Kereta kebal Mark VIII

Kereta kebal Mark VIII atau Liberty merupakan rekabentuk kereta kebal Anglo-Amerika semasa Perang Dunia Pertama. Pada awalnya ia bertujuan sebagai satu usaha sama untuk melengkapi tentera Perancis, British, dan Amerika Syarikat dengan satu reka bentuk kereta kebal, tetapi ia tidak berhasil sebelum akhir perang dan hanya beberapa dihasilkan.

Mark VIII Liberty
Tempat asal United Kingdom/ Amerika Syarikat
Sejarah pengeluaran
Direka1917
PengeluarUK:
US: Rock Island Arsenal
Dihasilkan1918-1920
Jumlah dibina125
Spesifikasi
Berat37 t
Panjang34 ft 2 in (10.42 m)
Lebar12 ft 4 in (3.76 m)
Tinggi10 ft 3 in (3.13 m)
Krew12 or 10

Armor16 mm
Senjata
pertama
two QF 6 pdr 6 cwt Hotchkiss (57 mm) guns
Senjata
kedua
seven 7.92 mm Hotchkiss machine guns or five M1917 Browning machine guns
EnjinV-12 Liberty or V-12 Ricardo
300 hp (323 kW)
Kuasa/berat8.1 hp/tonne
Sistem ampaianunsprung
Jarak
operasi
89 km
Kelajuan5.25 mph (8.45 km/h)

Perkembangan Awal

sunting

Ketika Perang Dunia Pertama berlangsung, keupayaan pengilangan Triple Entente telahpun tertekan pada hadnya. Dari pihak Berikat, hanya Great Britain dan Perancis merupakan negara industri utama pada 1914 dan yang terakhir kehilangan 70% industri beratnya apabila Jerman menawan bahagian Lorraine yang tidak diduduki mereka pada 1871. Pengeluaran di Britain terhad oleh kekurangan buruh dan hutang negara yang melambung.

Apabila Amerika Syarikat mengistihar perang ke atas Jerman pada 6 April 1917, banyak pihak di Britain berharap peristiwa ini akan menyelesaikan semua masalah ini. Ke dua orang bertanggung jawab secara langsung ke atas pengeluaran kereta kebal British, Eustace Tennyson d'Eyncourt dan Leftenan-Kolonel Albert Gerald Stern, pada mulanya menimbang untuk menghantar delegasi ke Amerika Syarikat serta merta, bagi menyakinkan sekutu baru bagi memulakan pengeluaran rekabentuk kereta kebal British. Selepas menimbangkannya mereka memutuskan baha adalah lebih baik membiarkan langkah awal pada pihak Amerika. Pada Jun 1917 pendekatan Amerika dibuat, bukan oleh Tentera Amerika Syarikat seperti yang dijangkakan. Tentera Laut Amerika Syarikat mahukan kereta kebal paling moden bagi Kor Marin Amerika Syarikatnya.

Pada ketika itu projek kereta kebal British semasa adalah kereta kebal Mark VI. Ia direka dengan menimbangkan keupayaan industri British masa itu, dan bukannya keupayaan industri Amerika. Stern dengan itu berpura-pura bahawa projek lebih maju telahpun wujud yang dia gelar Mark VIII (terdapat juga projek Mark VII yang biasa). Dia menjemput pihak Amerika untuk turut serta dan menyumbang sebanyak mana yang mereka suka pada reka bentuknya. Amat kagum dengan sifat murah hati dan layanan mesra British delegasi itu kembali ke Amerika Syarikat. Tentera laut sedang diambang menghantar sepasukan jurutera ke Britain apabila Jabatan Perang Amerika Syarikat diberitahu mengenai perkembangan tersebut oleh Attaché Tentera Amerika Syarikat di London. Ia memerintahkan projek tersebut dipindahkan kepada pihak Tentera dan memilih Major H.W. Alden untuk pergi ke UK untuk bekerjasama dengan pasukan pereka bentukdi Bukit Dollis bagi lakaran pertama kereta kebal baru. Dia tiba di London pada 3 October, dan mendapati bahawa banyak kerja lakaran telahpun dilakukan oleh Leftenan John G. Rackam, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keadaan teruk yang dihadapi di medan pertempuran Flanders.

Kereta kebal Antarabangsa

sunting

Tentera Amerika Syarikat mendirikan ibu pejabat di Perancis. Ia memutuskan bagi membentuk Kor Kereta kebalnya sendiri dengan 25 batalion kereta kebal termasuk lima batalion Kereta kebal Berat. Untuk melengkapi unit berat tersebut Major James A. Drain menempah 600 kereta kebal Mark VI pada Oktober 1917. Ia cuba meyakinkan Jabatan Perang Amerika Syarikat agar mengalih semua kereta kebal yang ada kepada Tentera, mendorong kepada pertikaian dengan Tentera Laut (yang pertama dari banyak yang lain). Ini memberikan masalah besar bagi kerajaan British. Kini kelihatan pembabitan pihak Amerika Syarikat dalam perperangan bererti kurang jumlah kereta kebal yang ada bagi pasukan British. Juga menjelang 4 Februari 1917 perjanjian mengikat telah dimenterai dengan pihak Perancis mengenai penghasilan kereta kebal. Ini perlu dibincangkan semula.

Orang yang menyelesaikan semua masalah ini sekali lagi adalah Albert Stern. Winston Churchill, Menteri Amunasi ("Minister of Munitions") yang baru terpaksa memecat Stern sebagai Pengarah Jabatan Bekalan Mekanikal kerana kesilapannya ketika mengendali projek kereta kebal Mark I, mendorong kepada kelewatan pengeluaran yang besar. Dia kini melantik Stern sebagai Komisionar Antarabangsa bagi Perperangan Mekanikal. Stern pergi ke Perancis bagi bertemu dengan Menteri Amunasi Perancis, Louis Loucheur dan C-in-C Amerika John Pershing. Loucheur menjelaskan sejak awal bahawa Perancis tidak memiliki apa-apa untuk diberikan dari segi kemudahan pengeluaran sedia ada. Malah kereta kebal ringan Renault FT-17 Perancis hanya mampu dihasilkan dengan penghantaran kepingan perisai British. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi Stern yang telahpun menyediakan Rancangan Antarabangsa sepuluh perkara (malah perjanjian dua pihak antara Amerika Syarikat dan Britain) yang kini dia berjaya menjadikan ia diterima oleh Amerika Syarikat dan dihantar kepada Churchill pada 11 November. Perkara utamanya termasuk (menggunakan terminoligi asal):

  • Pensyarikatan kerjasama antara USA dan Great Britain bagi penghasilan 1,500 kereta kebal berat akan ditubuhkan di Perancis.
  • Perbekalan sejumlah kereta kebal ini kepada Perancis bagi meningkatkan matlamat lebih penting penyatuan pihak Berikat, sekiranya ia memerlukannya (Britain berharap Perancis akan menghasilkan kereta kebalnya sendiri, kereta kebal Char 2C dalam jumlah mencukupi, bagaimanapun Loucheur telah mengetahui bahawa ia tidak mungkin terjadi).
  • Perancis akan membekalkan penubuhan bengkel, jika mungkin; walau bagaimanapun ia lebih bijak bagi membina yang baru (Dengan itu kilang yang baru perlu didirikan di Perancis).
  • Belakan komponen bersama. Britain akan membekalkan meriam, peluru, dan perisai; USA membekalkan enjin, transmisi, penempa dan rantai (menggunakan industri kereta Amerika Syarikat).
  • Reka bentuk akan berasaskan pengalaman British dan idea dan sumber Amerika, dan lebih baik dari segi kuasa, muatan, dan keupayaan merentasi parit.
  • Major Alden akan menyelesaikan reka bentuk sebekum hari Krismas mendapat kerjasama sepenuhnya pihak British; reke bentuk itu perlu diluluskan oleh kedua negara.
  • Buruh tidak mahir akan dibekalkan dengan mengimport orang-orang Cina; kerajaan Perancis memastikan kemudahan mereka.
  • Penghasilan akan bermula pada April 1918 dan akhirnya mencecah 300 sebulan (Dengan itu jumlah 1,500 hanyalah awalan sahaja).
  • Projek itu akan diberikan keutamaan utama.
  • Pengurusan akan dikendali oleh dua Komisioner, seorang dari pihak (Stern sendiri) dan seorang dari pihak Amerika; tetapi Perancis boleh melantik seorang jika kepentingan mereka berkait.

Rancangan tersebut sudahpun memiliki sedikit spesifikasi: kereta kebal itu perlu memiliki enjin 300 kuasa kuda (220 kW) , seberat 38.8 tans (39.5 tonnes) dan memiliki keupayaan merentas parit 14 kaki (4.3 m). Juga nama kereta kebal turut dinyatakan: Liberty.

Persidangan rekabentuk pertama berlangsung pada 4 Disember dan Churchill meluluskan rancangan itu tidak lama kemudian. Ia kemudiannya dijadikan persetujuan rasmi dengan ditanda tangan oleh Setiausaha Asing British Arthur Balfour dan Duta Amerika Syarikat Walter Hines Page pada 19 Januari 1918. Persefahaman tersebut menyatakan program itu dengan perinci. 1,500 kereta kebal pertama perlu dihasilkan menjelang akhir tahun dan pengeluaran akan diluaskan kepada 1,200 sebulan. Kedua matlamat amat bercita-cita tinggi berdasarkan fakta bahawa tidak terdapat rekebentuk mahupun kilang lengkap dan pengeluaran kereta kebal British sebenarnya 150 sebulan semasa tahun 1918.

Amerika Syarikat akan membekalkan: enjin; radiator; kipas; paip; penyenyap; lampu; dinamo; gandar bilah; transmisi, termasuk kotak gear; brek; penggolek sproket; penukar gear dan kawalan brek; penyambung trek dan pin; sproket trek belakang, hub dan gandar; hub idler hadapan dan gandar; penggolek trek, spindle trek dan bushing.

Britain akan membekalkan: peluru dan kepingan perisai tahan bom; bahagian struktur; kelonsong trek dan penggolek; meriam, mesingan dan tenggekan; rak amunisi dan amunisi.

Harga yang dipersetujui adalah 5,000 paun setiap kenderaan.

Pada Disember 1917 Stern memerintahkan projek Mark VI dihentikan, memastikan bahawa kereta kebal Mark VIII akan menjadi senjata kereta kebal piwaian pihak Berikat: Kereta kebal Antarabangsa.

Gambaran

sunting
 
Pemasangan dalaman kereta kebal Mark VIII

Kereta kebal Mark VIII mengekalkan kebanyakan ciri-ciri umum kereta kebal siri Mark I-V: ia memiliki trek tinggi biasa dan tiada turet berputar tetapi dua sponson, satu setiap sebelah kereta kebal, dilengkapi dengan meruam 6 paun (57 mm). Tetapi ia turut menyerupai projek Mark VI dari segi ia memiliki terk lebih bulat dan lebar dan struktur utama besar di atas betul-betul di atas tempat pemandu. Ciri inovasi adalah peralihan dari konsep "kereta kebal kotak" dengan ruang tunggal di masa kesemua tambahan dimuatkan. Kereta kebal Mark VIII dipetakkan dengan ruang enjin berasingan di belakang.Ini meningkatkan dengan banyaknya keadaan bertempur kerana dinding dalam melindungi krew daripada kebingitan, asap memualkan dan kepanasan enjin.

Tidak terdapat mesingan di sponson, hanya meriam 6-paun setiap satu dikendali oleh jurutembak dan pengisi peluru. Mesingan sisi terletak di belakang sponson dipasang pada pintu badan. Major Alden telah mereka sponson boleh ditarik masuk (ia boleh dihayun kebelakang oleh krew, bersendi di hadapan), bagi mengurangkan keluasan kenderaan jika halangan musuh dijumpai. Lima mesingan lagi terletak pada struktur utama: dua dihadapan — kiri dan kanan pemandu — dan satu setiap sisi. Kerana tidak terdapat kedudukan mesingan melindungi bahagian belakang kereta kebal wujud sudut mati terdedah kepada serangan tentera pejalan kaki. Bagi menyelesaikan masalah ini, kepingan pelenting keluli segitiga dipasangkan. Jurutembak mesingan di belakang struktur utama boleh menggunakannya bagi melentingkan tembakannya ke kawasan di belakang kereta kebal. Kereta kebal itu membawa 208 peluru meriam dan 13,848 peluru mesingan, kebanyakannya dalam loker peluru ditengah yang membentuk pelantar di mana komander duduk di belakang pemandu memantau medan tempur melalui kupola dengan empat liang penglihatan.

Ahli krew kedua belas adalah mekanik, duduk disebelah enjin Liberty V-12 300 kuasa kuda. Tiga tangki bahanapi berperisai di belakang memuatkan 200 galon imperial (909 litre) bahanapi bagi memberikan jarak 89 km. Transmisi yang digunakan adalah kotak gear planetary memberikan dua kelajuan samaada ke hadapan atau ke belakang. Kelajuan penuh adalah 5.25 bsj (8 km/h).

Bagi meningkatkan keupayaan merentasi parit kepada 4.88 m kenderaan ini memiliki bentuk memanjang. Panjang trek adalah 34 kaki 2 inci (10.42 m) tetapi sungguhpun kelebaran badan mengkagumkan dengan minima 3.76 m, bandingan panjang dengan lebar sebenar bagi trek tersebut adalah lemah kerana ia turut mengira sponson. Gabungan dengan terk lebar terbukti menyukarkan memusing kereta kebal. Semasa ujian banyak trek bengkok dan putus ketika berpusing dan ia diputuskan bagi menggunakan sambungan 13.25 inci (337 mm) lebih panjang dan kuat yang diperbuat daripada kepingan perisai dikeraskan, ditegangkan oleh jaringan dibentuk oleh lekukan pada kepingan trek. Satu lagi kesan badan sempin adalah ruang tempur juga amat semit. Ini diburukkan lagi kerana ruang antara kerangka tred berkembar amat lebar; jenis awal hanya melebarkan terek itu sendiri. Walaubagaimanapun, kereta kebal itu sepatutnya mampu memuatkan tambahan dua puluh orang tentera pejalan kaki lengkap dengan peralatan jika perlu. Dari segi keseluruhan kereta kebal ini amat besar: tinggi 3.13 m kereta kebal Mark VIII adalah kereta kebal beroperasi kedua tertinggi di dunia, di belakang kereta kebal Char 2C. Bagaimanapun beratnya hanya sekadar 37.6 tan metrik kerana kepingan perisainya nipis dengan ketebalan 16 mm — peningkatan sedikit berbanding kereta kebal Mark V tetapi amat nipis berbanding piwaian berikutnya. Atap dan lantai badan hanya dilindungi oleh kepingan perisai setebal 6 mm, dengan itu kereta kebal itu amat terdedah kepada tembakan motar dan periuk api.

Pengeluaran

sunting

Kerajaan Perancis berharap untuk menerima 700 kereta kebal Mark VIII secara percuma, kerana kereta kebal amat berat Perancis, kereta kebal Char 2C, tidak dapat dihasilkan dalam jumlah mencukupi, jika adapun. Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja dan bahan mentah menghalang pihak Perancis daripada menawarkan sebarang kemudahan bagi penghasilan Kereta kebal Antarabangsa. Tidak lama kemudian pihak Amerika memutuskan bagi membina kilang pemasangan baru sepenuhnya di Neuvy-Pailloux, menawar kontrak syarikat British. jauh dari menghasilkan kereta kebal pertamanya pada bulan April, kilang tersebut masih tidak siap pada bulan Jun. Pihak Amerika kemudiannya cuba mencari pengilang di Amerika Syarikat bagi menghasilkannya, tetapi gagal. Pada bulan Ogos mereka memberi kontrak kepada syarikat British yang lain. Ia menyiapkan kilang tersebut pada bulan November, menjelang waktu itu perang telahpun berakhir - tiada ada sebuah kereta kebal pun dihasilkan di situ.

Terdapat juga kelewatan serius dalam penghasilan komponen. Enjin Liberty telah direka semula bagi menggantikan bahagian keluli mahal dengan besi tuang ("pig iron") yang lebih murah. Enjin yang direka semula hanya dihasilkan pada bulan Oktober. Pihak British menyiapkan badan prototaip, dihasilkan dengan menggunakan keluli tidak dikeraskan, pada bulan Julai dan menghantarnya ke Amerika Syarikat. Apabila sampai ia disedari bahawa tiada bahagian dihasilkan secara pukal ada bagi menyiapkan prototaip ini, dengan itu Syarikat "Locomobile Automobile" di Bridgeport, Connecticut menghasilkan kesemuanya dengan tangan dan menyempurnakan kenderaan pertama pada 28 September. Ujian bermula pada 31 Oktober. Hanya ketika itu persenjataan dihantar dari Britain, dua meriam dan sepuluh mesingan Hotchkiss.

Ujian ditamatkan selepas perang dan ia diputuskan bagi membina 100 kenderaan di Amerika Syarikat; ini dibina antara 1919 hingga 1920 oleh "Rock Island Arsenal" bagi US$35,000 setiap satu, dengan menggunakan kepingan perisai yang dibekalkan oleh British.

Ketika itu kerajaan British memutuskan bagi memulakan pengeluaran di Britain. Seribu lima ratus kereta kebal ditempah dari "North British Locomotive Company", "William Beardmore and Company" dan "Metropolitan Carriage, Wagon and Finance Company", dengan menggunakan enjin Harry Ricardo 300 kuasa kuda (220 kW) V12 Ricardo engine. Hanya "North British Locomotive Company" yang berjaya menghasilkan satu prototaip sebelum perang berakhir, mengujinya pada 11 November - hari Genjatan Senjata ("Armistice". Daripada bahagian yang telahpun dihasilkan 24 kereta kebal lagi disiapkan. Lima dihantar ke pusat latihan di Bovington, di Dorset - yang lain terus dihapuskan sebagai besi lusuh.

Kereta kebal Mark VIII*

sunting

Semasa 1918, ketaksuban meluan dengan keupayaan merentasi parit mendorong kepada persediaan bagi penghasilan kereta kebal yang lebih lonjong: kereta kebal Mark VIII* (Star). Badannya akan dilonjongkan sepanjang tiga meter: empat kaki (1.2 m) pada bahagian hadapan dan enam kaki (1.8 m) di belakang. Dengan cara ini, ia mampu menyeberangi parit selebar 18 kaki (5.5 m) wide. Bagi memastikan bahawa kereta kebal ini masih mampu berpusing, disebalik bandingan panjang dengan lebar yang kritikal tinggi, profil bahagian bawah trek akan lebih melengkung, agar bahagian trek yang menyentuh tanah adalah lebih kecil. Bagaimanapun tekanan tanah akan meningkat, kerana berat keseluruhan mencecah 42.5 tan (43.2 tonnes). Jika kereta kebal itu tenggelam di tanah lembut adalah diragukan samaada ia mampu membuat pusingan. Tiada prototaip pernah dibina.

Sejarah operasi

sunting

Kereta kebal Amerika Liberty diberikan kepada satu unit: Regimen (Kereta kebal) Infantri ke-67, bertempat di Aberdeen, Maryland. Nama unit yang pelik ini disebabkan oleh sejak tahun 1922 menurut undang-undang semua kereta kebal perlu menjadi sebahagian daripada Infantry. Dua kedudukan mesingan sisi pada struktur utama disingkirkan, agar krew boleh dikurangkan pada sepuluh. Mesingan M1917 Browning sejukan air digunakan. Disebalik banyak perubahan kereta kebal tersebut mengalami lampau panas dan tidak boleh diharapkan, mencetuskan pandangan serong pada pihak Tentera terhadap kegunaan kereta kebal berat. Dari tahun 1932 seterusnya ia perlahan-lahan dikeluarkan; kesemua disimpan menjelang tahun 1934. Pada tahun 1940 Kanada kekurangan kereta kebal latihan dan membeli kebanyakan kereta kebal tersebut pada harga lupus.

Contoh yang tinggal

sunting
  • Kereta kebal Liberty terselamat di Kubu George G. Meade di Maryland. Kereta kebal itu yang dipamirkan di Muzium Post dan Museum dihasilkan pada tahun 1920 di Rock Island Arsenal, Illinois. Ia ditempatkan bagi Batalion Kereta kebal ke-301 (Berat), kemudian dinamakan semula kepada Batalion Kereta kebal ke-17 (Berat). Sepanjang kebanyakan 1921-1922, Major Dwight D. Eisenhower memerintah unit ini.
  • Kereta kebal Amerika kedua ditempatkan di Tapak Pengujuan Aberdeen di Aberdeen, Maryland; ia dipindahkan ke Muzium Kalaveri dan Perisai Kebangsaan di Kota Benning, Georgia di 2010. [1]
  • British tidak pernah menempatkan kereta kebal Mark VIII mereka pada satu unit kereta kebal; sebuah kereta kebal tunggal terselamat di Muzium Kereta kebal Bovington.
Fail:LastCrusadeTank.jpg
Kenderaan yang digunakan dalam Indiana Jones and the Last Crusade

Kereta kebal yang muncul dalam filem Indiana Jones and the Last Crusade 1989 adalah kenderaan replika yang baru dibina daripada jengkaut, menurut bentuk badan kereta kebal Mark VIII tetapi dengan tambahan turet.[1]

Lihat juga

sunting
  1. ^ Chris Ballance. "The Beast from the "Last Crusade"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-04. Dicapai pada 2008-10-10.

Rujukan

sunting


Templat:WWIAFVs