Kereta kebal Panzer IV

Panzerkampfwagen IV (Pz.Kpfw. IV), biasanya dikenali sebagai Panzer IV, adalah kereta kebal serdahana yang dibangunkan oleh Nazi Jerman pada akhir 1930-an dan digunakan dengan meluasnya semasa Perang Dunia Kedua. Nama inventori pelurunya adalah Sd.Kfz. 161.

Panzerkampfwagen IV
Kereta kebal Panzer IV Ausf G. dalam warna gurun, membawa lencana pokok palma bagi Division Infantri ke-33/Division Panzer ke-15 bagi Kor Afrika.
JenisKereta kebal sederhana
Tempat asal Jerman Nazi
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1939–1967
Digunakan olehNazi Jerman
Romania
Turki
Hungary
Bulgaria
Finland
Sepanyol
Croatia
Syria
PerangPerang Dunia II, Perang Enam Hari
Sejarah pengeluaran
PerekaKrupp
Direka1936
PengeluarKrupp, Steyr-Daimler-Puch
Kos unit~ 103,462 Reichsmarks[1]
Dihasilkan1936–45
Jumlah dibina8,533 dari semua versi
Spesifikasi (Pz IV Ausf H, 1943[2])
Berat25.0 tonne (27.6 short ton; 24.6 long ton)
Panjang5.92 meter (19 ka 5 in)
7.02 meter (23 ka 0 in) gun forward
Lebar2.88 m (9 ka 5 in)
Tinggi2.68 m (8 ka 10 in)
Krew5 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu, operator radio/bow machine-gunner)

Armor10–80 mm (0.39–3.15 in)
Senjata
pertama
7.5 cm (2.95 in) KwK 40 L/48 main gun (87 rds.)
Senjata
kedua
2–3 × 7.92-mm Maschinengewehr 34
Enjin12-silinder Maybach HL 120 TRM
300 PS (296 hp, 220 kW)
Kuasa/berat12 PS/t
Transmisi6 forward and 1 reverse ratios
Sistem ampaianLeaf spring
Kapasiti minyak470 l (120 US gal)
Jarak
operasi
200 km (120 bt)
Kelajuan42 km/j (26 mph) road, 16 km/j (9.9 mph) off road

Panzer IV adalah kereta kebal Jerman yang paling banyak dihasilkan dan kenderaan perisai kedua yang paling banyak dibuat oleh Jerman selama Perang Dunia Kedua, dengan sekitar 8,500 dibina. Sebagai kereta kebal Jerman paling meluas dihasilkan dan digunakan semasa Perang Dunia Kedua, kereta kebal Panzer IV digunakan sebagai asas bagi kebanyakan kenderaan tempur lain, termasuk pemusnah kereta kebal Sturmgeschütz IV, senjata anti pesawat gerak sendiri Wirbelwind, dan meriam gerak sendiri Brummbär.

Panzer IV dilihat dalam perkhidmatan di semua teater pertempuran yang melibatkan Jerman dan merupakan satu-satunya kereta kebal Jerman yang kekal dalam pengeluaran sepanjang perang. Panzer IV menerima pelbagai peningkatan dan pengubahsuaian reka bentuk, bertujuan untuk mangatasi kereta kebal baru sekutu. Secara amnya, melibatkan peningkatan perisai perlindungan Panzer IV dan menaik taraf senjata.

Panzer IV sebahagiannya digantikan oleh kereta kebal serdahana Panther, yang diperkenalkan untuk menentang kereta kebal T-34 Soviet, walaupun Panzer IV terus komponen dalam formasi perisai Jerman sehingga akhir perang. Panzer IV merupakan kereta kebal yang paling banyak dieksport dalam perkhidmatan Jerman, dengan kira-kira 300 yang dijual kepada sekutu Jerman seperti Finland, Romania, Sepanyol dan Bulgaria. Selepas perang, Syria memperoleh Panzer IV dari Perancis dan Czechocslovakia, yang menyaksikan pertempuran pada Perang Enam Hari 1967. 8,533 Panzer IV dari semua versi dibina semasa Perang Dunia Kedua.

Sejarah Pembangunan

sunting

Kereta kebal Panzer IV merupakan hasil jeneral Jerman dan pencipta teori pertempuran perisai Heinz Guderian.[3] Dalam konsep, ia bertujuan sebagai kereta kebal penyokong bagi kegunaan menentang musuh, meriam anti kereta kebal dan pertahanan berkubu.[4] Sebaik-baiknya, setiap batalion keret akebal dalam division Panzer memiliki tiga kompeni Panzer III sederhana dan satu kompeni Panzer IV berat.[5] Pada 11 Januari 1934, tentera Jerman telah mengeluarkan spesifikasi bagi "traktor sederhana", dan mengeluarkannya kepada beberapa kompeni pertahanan. Untuk menyokong Panzer III, yang akan dilengkapi dengan meriam anti-kereta kebal 37-milimeter (1.46 in), kenderaan baru itu akan memiliki howitzer 75-milimeter berlaras pendek (2.95 inci) sebagai meriam utama, dan telah ditetapkan had berat 24 tan (26.46 tan pendek). Pembangunan telah dijalankan di bawah nama Begleitwagen ("kenderaan pengiring"),[6] atau BW, bagi mengaburi tujuan sebenarnya, memandangkan Jerman masih teori terikat dengan Perjanjian Versailles.[7] MAN, Krupp, dan Rheinmetall-Borsig setiap satunya membangunkan prototaip,[5] dengan Krupp dipilih bagi pembangunan selanjutnya.[8]

Pada asal kerangkanya direka dengan penggantungan "interleave" enam roda, tetapi Tentera Jerman meminda pilihan ini kepada sistem gantungan batang torsi. Ia membenarkan pesongan menegak yang lebih besar bagi rodajalan, ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan keselesaan krew bagi kedua-dua di jalan raya dan di luar jalan.[8][9] Walau bagaimanapun, disebabkan keperluan mendesak bagi kereta kebal yang baru ini, kedua cadangan tidak diterima, dan Krupp sebaliknya melengkapinya dengan sistem penggantungan spring daun double-bogie.

Prototaip memerlukan krew lima orang; kerangkanya mengandungi ruang enjin di belakang, dengan pemandu dan pengendali radio, yang juga bertugas sebagai penembak mesingan, yang duduk di bahagian hadapan kiri dan hadapan-kanan. Di turet, komander kereta kebal duduk di bawah bukaan bumbung, manakala juru tembak itu duduk di sebelah kiri bukaan meriam dan pemuat di sebelah kanan. Turet senget 66.5 mm (2.62 in) ke sebelah kiri garis pusat kerangka, manakala enjin dipindahkan 152.4 mm (6.00 in) ke kanan. Ini membolehkan aci tork untuk melepasi persimpangan asas putar, yang membekalkan kuasa elektrik bagi menggerakkan turet, sementara sambungan pada kotak transmisi yang dipasang di badan antara pemandu dan pengendali radio. Oleh kerana susun aturan simetri, sebelah kanan kereta kebal mengandungi sebahagian besar daripada ruang penyimpanan, yang telah diisi dengan loker peluru sedia diguna.[8]

DIterima dalam perkhidmatan sebagai Versuchskraftfahrzeug 622 (Vs.Kfz. 622),[7] pengeluaran bermula pada tahun 1936 di kilang Krupp-Grusonwerke AG di Magdeburg.[10]


Pautan luar

sunting
  1. ^ Zetterling, Niklas (2000). Kursk 1943: A Statistical Analysis. London: Frank Cass. m/s. 61. ISBN 9780714650524.
  2. ^ Conners, Chris (4 December 2002). "Panzerkampfwagen IV Ausfuehrung H1-6,10,15-16". The AFV Database. Dicapai pada 15 December 2010.
  3. ^ Spielberger (1972), p. 69
  4. ^ Caballero & Molina (2006), p. 5
  5. ^ a b Perrett (1999), p. 4
  6. ^ Jentz (1997), p. 1
  7. ^ a b Spielberger (1972), p. 70
  8. ^ a b c Perrett (1999), p. 5
  9. ^ Simpkin (1979), p. 106
  10. ^ de Mazarrasa (1994), p. 46

Rujukan

sunting
  • Bird, Lorrin R. (2001). World War II Ballistics: Armor and Gunnery. Albany, NY: Overmatch Press. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Caballero, Carlos; Molina, Lucas (2006). Panzer IV: El puño de la Whermacht (dalam bahasa Spanish). Valladolid, Spain: AFEditores. ISBN 8-496-01681-1. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Crawford, Steve (11 November 2000). Tanks of World War II. Zenith Press. ISBN 0-760-30936-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • de Mazarrasa, Javier (1994). Blindados en España 2ª Parte: La Dificil Postguerra 1939-1960 (dalam bahasa Spanish). Valladolid, Spain: Quiron Ediciones. ISBN 8-487-31410-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Doyle, Hilary (2001). Panzerkampfwagen IV Ausf. G, H and J 1942-45. Oxford, United Kingdom: Osprey. ISBN 1-841-76183-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Fletcher, David (2008). Sherman Firefly. Oxford, United Kingdom: Osprey. ISBN 978-1846032776. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Forty, George (2000). The Reich's Last Gamble: The Ardennes Offensive, December 1944. London, United Kingdom: Cassell & Co. ISBN 0-304-35802-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Hastings, Max (1999). Overlord: D-Day and the Battle for Normandy 1944. London, United Kingdom: Pan Books. ISBN 0-330-39012-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Jentz, Thomas (1996). Panzertruppen: The Complete Guide to the Creation & Combat Employment of Germany's Tank Force 1933-1942. Atglen, PA: Schiffer Military History. ISBN 0-887-40915-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Jentz, Thomas (1997). Panzer Tracts 4: Panzerkampfwagen IV - Grosstraktor to Panzerbefehlswagen IV. Darlington, MD: Darlington Productions. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Jentz, Thomas (2001). Germany's Panzers in World War II: From Pz.Kpfw.I to Tiger II. Atglen, PA: Schiffer Military History. ISBN 0-764-31425-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • McCarthy, Peter (2002). Panzerkieg: The Rise and Fall of Hitler's Tank Divisions. New York City, NY: Carroll & Graf. ISBN 0-786-71009-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Ormeño, Javier (1 January 2007). "Panzerkampfwagen III: El pequeño veterano de la Werhmacht". SERGA. Madrid, Spain: Almena (45).
  • Perrett, Bryan (1998). German Light Panzers 1932-42. Oxford, United Kingdom: Osprey. ISBN 1-855-32844-5. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Perrett, Bryan (1999). Panzerkampfwagen IV medium tank : 1936 - 1945. Oxford, United Kingdom: Osprey. ISBN 9781855328433. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Reynolds, Michael (2002). The Sons of the Reich: II SS Panzer Corps. Havertown, PA: Casemate. ISBN 0-9711709-3-2. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Scheibert, Horst (1991). The Panzer IV Family. West Chester, PA: Schiffer Military History. ISBN 0-887-40359-X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Simpkin, Richard E. (1979). Tank Warfare: An analysis of Soviet and NATO tank philosophy. London, United Kingdom: Brassey's. ISBN 0-904-60925-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Spielberger, Walter (1972). PanzerKampfwagen IV. Berkshire, United Kingdom: Profile Publications Ltd. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Spielberger, Walter (1993). Panzer IV and its variants. Atglen, PA, USA: Schiffer Military History. ISBN 0-88740-515-0. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Wilmot, Chester (1997). The Struggle for Europe. Ware, Herts.: Wordsworth Editions Ltd. ISBN 1-853-26677-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Scafes, Cornel I; Scafes, Ioan I; Serbanescu, Horia Vl (2005). Trupele Blindate din Armata Romana 1919-1947. Bucuresti: Editura Oscar Print.