Kes ICJ mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin

Akibat Undang-undang yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, merupakan prosiding di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berpunca daripada resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Disember 2022 yang meminta Mahkamah memberikan pendapat nasihat berkaitan kesahan dari segi undang-undang bagi pendudukan Israel ke atas wilayah-wilayah Palestin.[1]

Akibat Undang-undang yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur
MahkamahMahkamah Keadilan Antarabangsa
Nama lengkap kesAkibat Undang-undang yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur (Permintaan Pendapat Nasihat)
Kata kunci

Israel telah menduduki wilayah-wilayah Palestin, yang terdiri daripada Tebing Barat (termasuk Baitulmuqaddis Timur) dan Genting Gaza, sejak 1967, menjadikannya pendudukan tentera paling lama dalam sejarah moden.[2] Pada tahun 2004, ICJ menyampaikan pendapat nasihat mengenai halangan Tebing Barat Israel, memutuskan bahawa ia melanggar undang-undang antarabangsa dan harus dialihkan. Pada Januari 2023, ICJ memperakui permintaan UNGA untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar-dasar dan amalan-amalan Israel di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki.[3][4]

Perbicaraan awam dibuka pada 19 Februari 2024 di kerusi ICJ di Hague,[5][6] dengan 52 buah negara dan tiga pertubuhan antarabangsa membentangkan hujah undang-undang—bilangan pihak yang paling banyak yang mengambil bahagian dalam mana-mana kes dalam sejarah ICJ.[7][8][2][9][10] Pendapat nasihat mahkamah telah disampaikan pada 19 Julai 2024, yang menentukan bahawa wilayah-wilayah Palestin membentuk satu unit politik dan pendudukan Israel sejak tahun 1967, serta pembuatan penempatan Israel dan eksploitasi sumber asli, adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa. Mahkamah juga memutuskan bahawa Israel harus membayar pampasan penuh kepada rakyat Palestin atas kerosakan akibat pendudukan mereka,[11][12] dan memutuskan bahawa dasar-dasarnya melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.[13]

Pihak Berkuasa Palestin menyambut keputusan itu sebagia detik bersejarah,[14] manakala kerajaan Israel menolaknya secara rasmi, menyatakan penyelesaian politik hanya boleh dicapai dengan rundingan; pemimpin-pemimpin dan ahli politik Israel seterusnya mengecam keputusan itu antisemitik.[14] Pendapat mahkamah itu disokong oleh Kesatuan Eropah[15] tetapi dikritik oleh Amerika Syarikat.[16] Perkara tersebut akan dikembalikan kepada UNGA untuk memutuskan langkah-langkah seterusnya.

Latar belakang

sunting

Satu draf usul oleh Negara Palestin diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Politik dan Penyahjajahan (Jawatankuasa Keempat) pada 11 November 2022.[17] Ia diluluskan dengan undian 98 lawan 17, dengan 52 berkecuali, dan dihantar ke Perhimpunan Agung.[18] Nicaragua membentangkan draf resolusi itu kerana Palestin bukan ahli penuh PBB.[19]

Pada 30 Disember 2022, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi A/RES/77/247 dengan 87 undi menyokong, 26 menentang dan 53 berkecuali.[20][21][22]

Pada 20 Januari 2023, ICJ mengesahkan "Permintaan itu telah dipindahkan kepada ICJ melalui surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, pada 17 Januari, dan permintaan itu telah didaftarkan semalam, Khamis."[23][24]

Resolusi UNGA

sunting

Perenggan 18 resolusi itu[25] meminta Mahkamah memberikan pendapat nasihat mengenai soalan berikut:

(a) Apakah akibat undang-undang yang timbul daripada pencabulan berterusan oleh Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, daripada pendudukan berpanjangan, penempatan dan pengilhakan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk langkah-langkah yang bertujuan untuk mengubah komposisi demografi, perwatakan dan status Kota Suci Baitulmuqaddis, dan daripada penggunapakaian undang-undang dan langkah-langkah diskriminasi yang berkaitan? (b) Bagaimanakah dasar-dasar dan amalan-amalan Israel yang dirujuk dalam perenggan 18 (a) di atas mempengaruhi status undang-undang pendudukan, dan apakah akibat undang-undang yang timbul untuk semua Negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada status ini?

Undian Jawatankuasa Khas Politik dan Penyahjajahan PBB

sunting
 
Undian Jawatankuasa Khas Politik dan Penyahjajahan PBB
  Bersetuju
  Membantah
  Berkecuali
  Tidak hadir
Undian Kuantiti Negara
Bersetuju 98 Afghanistan, Algeria, Angola, Antigua dan Barbuda, Argentina, Armenia, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Benin, Botswana, Brazil, Brunei Darussalam, Cabo Verde, Kemboja, Chad, Chile, Republik Rakyat China, Comoros, Cuba, Republik Demokratik Rakyat Korea, Djibouti, Republik Dominican, Mesir, El Salvador, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Indonesia, Republik Islam Iran, Iraq, Ireland, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Kyrgyzstan, Republik Demokratik Rakyat Lao, Lubnan, Lesotho, Libya, Luxembourg, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Mexico, Mongolia, Maghribi, Mozambique, Namibia, Nicaragua, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Qatar, Persekutuan Rusia, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Singapura, Slovenia, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Republik Arab Syria, Tajikistan, Timor-Leste, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turkmenistan, Türkiye, Uganda, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan, Vietnam, Yaman, Zimbabwe
Membantah 17 Australia, Austria, Kanada, Republik Czech, Estonia, Jerman, Guatemala, Hungary, Israel, Itali, Liberia, Lithuania, Kepulauan Marshall, Negara Bersekutu Mikronesia, Nauru, Palau, Amerika Syarikat
Berkecuali 52 Albania, Andorra, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Burundi, Cameroon, Colombia, Costa Rica, Côte d'Ivoire, Croatia, Cyprus, Denmark, Ecuador, Eritrea, Ethiopia, Finland, Perancis, Georgia, Ghana, Greece, Haiti, Honduras, Iceland, India, Jepun, Latvia, Liechtenstein, Monaco, Montenegro, Myanmar, Belanda, New Zealand, Macedonia Utara, Norway, Filipina, Republik Korea, Republik Moldova, Romania, Rwanda, San Marino, Serbia, Slovakia, Kepulauan Solomon, Sudan Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Togo, United Kingdom, Uruguay
Tidak hadir 26 Bhutan, Bolivia, Burkina Faso, Republik Afrika Tengah, Congo, Republik Demokratik Congo, Dominica, Equatorial Guinea, Eswatini, Fiji, Grenada, Jamaica, Kiribati, Madagascar, Malawi, Nepal, Papua New Guinea, Samoa, São Tomé dan Príncipe, Seychelles, Tonga, Tuvalu, Republik Bersatu Tanzania, Vanuatu, Venezuela, Zambia
Jumlah 193

Undian Perhimpunan Agung

sunting
 
Undian Perhimpunan Agung
  Bersetuju
  Membantah
  Berkecuali
  Tidak hadir
Undi Kuantiti negeri
Bersetuju 87 Algeria, Angola, Argentina, Armenia, Azerbaijan, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bolivia, Botswana, Brunei Darussalam, Kemboja, Chile, Republik Rakyat China, Colombia, Cuba, Republik Demokratik Rakyat Korea, Djibouti, Mesir, El Salvador, Gabon, Grenada, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Indonesia, Republik Islam Iran, Iraq, Ireland, Jamaica, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Republik Demokratik Rakyat Lao, Lubnan, Lesotho, Libya, Luxembourg, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Mexico, Mongolia, Maghribi, Mozambique, Namibia, Nicaragua, Nigeria, Oman, Pakistan, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Qatar, Persekutuan Rusia, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Singapura, Slovenia, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Republik Arab Syria, Tajikistan, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Turki, Turkmenistan, Uganda, Emiriah Arab Bersatu, Viet Nam, Yaman, Zambia, Zimbabwe
Membantah 26 Albania, Australia, Austria, Kanada, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Republik Demokratik Congo, Estonia, Jerman, Guatemala, Hungary, Israel, Itali, Kenya, Liberia, Lithuania, Kepulauan Marshall, Negara Bersekutu Mikronesia, Nauru, Palau, Papua New Guinea, Romania, Togo, United Kingdom, Amerika Syarikat
Berkecuali 53 Andorra, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Burundi, Cameroon, Côte d'Ivoire, Cyprus, Denmark, Republik Dominican, Ecuador, Eritrea, Ethiopia, Fiji, Finland, Perancis, Georgia, Ghana, Greece, Haiti, Honduras, Iceland, India, Jepun, Kiribati, Latvia, Liechtenstein, Malawi, Monaco, Montenegro, Myanmar, Belanda, New Zealand, Norway, Panama, Filipina, Republik Korea, Republik Moldova, Rwanda, Samoa, San Marino, Serbia, Slovakia, Kepulauan Solomon, Sudan Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Tanzania, Uruguay, Vanuatu
Tidak hadir 27 Afghanistan, Antigua dan Barbuda, Benin, Bhutan, Burkina Faso, Cabo Verde, Republik Afrika Tengah, Chad, Comoros, Congo, Dominica, Equatorial Guinea, Eswatini, Gambia, Madagascar, Nepal, Niger, Macedonia Utara, São Tomé dan Príncipe, Seychelles, Suriname, Timor-Leste, Tonga, Tuvalu, Ukraine, Uzbekistan, Venezuela
Jumlah 193

Reaksi terhadap resolusi UNGA

sunting

Riyad al-Maliki, Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Negara Palestin, memuji resolusi itu sebagai "satu kejayaan dan pencapaian diplomatik serta undang-undang".[26] Al-Maliki menzahirkan rasa terima kasih kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu dengan menajanya dan menyokongnya dalam undian. Beliau menggesa negara-negara yang tidak menyokong resolusi itu untuk "mematuhi undang-undang antarabangsa dan elak berdiri di sisi yang salah dalam sejarah." Beberapa hari sebelum undian terakhir, dalam usaha untuk menghalang perujukan konflik itu ke Hague, Perdana Menteri Israel ketika itu Yair Lapid menulis kepada 50 buah negara menggesa mereka supaya tidak menyokongnya dalam Perhimpunan Agung.[27]

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengalu-alukan pelulusan resolusi itu oleh Perhimpunan Agung, "memuji pendirian negara-negara yang menyokongnya, yang mengesahkan komitmen mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan konsisten dengan sokongan berzaman mereka terhadap perjuangan Palestin".[28]

Penghujahan kepada Mahkamah

sunting

Mahkamah menetapkan 25 Julai 2023 sebagai tarikh akhir pembentangan kenyataan-kenyataan bertulis dan 25 Oktober 2023 sebagai tarikh akhir untuk ulasan-ulasan bertulis mengenai semua kenyataan yang dibuat oleh Negara atau pertubuhan lain.[29][30]

Pada 7 Ogos, Mahkamah mengumumkan bahawa 57 kenyataan bertulis telah difailkan dalam pendaftaran Mahkamah, termasuk tiga daripada pertubuhan antarabangsa—Liga Negara-Negara Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam dan Kesatuan Afrika—dan selebihnya daripada Palestin dan negara-negara anggota PBB.[31] Menurut Le Monde, 57 penghujahan bertulis merupakan satu rekod (lebih banyak daripada yang pernah diterima dalam mana-mana kes) sejak penubuhan Mahkamah itu pada tahun 1945, yang mana akhbar itu menganggapnya sebagai kemenangan kecil bagi rakyat Palestin.[32]

Kenyataan-kenyataan bertulis itu tidak akan diterbitkan oleh Mahkamah sehingga perbicaraan awam bermula, tetapi menurut Le Monde, sebahagian besar daripada 57 penghujahan tersebut mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah untuk memberikan pendapat tentang isu-isu yang dibangkitkan; lebih kurang 10 sahaja penghujahan mempertikaikan rujukan kepada Mahkamah.[32]

Pada 14 November, Mahkamah mengumumkan bahawa 15 ulasan mengenai kenyataan-kenyataan bertulis telah diterima oleh Mahkamah.[33][34]

Kanada

sunting

Pada 14 Julai 2023, Kerajaan Kanada berhujah bahawa Mahkamah harus menggunakan budi bicaranya untuk menolak memberikan pendapat nasihat, kerana Israel tidak menerima bidang kuasa Mahkamah dalam perkara ini, dan Majlis Keselamatan PBB sudah mewujudkan satu rangka kerja untuk pihak-pihak itu menyelesaikan pertikaian melalui rundingan.[35][36][37]

Perancis

sunting

Meskipun Perancis berkecuali semasa Perhimpunan Agung atas resolusi itu yang meminta pendapat nasihat daripada Mahkamah, Perancis mengemukakan kenyataan dengan kira-kira 20 muka surat kepada Mahkamah, mengesahkan semula sifat haram penjajahan, menceritakan obligasi undang-undang ke atas penjajah dalam wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, dan memaklumkan risiko pengilhakan dengan fait accompli.[32]

Israel

sunting

Kerajaan Israel dilaporkan telah membuat penghujahan kepada Mahkamah bahawa Mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk mengadili konflik Israel-Palestin, dan sebaliknya ia sepatutnya diselesaikan melalui rundingan langsung antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.[38][39]

Palestin

sunting

Pada 24 Julai 2023, semasa mesyuarat di Hague, Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin, Riyad Al-Malki, menyampaikan hujahan Palestin.[40]

United Kingdom

sunting

Penghujahan UK menentang pembicaraan kes itu di ICJ.[41]

Pembentangan lisan

sunting

Penyampaian hujah secara lisan bermula pada 19 Februari 2024. Pada tarikh tersebut, delegasi Palestin membentangkan hujahnya. Negara-negara berikut mengemukakan hujah lisan dalam kes itu:

Afrika

sunting
  •   Kesatuan Afrika: Wakil KA, profesor Mohamed Helal, menyatakan, "Ketidakadilan yang dilakukan terhadap penduduk Gaza menjadikannya mustahak untuk menamatkan kebebasan Israel daripada dihukum serta menganggapnya bertanggungjawab demi kedaulatan undang-undang".[42]
  •   Libya: Wakil Libya menyatakan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri.[43]
  •   Namibia: Menteri Kehakiman Namibia Yvonne Dausab menyatakan, "Rakyat Palestin dan Namibia mengalami kehilangan maruah manusia... dan kecurian langsung tanah dan sumber asli mereka... kita tidak boleh berpaling muka daripada kekejaman zalim yang dilakukan terhadap rakyat Palestin".[44]
  •   Afrika Selatan: Afrika Selatan berhujah bahawa pendudukan Israel sama dengan aparteid kolonial, bahawa penempatan itu perlu dibongkar, dan pampasan perlu dibayar kepada rakyat Palestin.[9]
  •   Sudan: Wakil Sudan menggesa mahkamah mengeluarkan pendapat nasihat untuk rakyat Israel dan Palestin untuk "menggandakan usaha mereka untuk mencapai keamanan dan keselamatan".[45]

Amerika Utara dan Selatan

sunting
  •   Belize: Wakil Belize berhujah bahawa Gaza masih diduduki walaupun Israel telah berundur pada 2005.[46]
  •   Bolivia: Wakil dari Bolivia berhujah bahawa dasar-dasar dan amalan-amalan pendudukan Israel melanggar undang-undang antarabangsa.[47]
  •   Brazil: Peguam Brazil menyokong penyelesaian dua negara dan berhujah bahawa pendudukan Israel adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.[48]
  •   Chile: Wakil Chile menyatakan, "Berdasarkan tindakannya, termasuk eksploitasi sumber asli, dasar-dasar penempatan, pembinaan tembok, pengabsahan pos-pos luar, antara lain, Israel telah menunjukkan niatnya untuk menguasai wilayah Palestin yang diduduki selama-lamanya".[49]
  •   Amerika Syarikat: Pendudukan itu mesti diteruskan untuk pertahanan diri Israel.[50]
  •   Bangladesh: Bangladesh berhujah Israel mesti mengundurkan tenteranya di wilayah-wilayah yang diduduki dan membongkar semua struktur penempatan.[51]
  •   Republik Rakyat China: Wakil China itu berhujah bahawa sebagai rakyat yang dijajah, rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentang.[52]
  •   Indonesia: Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi menyatakan, "Pendudukan Israel yang menyalahi undang-undang dan kekejamannya mesti dihentikan dan tidak boleh dinormalkan atau diiktiraf. Jelas sekali Israel tiada niat untuk mematuhi obligasi undang-undang antarabangsa."[53]
  •   Jepun: Penasihat perundangan kepada Kementerian Luar Negeri Jepun menyatakan "penyelesaian dua negara yang mana Israel dan negara Palestin yang bakal merdeka hidup berdampingan secara aman dan bermaruah kekal sebagai satu-satunya jalan yang boleh jaya bagi kedua-dua bangsa".[54]
  •   Pakistan: Menteri Undang-undang dan Keadilan Ahmed Irfan Aslam menyatakan bahawa pendudukan Israel boleh dibalikkan, memetik pengunduran sebanyak 1 juta petempat Perancis dari Algeria pada tahun 1962.[55]

Eropah

sunting
  •   Republik Ireland: Perwakilan Ireland menyatakan, "Dengan pendudukannya ke atas wilayah Palestin yang berpanjangan, dan aktiviti-aktiviti penempatan yang ia telah jalankan di sana selama lebih daripada setengah abad, Israel telah melakukan pelanggaran serius beberapa norma perundangan undang-undang antarabangsa am."[56]
  •   Belgium: Pakar undang-undang yang mewakili Belgium menyatakan pendudukan Israel berniat mengubah demografi secara kekal serta melanggari peraturan-peraturan asas undang-undang antarabangsa.[57]
  •   Luxembourg: Peguam yang mewakili Luxembourg berhujah "aktiviti-aktiviti penjajahan Israel tidak boleh diperbenar sebagai pertahanan diri" dan mencadangkan tindakan-tindakannya telah melanggar Konvensyen Geneva Keempat.[58]
  •   Belanda: Wakil Belanda René JM Lefeber berhujah bahawa orang yang dijajah mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri.[59]
  •   Norway: Menteri Luar Negeri Norway Espen Barth Eide menyatakan "ketidakadilan yang dihadapi rakyat Palestin mesti dihentikan" dan berhujah penyelesaian dua negara ialah "satu-satunya penyelesaian kepada konflik antara Israel dan Palestin".[60]
  •   Rusia: Wakil Rusia menyatakan Israel perlu "menghentikan semua aktiviti penempatan di wilayah yang diduduki".[61]
  •   Slovenia: Slovenia berhujah rakyat Palestin mempunyai "hak asasi manusia" untuk menentukan nasib sendiri dan pendudukan Israel menghalang itu.[62]
  •    Switzerland: Wakil Switzerland menyatakan pendudukan Israel "tidak boleh diperbenar di bawah keperluan keselamatan kerana ia menjejaskan kesejahteraan penduduk dan bersifat diskriminasi".[63]
  •   United Kingdom: Wakil British mengakui pendudukan Israel adalah haram tetapi berhujah mahkamah itu tidak patut mengeluarkan keputusan mengenainya.[64]

Timur Tengah

sunting
  •   Liga Arab: Mewakili Liga Arab, Ralph Wilde menyatakan tidak ada "asas undang-undang pintu belakang" untuk Israel teruskan pendudukan; beliau mengakhiri dengan memetik penyair Palestin Refaat Alareer, menyatakan, "Jika aku mesti mati, kau mesti hidup untuk menceritakan kisah aku. Jika aku mesti mati, biarkan ia membawa harapan. Biarkan ia menjadi kisah."[65]
  •   Iran: Iran menyatakan ia adalah "tanggungjawab undang-undang dan moral bersama" untuk menamatkan pendudukan itu dan "kita tidak patut meninggalkan [Palestin] seorang diri dan mengecewakan mereka".[66]
  •   Iraq: Wakil Iraq menyatakan Iraq "amat bimbang dengan penderitaan kemanusiaan yang ditimpakan ke atas rakyat Palestin di seluruh negara Palestin".[67]
  •   Jordan: Michael Wood, yang mewakili Jordan, menyatakan, "satu-satunya cara untuk hak [rakyat Palestin] dapat menentukan nasib sendiri adalah dengan pendudukan [Israel] berakhir".[68] Ayman Safadi selanjutnya menyatakan, "Pendudukan itu menyalahi undang-undang, ia tidak berperikemanusiaan, ia mesti ditamatkan, namun Israel telah memperkukuh pendudukan itu secara sistematik.[69]
  •   Kuwait: Wakil Kuwait menyatakan, "Kuasa pendudukan telah melancarkan perang tidak sah ke atas Palestin di Gaza yang dicirikan dengan banyak pelanggaran undang-undang antarabangsa."[70]
  •   Lubnan: Wakil Lubnan menyatakan, "Sejak 1967, Israel telah melakukan jenayah pencerobohan, menduduki wilayah-wilayah secara haram sebelum mengilhakkannya."[71]
  •   Oman: Wakil Oman menyatakan rakyat Palestin "telah hidup di bawah pendudukan, penindasan, ketidakadilan dan penghinaan setiap hari, manakala masyarakat antarabangsa gagal membantu mereka dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk sebuah negara yang merdeka".[72]
  •   Qatar: Peguam Qatar menyatakan ICJ memegang "mandat yang jelas dan sesungguhnya tanggungjawab untuk membetulkan keadaan yang tidak boleh diterima ini. Kredibiliti perintah undang-undang antarabangsa bergantung pada pendapat anda dan kepentingannya tidak boleh lebih tinggi."[73]
  •   Arab Saudi: Utusan Saudi Ziad al-Atiyah menyatakan Israel telah melakukan "pelanggaran berat terhadap obligasi asas antarabangsanya" terhadap rakyat Palestin di bawah pendudukan.[74]

Keputusan

sunting

ICJ menyampaikan keputusannya pada 19 Julai 2024.[75] Ia menyimpulkan Israel harus menamatkan pendudukan haramnya di wilayah-wilayah Palestin, berhenti mewujudkan penempatan baharu, dan mengosongkan penempatan yang sedia ada. Seterusnya, di mana rakyat Palestin telah hilang tanah dan harta benda, Israel harus membayar pampasan.[76] Berhubung larangan pengasingan kaum dan aparteid dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (CERD), mahkamah mendapati bahawa undang-undang Israel "menguatkuasakan pemisahan" antara penduduk Palestin dan petempat di wilayah-wilayah yang diduduki dalam erti fizikal dan perundangan, "melanggari" Perkara 3 CERD.[77][78]:65 Ia juga mendapati bahawa semua negara, dan institusi seperti Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah di bawah obligasi untuk tidak mengiktiraf pendudukan itu sebagai sah di sisi undang-undang atau "memberikan pertolongan atau bantuan" untuk mengekalkan kehadiran Israel di wilayah-wilayah yang diduduki.[79][80]

Antara pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa, Mahkamah menemui amalan seperti pengusiran secara paksa, perobohan rumah secara berleluasa dan sekatan ke atas kediaman dan pergerakan, pemindahan dan pengekalan petempat ke Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat, kegagalan melindungi rakyat Palestin daripada keganasan petempat, mengadakan sekatan ke atas akses kepada air, pelanjutan undang-undang Israel ke Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, dan eksploitasi sumber oleh Israel di wilayah-wilayah yang diduduki.[81] Semasa membangkitkan isu dasar pemisahan Israel, sambil menyatakan perbezaan antara pengasingan dan aparteid, ia tidak membuat keputusan bahawa dasar itu jatuh di bawah peruntukan undang-undang antarabangsa mengenai aparteid. Terdapat spekulasi yang ini mungkin ada kaitan dengan kebimbangan hendak mencapai konsensus majoriti besar di kalangan hakim yang bersidang.[13]

Mahkamah selanjutnya menulis: [78]

Mahkamah menganggap bahawa pencabulan oleh Israel terhadap larangan pengambilalihan wilayah dengan kekerasan dan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri mempunyai kesan langsung terhadap keabsahan kehadiran Israel yang berterusan, sebagai Kuasa yang menduduki, dalam Wilayah Palestin yang Diduduki. Penyalahgunaan yang berterusan oleh Israel terhadap kedudukannya sebagai Kuasa yang menduduki, melalui pengilhakan dan penegasan kawalan kekal ke atas Wilayah Palestin yang Diduduki dan pematahan secara berterusan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan menjadikan kehadiran Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki menyalahi undang-undang.

Mahkamah menyatakan bahawa proses damai Israel-Palestin tidak menghalang undang-undang antarabangsa daripada terpakai untuk situasi itu.[82] ICJ menyatakan bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan dikehendaki menentukan kaedah untuk menamatkan kehadiran haram Israel di wilayah-wilayah yang diduduki, dan semua negara berobligasi untuk bekerjasama dengan tidak mengiktiraf pendudukan Israel di wilayah-wilayah yang diduduki.[83]

PBB mengesahkan bahawa perkara itu akan diserahkan kepada UNGA untuk menentukan tindakan apa yang patut menyusul.[84]

Reaksi

sunting

Respons politik di Israel

sunting

Pemimpin dan ahli politik Israel mengecam keputusan ICJ bersifat antisemitik:[14]

  • Benjamin Netanyahu memanggil keputusan itu "keputusan yang dipenuhi pembohongan", kerana "orang Yahudi bukan penjajah di tanah mereka sendiri."[85]
  • Ahli Parlimen Knesset, Yuli Edelstein, menyatakan ICJ telah "dirampas oleh Islamis dan penyokong-penyokong mereka".[86]
  • Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir menyatakan keputusan itu "membuktikan untuk kesekian kalinya bahawa ini pertubuhan yang jelas antisemitik dan berpolitik."[87]
  • Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich menggesa Tebing Barat diilhakkan segera, menyatakan: "Jawapan kepada Hague – kedaulatan sekarang."[87]
  • Benny Gantz menyatakan bahawa keputusan itu ialah bukti campur tangan luar yang "kontraproduktif kepada keselamatan serantau" tetapi juga bukti lanjut campur tangan Kuasa Kehakiman terhadap Kuasa Eksekutif dalam konflik politik.[88]
  • Avigdor Lieberman menyatakan bahawa penghakiman itu satu "tindakan antisemitik," dan juga menuduh mahkamah "melancarkan perang" terhadap Israel, yang "sedang memerangi enam yang lain."[89]
  • Yariv Levin, Timbalan Perdana Menteri Israel, menyatakan: "Tiada pembohongan [oleh Mahkamah Dunia] akan mengubah hakikat: Tanah Israel adalah milik orang Israel."[89]
  • Israel Katz, Menteri Luar Negeri Israel, menyatakan bahawa keputusan itu "berbahaya" kerana ia memberikan peluang kepada puak pelampau dan "menggalakkan Pihak Berkuasa Palestin meneruskan jalan fitnahnya."[89]
  • Yair Lapid, ketua parti pembangkang, menyatakan bahawa keputusan itu "tidak rasional, berat sebelah, dicemari antisemitisme," dan "hanya memantu kepengganasan Islam."[89]
  • Ahmad Tibi menyatakan bahawa keputusan itu "telah dengan tepat menggambarkan realiti, menentukan bahawa keadaan bersegregasi dan penerapan undang-undang Israel di wilayah-wilayah yang diduduki itu aparteid."[89]
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan hak asasi manusia Israel B'tselem mengisytiharkan, "Tiada alasan lagi. Masyarakat antarabangsa mesti memaksa Israel tamatkan pendudukan."[90]

Respons politik di Palestin

sunting
  • Pejabat Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengalu-alukan pendapat itu dan menyebut keputusan itu bersejarah. [16]
  • Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin Hussein al-Sheikh memuji keputusan itu sebagai satu kemenangan bagi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, dan menganggap penghakiman itu bererti "keruntuhan dan kekalahan projek pengyahudian melalui rampasan, penempatan, perpindahan, dan amalan perkauman terhadap orang yang diduduki."[85]

Respons politik di AS

sunting

Respons politik di UK

sunting
  • Kerajaan Buruh yang baru ditubuhkan berkata ia "menghormati kemandirian ICJ" dan sedang mempertimbangkan keputusan itu sebelum membuat respons rasmi. Pejabat Luar Negeri menambah UK "sangat menentang pengembangan penempatan-penempatan haram dan peningkatan keganasan petempat".[92]

Respons politik di EU

sunting
  • Kesatuan Eropah menyokong pendapat nasihat ICJ dan menyatakan bahawa keputusannya sejajar dengan pendirian blok itu sendiri, dengan ketua dasar luar negerinya Josep Borrell berkata pendapat itu akan dianalisis mengenai implikasinya terhadap dasar EU.[15]
  • Menteri Luar Negeri Belgium, Hadja Lahbib berkata dalam hantaran di X: "Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan aktiviti penempatan mesti dihentikan. Belgium akan sentiasa mempertahankan undang-undang antarabangsa agar dihormati." [92]
  • Sepanyol berkata keputusan itu "merangkumi pengumuman penting ... mengenai keharaman pendudukan Israel di wilayah-wilayah Palestin dan mengenai penempatan, antara aspek-aspek lain" dan "Kerajaan menggesa PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil kira kesimpulan laporan itu dan ambil langkah yang sewajarnya dalam hal ini”.[92][93]
  • Kementerian Luar Negeri Slovenia menyeru Israel "untuk mematuhi kewajipan dan obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa" seperti yang dinyatakan dalam pendapat ICJ.[92]
  • Menteri Luar Negeri Norway, Espen Barth Eide, berkata dalam hantaran di X: "ICJ sudah jelas: dasar-dasar dan amalan-amalan Israel akan dianggap pengilhakan sebahagian besar Wilayah Palestin yang Diduduki, dan melanggar undang-undang antarabangsa. Ini pesanan yang tidak akan berbelah bahagi kepada Israel, yang kami harap mereka akan akur serta-merta."[92]

Respons politik di Afrika

sunting
  • Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan Ronald Lamola berkata keputusan itu "menegaskan pendirian lama Afrika Selatan bahawa pendudukan oleh Israel di wilayah Palestin tetap menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa" dan bahawa "Kini terdapat obligasi undang-undang tambahan untuk semua negara untuk tamat bersubahat dalam tindakan haram Israel dan bertindak untuk memastikan undang-undang antarabangsa dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.[92]

Analisis

sunting
  • Daniel Levy, seorang penganalisis politik, menyatakan kes ICJ itu akan menyebabkan pihak-pihak ketiga mengambil kira akibat "bersubahat dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa ini dan dalam menjamin kebebasan daripada dihukum bagi pihak yang melanggar, iaitu Israel."[94]
  • Wartawan Ynet, Itamar Eichner menyatakan bahawa walaupun keputusan ICJ merupakan senario terburuk yang ahli politik Israel takutkan, "keganasan" keputusan itu mungkin akan berpihak kepada Israel. Menurut pandangannya, kemungkinan besar pemimpin-pemimpin Israel sedang berharap Donald Trump akan memenangi pilihan raya AS, kemudian meluluskan undang-undang terhadap ICJ dan ICC, dan mengenakan sekatan ke atas hakim-hakim yang bertanggungjawab terhadap keputusan ini.[95]

Rujukan

sunting
  1. ^ "What's the ICJ case against Israel's illegal occupation of Palestine?". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2024. Dicapai pada 2024-07-23.
  2. ^ a b "Israel must end its occupation of Palestine to stop fuelling apartheid and systematic human rights violations". Amnesty International. 19 Februari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  3. ^ "World Court says it has received U.N. request for opinion on Israel occupation". Reuters. 20 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2023.
  4. ^ "Press Release No. 2023/4: The General Assembly of the United Nations requests an advisory opinion from the Court in its resolution A/RES/77/247 on "Israeli practices affecting the human rights of the Palestinian people in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem"" (PDF) (Siaran akhbar). Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 20 Januari 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2023.
  5. ^ "No. 2023/55: Public hearings to open on Monday 19 Februari 2024" (PDF) (Siaran akhbar). Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 23 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  6. ^ "World court to hold public hearings over consequences from Israel's occupation". Reuters. 23 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2023. Dicapai pada 23 Oktober 2023.
  7. ^ "Legal Consequences Arising from the Policies and Practices of Israel in the OPT (Request for Advisory Opinion) – Public hearings schedule 19 to 26 Februari 2024 – ICJ Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2024. Dicapai pada 13 Februari 2024.
  8. ^ Third Hearing: ICJ on Israeli Policies in Occupied Palestinian Territories. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2024. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  9. ^ a b Vaessen, Step. "First 10 countries made clear Israel's occupation unlawful, should end immediately". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "AJ1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ "What's the ICJ case against Israel's illegal occupation of Palestine?". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2024. Dicapai pada 2024-07-22.
  11. ^ 'Legal Consequences Arising from the Policies and practices of Israel in the Occupied Palestinian Territory, Including East Jerusalem:Advisory Opinion,' Diarkibkan 23 Julai 2024 di Wayback Machine Unispal 19 Julai 2023 ms.6,73,79.
  12. ^ Reiff, B. (2024, Julai 23). Israel always sold the occupation as legal. The ICJ now terrifies them.’ Diarkibkan 24 Julai 2024 di Wayback Machine. +972 Magazine.
  13. ^ a b Aeyal Gross, 'The ICJ Just Demolished One of Israel's Key Defenses of the Occupation,' Diarkibkan 20 Julai 2024 di Wayback Machine Haaretz 19 Julai 2024.
  14. ^ a b c "As Israel's Leaders Seethe at 'Antisemitic' ICJ Decision, Palestinian President Says Justice Has Won". Haaretz. 20 Julai 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2024. Dicapai pada 20 Julai 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ha1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ a b "EU backs ICJ ruling on illegal Israeli occupation". 20 Julai 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2024. Dicapai pada 21 Julai 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "mee1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ a b Singh, Kanishka (2024-07-20). "US criticizes ICJ opinion on Israeli occupation of Palestinian territories". Reuters. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  17. ^ "Fourth Committee to refer Israel's occupation to ICJ for advisory opinion". WAFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  18. ^ "UN committee approves: ICJ to be asked to provide legal opinion on Israeli 'occupation'". 11 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  19. ^ "UN agrees to ask ICJ opinion on Israel's West Bank occupation". 12 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  20. ^ "UN seeks court opinion on 'violation' of Palestinian rights". ABC News (Australia). AP. 30 Disember 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2023. Dicapai pada 29 Oktober 2023.
  21. ^ "A.77/PV.56 (Resumption 1): General Assembly Official Records: Seventy-seventh session, 56th plenary meeting, Friday, 30 December 2022, 6 p.m., New York" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 29 Oktober 2023.
  22. ^ Nichols, Michelle (30 Disember 2022). "U.N.asks World Court to give opinion on Israel's occupation". Reuters – melalui www.reuters.com.
  23. ^ "ICJ confirms it has received UN request for advisory opinion on Israeli occupation". WAFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2023. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  24. ^ Mahkamah Keadilan Antarabangsa (20 Januari 2023). "The General Assembly of the United Nations requests an advisory opinion from the Court in its resolution A/RES/77/247 on 'Israeli practices affecting the human rights of the Palestinian people in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem'" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 Januari 2023. Dicapai pada 22 Januari 2023.
  25. ^ "Resolution adopted by the General Assembly on 30 December 2022". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  26. ^ "UN adopts Palestinian resolution to seek ICJ opinion on Israel's 'prolonged occupation'". 12 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 12 November 2022.
  27. ^ "Lapid to world leaders: Stop Palestinian push to refer conflict to the Hague". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2022. Dicapai pada 5 Disember 2022.
  28. ^ "OIC hails UN vote on Israel's occupation of Palestine". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2023. Dicapai pada 1 Januari 2023.
  29. ^ "Order on time-limits" (PDF). Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 3 Februari 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 September 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2023.
  30. ^ "ICJ sets dates for submission of statements on Israel's practices in the occupied Palestinian territories". WAFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.
  31. ^ "No. 2023/43: Filing of written statements" (PDF) (Siaran akhbar). Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 7 Ogos 2023. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Oktober 2023. Dicapai pada 29 Oktober 2023.
  32. ^ a b c Benjamin Barthe; Stéphanie Maupas (22 September 2023). "Palestine: l'occupation israélienne face á la justice". Le Monde (dalam bahasa Perancis). m/s. 7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Le-Monde-Sept-2023" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  33. ^ "ICJ says 15 written comments were filed on legal consequences of Israeli Policies, Practices in occupied Palestinian Territory". WAFA. 16 November 2023.
  34. ^ https://www.icj-cij.org/sites/default/files/case-related/186/186-20231114-pre-01-00-en.pdf
  35. ^ "Written Statement of the Government of Canada" (PDF). 14 Julai 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 November 2023. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  36. ^ "Canada attempting to block the ICJ advisory opinion on Palestine". Just Peace Advocates. 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  37. ^ Irwin Cotler; Orde Kittrie (27 Ogos 2023). "Opinion: Canada must continue to defend Israel against baseless United Nations attack". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  38. ^ "Israel tells ICJ it lacks authority to debate conflict, says talks are only solution". 28 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  39. ^ Tovah Lazaroff (28 Julai 2023). "Israel files written submission to ICJ against its 'occupation' hearing". The Jerusalem Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  40. ^ "FM Malki hands Palestine's written submissions to ICJ for legal opinion on nature of Israeli occupation of OPT". WAFA. 24 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2023. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  41. ^ McKernan, Bethan (24 Ogos 2023). "UK 'seeking to block ICJ ruling' on Israeli occupation of Palestine". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2024. Dicapai pada 28 Oktober 2023.
  42. ^ "International community let Palestinian people down: African Union at ICJ". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2024. Dicapai pada 27 Februari 2024.
  43. ^ "Libya presents legal arguments at ICJ". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  44. ^ "Namibia remembers painful colonial history in ICJ remarks on Israel's occupation". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  45. ^ "Sudan argues in favour of ICJ advisory opinion". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  46. ^ "Belize argues Israel's illegal occupation of Gaza has been ongoing". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  47. ^ "'Israel obliged to stop atrocities, genocide in Gaza'". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  48. ^ "More from Brazil's representative". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  49. ^ "'Systematic violation of international law part of Israel's state policy'". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  50. ^ Vaessen, Step. "China counters US point by point at ICJ". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  51. ^ "More on arguments presented by Bangladesh". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 25 Februari 2024.
  52. ^ "China's remarks highlight Palestinians' right to resist". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  53. ^ "Indonesia's foreign minister at ICJ: 'Blatant violation of humanitarian law committed by Israel'". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  54. ^ "Japan calls for creation of state for Palestinians to live in 'peace and dignity'". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  55. ^ "Pakistan tells ICJ Israeli occupation 'not irreversible'". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  56. ^ "Israel has committed 'serious breaches' of international law: Ireland". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  57. ^ "Israel's settlements aim to bring permanent demographic change". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 25 Februari 2024.
  58. ^ "Israel's 'colonisation activities' are not self-defence: Luxembourg". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  59. ^ "The Netherlands presents its arguments". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 25 Februari 2024.
  60. ^ "Israeli settlements 'biggest obstacle' to two-state solution: Norway". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  61. ^ "Russia tells ICJ Israel must stop all settlement activities". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  62. ^ "Slovenia at ICJ: Self-determination 'fundamental' right for all". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  63. ^ "Switzerland at ICJ: Israel set up 'coercive environment' in Palestinian territories". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  64. ^ "UK calls on ICJ to decline issuing an advisory opinion". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  65. ^ "ICJ: Arab League concludes oral arguments with words by poet killed in Israeli air strike". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2024. Dicapai pada 27 Februari 2024.
  66. ^ "Iran says UNSC responsible for Israeli atrocities". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  67. ^ "Israel must be held accountable for 'war crimes': Iraq to ICJ". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  68. ^ "Israeli occupation must end 'as a matter of urgency': Jordan". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  69. ^ "'No country must be allowed to be above the law': Jordan". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  70. ^ "'Why does the victim continue to be portrayed as the killer?': Kuwait". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  71. ^ "Lebanon urges ICJ to help bring peace in Middle East". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  72. ^ "Palestinians living in 'injustice, daily humiliation', Oman tells ICJ". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  73. ^ "Qatar says 'credibility of international legal order' depends on ICJ opinion". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  74. ^ "More from Saudi Arabia's envoy Ziad al-Atiyah". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 25 Februari 2024.
  75. ^ [Legal Consequences Arising from the Policies and Practices of Israel in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem] Mahkamah Keadilan Antarabangsa 19 Julai 2024
  76. ^ Loveday Morris, 'Israel should evacuate settlements, pay reparations, ICJ says,' Washington Post 19 Julai 2024
  77. ^ ICJ opinion declaring Israel's occupation of Palestinian territories unlawful is historic vindication of Palestinians' rights (dalam bahasa Inggeris), Amnesty International, 19 Julai 2024, Wikidata Q127606223, diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2024
  78. ^ a b Legal Consequences arising from the Policies and Practices of Israel in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem Mahkamah Keadilan Antarabangsa No. 2024/57 19 Julai 2024
  79. ^ Corder, M. (2024, Julai 20). ‘Unlawful’: Top UN court orders Israel end its occupation of Palestinian territories. Diarkibkan 22 Julai 2024 di Wayback Machine. The Age.
  80. ^ Stephanie van den Berg and Emily Rose,'Top UN court says Israel's occupation of Palestinian territories is illegal,' Reuters 19 Julai 2024.
  81. ^ Siddique, H. (2024, Ogos 21). UN court orders Israel to end its occupation of Palestinian territories. Diarkibkan 22 Julai 2024 di Wayback Machine. The Guardian.
  82. ^ Peter Beaumont (19 Julai 2024). "Why ICJ ruling against Israel's settlement policies will be hard to ignore". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Wikidata Q127606871. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2024.
  83. ^ Stephanie van den Berg; Emily Rose (19 Julai 2024), Top UN court says Israel's occupation of Palestinian territories is illegal (dalam bahasa Inggeris), Reuters, Wikidata Q127606905, diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2024
  84. ^ Staff, Al Jazeera. "Can Palestinians expect changes after ICJ ruling on Israel's occupation?". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2024. Dicapai pada 24 Julai 2024.
  85. ^ a b Raffi Berg, 'UN top court says Israeli occupation of Palestinian territories is illegal,' Diarkibkan 19 Julai 2024 di Wayback Machine BBC News 19 Julai 2024.
  86. ^ 'Israeli leaders slam ICJ's call for end to 'illegal' activities in Palestinian territories,' Diarkibkan 19 Julai 2024 di Wayback Machine Jerusalem Post 19 Julai 2024.
  87. ^ a b Azulay, Moran; Kimon, Elisha Ben (2024-07-19). "Ben-Gvir calls ICJ 'a definite antisemitic organization; Smotrich: Sovereignty now'". Ynetnews (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2024. Dicapai pada 2024-09-17.
  88. ^ Gantz: ICJ ruling counterproductive to regional security; Liberman: Another antisemitic show Diarkibkan 22 Julai 2024 di Wayback Machine The Times of Israel 19 Julai 2024
  89. ^ a b c d e Noa Shpigel, [','] Haaretz 19 Julai 2024.
  90. ^ Chantal Da Silva, 'Israeli settlements violate international law, U.N.'s top court says in a landmark opinion,' Diarkibkan 19 Julai 2024 di Wayback Machine NBC News 19 Julai 2024
  91. ^ "US criticizes ICJ opinion on Israeli occupation of Palestinian territories". Reuters. Dicapai pada 20 Julai 2024.
  92. ^ a b c d e f Staff, Al Jazeera. "'Impunity must end': World reacts to ICJ ruling against Israeli occupation". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2024. Dicapai pada 2024-07-24. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  93. ^ Ayllon, Luis (2024-07-21). "Spain welcomes the ICJ ruling that considers the Israeli occupation of Palestinian territories illegal". The Diplomat in Spain. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2024. Dicapai pada 24 Julai 2024.
  94. ^ "Hearing on Israeli occupation could help peace process under international law". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2024. Dicapai pada 20 Februari 2024.
  95. ^ Eichner, I. (2024, Julai 19). ICJ opinion was Israel's worse case scenario. Diarkibkan 22 Julai 2024 di Wayback Machine Ynetnews.

Pautan luar

sunting