Renault FT-17

(Dilencongkan daripada Kereta kebal Renault FT)

Renault FT-17 (Automitrailleuse à chenilles Renault FT modèle 1917) merupakan kereka kebal ringan Perancis; ia mempunyai reka bentuk yang paling revolusi dan mempengaruhi reka bentuk kereta kebal dalam sejarah. FT-17 merupakan kereta kebal pertama dengan persenjataan dalam menara berputar sepenuhnya, dan tatarajahnya dengan menara di bahagian atas, engin di belakang dan pemandu dibahagian hadapan menjadi klassik, masih diguna pakai dalam kebanyakan kereta kebal sehingga kini; malah ia sungguh biasa dengan pemahaman moden sehinggakan kita sukar memahami bahawa ia pernah dianggap satu revolusi reka bentuk.

Kereta kebal FT-17, musée de l'Armée (Paris).
Renault FT 17
FT-17 at Brussels Royal Army Museum
JenisLight tank
Tempat asalPerancis France
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1917-1945?
Digunakan oleh Belgium

 Brazil
 Czechoslovakia
 Estonia
 Finland
 Perancis
 Iran
 Jepun
 Lithuania
 Belanda
 Poland
 Romania
 Kesatuan Soviet
 Sepanyol
 Switzerland
 Turki
 Amerika Syarikat

 Yugoslavia
PerangPerang Dunia I, Perang Saudara Russia, Perang Polish-Soviet, Perang Saudara China, Perang Saudara Sepanyol, Perang Dunia II
Sejarah pengeluaran
AnekaChar à canon 37, Char mitrailleur, FT 75 BS , Char signal, FT-17 modifié 31, Six Ton Tank Model 1917, Russkiy Reno, FIAT 3000
Spesifikasi
Berat6.5 tanonnes
Panjang5.00 m
Lebar1.47 m
Tinggi2.14 m
Krew2 (komander, pemandu)

Armor22 mm
Senjata
pertama
meriam 37 mm atau mesingan 7.92 mm
Enjinpetrol
39 hp (29 kW)
Kuasa/berat6 hp/tonne
Sistem ampaianspring tegak
Jarak
operasi
65 km
Kelajuan7 km/h

Pembangunan

sunting

Kajian dalam pengilangan kereta kebal ringan baru bermula pada May 1916 oleh pengeluar kereta terkenal, Louis Renault, hanya kerana keinginannya membabitkan jutawan besi Paul Thomé dalam rancangan perniagaannya. Salah seorang pereka berbakatnya, Rodolphe Ernst-Metzmaier, merupakan pencipta sebenar konsep moden ini. Sungguhpun projek ini lebih maju berbanding dua kereta kebal Perancis yang hampil dihasilkan, Schneider CA1 dan St. Chamond yang berat, Renault berhadapan dengan masalah untuk diterima pada awalnya. Malah selepas British mula menggunakan kereta kebal, pada 15 September 1916, ketika orang Perancis mahukan penggunaan chars mereka sendiri, penghasilan kereta kebal ringan hampir dibatalkan bagi kereta kebal mahaberat (yang terkemudian Char 2C). Ironinya orangnya sendiri, Ernst-Metzmaier, yang telah mereka raksaksa ini ketika Renault sedang membantu firma lain, FCM. Bagaimanapun, dengan sokongan padu Brigadier Jeneral Jean-Baptiste Eugène Estienne (1860-1936), "Bapa Kereta kebal", dan turutan CinC Perancis, yang melihat kereta kebal ringan sebagai lebih mudah dilaksana dan pilihan boleh diterima, Renault pada akhirnya berjaya meneruskan reka bentuk tersebut. Bagaimanapun persaingan dengan Char 2C berterusan sehingga saat-saat akhir perang, 11 November 1918.

Perlahan-lahan prototaip itu disempurnakan semasa awal pertengahan 1917, sungguhpun FT dihantui oleh masalah tali kipas radiator dan sistem penyejukkan sepanjang perang. Hanya 84 di hasilkan pada 1917 tetapi 2,697 dihantar sebelum akhir perang. Sekurang-kurangnya 3,177 dihasilkan keseluruhannya - dan kemungkinannya lebih dari itu: sesetengah orang menganggar setinggi 4,000 bagi semua versi digabung. Bagaimanapun, jumlah 3,177 adalah jumlah penghantaran kepada Tentera Perancis; 514 kemungkinannya terus kepada tentera Amerika Syarikat, 24 pada Great Britain, dan tiga pada Itali - memberikan keseluruhan jumlah pengeluaran kepada 3,694. Kereta kebal ini pada awalnya memiliki menara kecil tuang bulat; kemudian samaada segi lapan (octagonal) atau kemudiannya menara kecil bulat dari kepingan keluli bengkok (dikenali sebagai turet Girod sempena salah satu syarikat yang turut menghasilkannya). Dua yang akhir mampu membawa meriam Puteaux SA 18 atau mesingan Hotchkiss 7.92 mm. Di Amerika Syarikat kereta kebal ini dibina di bawah lesen sebagai Model Kereta kebal Enam Tan 1917 - (Six Ton Tank Model 1917) (950 dibina, 64 darinya sebelum akhir perang, tetapi terlalu lewan untuk turut beraksi).

Terdapat mitos tegal berkenaan nama kereta kebal: "FT" dikatakan bererti Faible Tonnage, atau, lebih khayalan: Franchisseur des Tranchées (pelintas parit). Sebenarnya semua prototaip Renault diberikan kod gabungan; ia hanya kebetulan giliran "FT". Satu lagi mitos nama adalah "FT-18" bagi kereta kebal meriam: nama ini tidak pernah dijumpai dalam sumber semasa. Juga bagi "FT 75 BS", "BS" tidak bermaksud Batterie de Support (lihat di bawah).

Sejarah Tempur

sunting
 
Tentera Amerika Syarikat mengendalikan kereta kebal Renault FT-17

Kereta kebal ini digunakan secara meluas oleh Perancis dan Amerika (yang, sebagaimana dikatakan diberi pinjam 514) pada tahap kemudian Perang Dunia I, selepas 31 May 1918. Kereta kebal ini mudah dan sesuai pengeluaran besar-besaran. Malah, pengeluaran ini menjadi senjata itu sendiri: matlamat ditetapkan bagi 12,260 untuk dihasilkan (4,440 darinya di Amerika Syarikat) sebelum akhir 1919. Jangkaan ini merupakan salah satu faktor yang mendorong Pemerintah Tertinggi Jerman untuk memutuskan serangan besar-besaran sepenuhnya semasa musim bunga 1918, yang melemahkan pasukan tentera mereka menyebabkan ia ranap pada musim panas.

Selepas perang, FT-17 dieksport kepada banyak negara (Poland, Estonia, Lithuania, Romania, Yugoslavia, Czechoslovakia, Switzerland, Belgium, Belanda, Sepanyol, Brazil, Turki, Iran, Finland dan Jepun). Hasilnya, kereta kebal FT-17 digunakan oleh kebanyakan negara yang memiliki pasukan berperisai, juga sebagai jenis kereta kebal pertama mereka, termasuk Amerika Syarikat. Ia terbabit dalam kebanyakan pertikaian kemudiannya, seperti Perang Saudara Russia, Perang Polish-Soviet, Perang Saudara China dan Parang Saudara Sepanyol. Kereta kebal FT-17 turut digunakan dalam Perang Dunia II, antara lain di Poland, Finland dan Perancis, sunggupun ia lapuk sepenuhnya ketika itu. Pada 1940 tentera Perancis masih memiliki 8 battalion dilengkapi dengan 63 FT-17 setiap satu dan tiga kompeni bebas dengan sepuluh setiap satu, bagi kekuatan organik keseluruhan 534, kesemuanya dengan mesingan.

Banyak unit lebih kecil, dibentuk selepas penjajahan, turut menggunakan kereta kebal. Ini telah memberi mitos popular bahawa Perancis tidak memiliki senjata moden lansung; sebenarnya mereka memiliki lebih banyak kereta kebal moden berbanding jerman; Perancis menderita kelemahan taktikal dan strategik dan bukannya kekurangan peralatan. Apabila Jerman mara ke Terusan (The Channel) mereka mengasingkan unit terbaik Perancis, oleh itu sebagai langkah penyelamat (expediency) keseluruhan senjata simpanan Perancis dihantar kegaris hadapan; ini termasuk 575 FT-17. Sebelum itu 115 seksion FT-17 telah membentuk pertahanan pengkalan udara. Wehrmacht menaawan 1,704 FT-17. Seratus lagi digunakan sebagi pertahanan lapangan terbang, sekitar 650 bagi meronda Europah yang ditakluk.

 
Kereta kebal FT-17 Polish semasa Pertempuran Dyneburg

Tentera Merah (Red Army) Soviet menawan empat belas Renault rosak dari pasukan Putih, dan menghasilkannya di Kilang Krasnoye Sormovo pada 1920. Pihak Soviet mendakwa bahawa telah membina kereta kebal Russkiy Reno ini, tetapi mereka sebenarnya hanya menghasilkan satu salinan tepat, dinamakan 'Pejuang Kebebasan Stalin' (Zaloga & Grandsen 1984:35). Apabila Stalin memulakan perlumbaan senjata Tiga puluhan, kereta kebal rekaan Soviet sepenuhnya adalah T-18, salinan Renault dengan apungan spring.

Variasi

sunting
  • Char à canon 37: a FT-17 with a 37 mm Puteaux SA18 short-barreled gun - sekitar 3/5 kereta kebal ditempah, sekitar 1/3 kereta kebal dihasilkan.
  • Char mitrailleur: a FT-17 with an 8 mm Hotchkiss M1914 machine gun - sekitar 2/5 kereta kebal ditempah, sekitar 3/5 kereta kebal dihasilkan.
  • FT 75 BS: meriam gerak sendiri dengan meriam (petard) laras pendek Blockhaus Schneider 75 mm - sekurang-kurangnya 39 kereta kebal dihasilkan.
  • Char signal atau TSF: kereta kebal pemerintah dengan radio, "TSF" mewakili télégraphie sans fil or "wireless" - nama yang tepat, kerana hanya menggunakan kod morse; tanpa persenjataan, tiga anak kapal, 300 ditempah, sekurang-kurangnya 188 dihasilkan.
  • FT-17 modifié 31: kereta kebal dipertingkatkan dengan mesingan Reibel 7.5 mm. Pengubahsuaian ini bermula 1931 pada 1,580 chars mitrailleurs masih dalam tok Perancis; kesemua kereta kebal meriam metropolitan (secara rasmi) dilupuskan bagi membina kenderaan utuliti pada kerangkanya dan meriam digunakan bagi melengkapi R 35. Versi ini kadang-kala dikenali sebagai "FT-31", sungguhpun ini bukannya nama rasmi.
  • Model Enam Tan 1917 - salinan dibina Amerika Syarikat, 950 di bina, 374 antaranya kereta kebal meriam, lima puluh kereta kebal radio. Semasa Perang Dunia II sesetengah dihantar ke Kanada dan UK sebagai kenderaan latihan.
  • Russkiy Reno: "Renault Russia", kereta kebal Soviet pertama, dihasilkan di Kilang Krasnoye Sormovo No. 112, salinan tepat.
  • FIAT 3000 - hasilan Itali.

Kenderaan terselamat

sunting

Sekitar 36 FT-17, 15 Kereta Kebal Enam Tan dan satu Russkiy Reno terselamat di pelbagai Muzium seluruh dunia. Dua FT-17, terdapat di Musée des Blindés di Perancis dalam keadaan baik.

Rujukan

sunting
  • Zaloga, Steven J., James Grandsen (1984). Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two, London: Arms and Armour Press. ISBN 0-85368-606-8.

Pautan luar

sunting