan komuniti luar bandar dan desa melalui peranan Jawatankuasa Kemajuan Kampung.[5]

"Keazaman Puncha Kemaamoran" (1970)

sunting

Diarahkan oleh arahan Azmi Osman, episod kelima dan terakhir siri ini bertemakan kesepakatan masyarakat kampung bagi mencegah penyakit malaria.[6]

Penerbitan dan keluaran

sunting

Kesah Kampong Kita diterbitkan sebagai siri dokumentari 5 episod oleh Filem Negara Malaysia. Dua epispod diarahkan oleh Abdullah Chik, manakala dua lagi oleh Azmi Osman dan satu lagi oleh Osman Hj. Shamsuddin.

Pada 2 Februari 1970, filem ini telah dipertontonkan buat kali pertama di Panggong Putera, Alor Setar, Kedah.[7]

Pada tahun 1969, filem ini telah dipilih untuk dipertandingkan di Pesta Filem Antarabangsa Negara-negara Asia Afrika yang pertama yang diadakan di Tashkent, Rusia dan memenangi dua pingat gangsa.[8]

Anugerah

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1968 Pesta Filem Antarabangsa Negara-negara Asia Afrika Pertama[8] Terbuka Sesal Kemudian Kerugian Menang
1970 Pertandingan Filem Pertanian Antarabangsa Ke-6 Semangat Padi Baru Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ "Senarai karya". Filem Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2006. Dicapai pada 24 November 2010.
  2. ^ Kesah Kampong Kita: Sesal Kemudian Kerugian (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1965.
  3. ^ Kesah Kampong Kita: Dewasa Membawa Bahagia (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1967.
  4. ^ Kesah Kampong Kita: Semangat Padi Baru (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1967.
  5. ^ Kesah Kampong Kita: Jiwa Merdeka (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1969.
  6. ^ Kesah Kampong Kita: Keazaman Puncha Kemaamoran (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Malaysia: Filem Negara Malaysia. 1970.
  7. ^ "Kesah kampong di-tayang". Berita Harian. 2 Februari 1970. m/s. 2. Dicapai pada 23 September 2018.
  8. ^ a b "Filem 'Kesah Kampong Kita' bertanding di-Russia". Berita Harian. 22 Januari 1969. m/s. 3. Dicapai pada 23 September 2018.