Kerajaan dunia
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di World government (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Kerajaan dunia (Jawi: كراجأن دنيا ) adalah konsep satu badan politik yang akan menggubal, menafsir dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa. Dengan konsep ini, semua negara-negara di dunia akan dikehendaki menyerah sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka dalam hal-hal yang mempunyai implikasi global. Secara langsung, satu lagi tahap pentadbiran akan diwujudkan diatas kerajaan-kerajaan negara yang wujud sekarang (lihat ilustrasi). Keadaan ini berbeza dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana pentadbiran dilakukan secara sukarela oleh setiap negeri ahli, tanpa menyerahkan sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka.
Kini, tiada lagi satu negara yang mengemukakan cadangan rasmi untuk satu kerajaan dunia. Kendatipun begitu, ada yang melihat institusi-institusi antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai permulaan detik sistem kerajaan dunia. Terdapat banyak visi kerajaan dunia dalam sains fiksyen.
Sejarah idea kerajaan dunia
suntingKonsep awal
suntingKeperluan satu kerajaan dunia untuk mengekalkan keamanan antara negara diperbincangkan pada zaman Greek dan Roman kuno, dan pada zaman moden idea ini telah dikenali semenjak awal kurun ke-14. Dante, umpamanya, telah membincangkan konsep ini dalam bukunya Monarchia, pada tahun 1329. Pada tahun 1625, pakar undang-undang Hugo Grotius menulis De Jure Belli ac Pacis (Undang-undang Peperangan dan Keamanan), yang secara amnya diterima sebagai detik permulaan undang-undang antarabangsa moden. Idea untuk satu persekutuan mendapat momentum yang banyak semasa pengakhiran abad ke-18, satu tempoh dimana persekutuan demokratik moden pertama, Amerika Syarikat mula wujud pada tahun 1787 dan dimana Immanuel Kant menulis esei ""Keamanan Yang Berterusan: satu lakaran falsafah" (Perpetual Peace: A Philosophical Sketch) (1795). Dalam eseinya, Kant menyatakan tiga kemestian untuk menyeragamkan dan meyatukan hal ehwal manusia supaya ancaman peperangan pada masa depan dihampuskan:
- Perlembagaan sivil setiap negara mestilah bersifat republik.
- Undang-undang para negara akan diasaskan satu persekutuan negara-negara bebas.
- Hak manusia, sebagai rakyat dunia, akan dihadkan kepada keadaan hospitaliti universal (contoh, orang akan dibenarkan melawati negara lain, tetapi tidak untuk tinggal sehingga dijemput).
Ahli falsafah politik Inggeris Thomas Hobbes dalam bukunya Leviathan (1651) menjelaskan kerajaan berteraskan 'teori kontrak sosial'. Apabila 'negara-negara' digantikan dengan 'orang' dalam teori dibawah, ia meyetujui pembentukan satu kerajaan dunia dan menggambarkan sistem antarabangsa sekarang sebagai bersifat anarki.
“Keadaan semulajadi negara kini adalah satu keadaan dimana ancaman peperangan kepada semua sentiasa wujud, dimana tiadanya moraliti, dan semua tinggal dalam keadaan ketakutan,” inilah 'keadaan semulajadi'. Undang-undang pertama Hobbes menyatakan; “Bahawa semua negara seharusnya mengharapkan keamanan dimana mereka mempunyai harapan mendapatnya; dan apabila mereka tidak mencapainya, mereka akan menggunakan kesemua pertolongan dan kelebihan peperangan.” Hobbes menerangkan subteks proses politik, “Secara bersama kami semua melucutkan beberapa hak sendiri kita, seperti hak mematikan nyawa negara lain, untuk mencapai keamanan. Bahawasanya satu negara sanggup, dimana mereka yang lainnya juga, sepanjang mana keamanan dan pertahanan negaranya menghendaki, memberikan hak yang sama kepada lainnya; dan berpuas hati dengan kebebasan yang diperoleh olehnya berlawanan dengan negaralain, dengan memberi kebenaran negara lain berlaku terhadap negaranya sendiri.” Pemindahan mutual hak-hak antara negara-negara ini adalah satu kontrak dan adalah asas kepada anggapan kewajiban moral, tugas dan kerajaan. Oleh sebab pentingkan diri sahajalah, kita bersama dengan orang lain untuk secara bersamanya memindahkan hak-hak ini dan hak-hak kewajiban lain kerana hanya ini akan menghampuskan keadaan perang sesama kita.
Hobbes bersambung dengan membincangkan kesahihan sesetengah kontrak. Sebagai contoh, kontrak yang dibuat dalam keadaan semulajadi tidak dianggap mengikat, kerana jika saya takut akan anda melanggar bahagian kewajiban anda, maka tiada persetujuan yang benar dapat dicapai. Masalah ini diselesaikan dengan memberi kuasa tidak terbatas kepada satu pemerintah untuk menghukum kami berdua jika kami melanggar bahagian kontrak kita, “bahawasanya kuasa penguatkuasaan kontrak-kontrak dan keamanan diberikan kepada seorang atau sekumpulan manusia untuk memastikan perlaksanaannya”. Kita melakukannya dengan berkata, secara terangan atau tersembunyi, “Saya kini mengesahkan dan menyerahkan hak memerintah diri sendiri kepada negara ini atau kepada kumpulan negara ini, dengan syarat bahawa anda akan menarik hak yang sama daripadanya, dan mengesahkan kesemua tindak-tanduknya dengan pengawasan yang sama.”
Pada tahun 1811, ahli falsafah Karl Krause memberi cadangan dalam satu esei bertajuk “Contoh Tipikal Kemanusiaan” (The Archetype of Humanity), satu formasi lima federasi kawasan, Asia, Eropah, Africa, Amerika dan Australia, dibawah satu republik dunia. Pada tahun 1842, penulis puisi Inggeris Lord Alfred Tennyson menerbitkan (“Locksley Hall”) yang mempunyai ayat-ayat puisi Saya terjerumus kedalam masa depan, sejauh mana mata melihat / Melihat satu Visi dunia, dan kesemua hairan yang menjadi /.../Sehingga tidak lagi kedengaran gendang peperangan berbunyi / dan bendera-bendera peperangan gulung kesemuanya / Dalam parlimen manusia, satu Persekutuan dunia. / Di sana akal bermaharaja lela / alam khuatir yang kekaguman / Dan bumi yang aman akan tertidur / dalam undang-undang universal.
Dengan mengikut experimen Amerika Syarikat, Switzerland (1848) dan Kanada (1867) menjadi persekutuan multi-nasional pertama, yang menyatukan kumpulan etnik/budaya/bahasa dalam satu kerajaan. [1]
Kongres-kongres Keamanan Antarabangsa berlangsung di Eropah setiap dua tahun bermula tahun 1843, tetapi kehilangan momentum mereka selepas 1853 disebabkan peperangan yang berlaku di Eropah (Crimea) dan Amerika Utara (Perang saudara Amerika Syarikat). Organisasi antarabangsa mula menjelma pada penghujung abad ke-19 bermula dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa pada tahun 1863, Kesatuan Telegrafik pada tahun 1865 dan Kesatuan Pos Universal pada tahun 1874. Peningkatan perdangangan antarabangsa pada permulaan abad ke-20 mempercepatkan pertubuhan organisasi-organisasi antarabangsa, dan, pada permulaan Perang Dunia I pada tahun 1914, terdapat lebih-kurang 450 daripada mereka. Sokongan untuk menubuhkan udang-undang antarabangsa maju pada masa yang sama. Institut Undang-undang Antarabangsa diwujudkan pada tahun 1873 oleh pakar undang-undang berbangsa Belgium Gustave Rolin-Jaequemyns, yang seterusnya mewujudkan pula draf-draf perundangan yang ketara buat kali pertamanya, sebagai contoh draf oleh pakar undang-undang berbangsa Swiss Johaan Bluntschli pada tahun 1866. Pada tahun 1883, Jean Lorimer menerbitkan "Institusi-institusi Undang-undang Negara-negara" (The Institutes of the Laws of Nations) dimana dia telah mengjelajahi idea satu kerajaan dunia dengan menegakkan satu aturan undang-undang global. Embryo parlimen pertama yang dipanggil Kesatuan Antara-Parlimen, diorganisasi pada tahun 1886 oleh Cremer dan Passy, yang dianggotai ahli daripada pelbagai negara. Pada tahun 1904 Kesatuan telah secara rasmi mencadangkan "satu kongres antarabangsa yang harus bersidang dari masa ke semasa untuk membincangkan persoalan antarabangsa".
Cubaan-cubaan yang tidak bejaya dilakukan pada bahagian pertama abad ke-20 untuk menubuhkan institusi-institusi global untuk menyelesaikan ketidaksetujuan yang wujud secara aman, atau, apabila ini gagal, menegakkan undang-undang meregulasi peperangan diantara negara. Cubaan yang paling ketara adalah Persidangan Hague pada tahun 1899 dan 1907 yang gagal menghalang Perang Dunia I dan Liga Bangsa-bangsa (1919-1938) yang gagal pula menghalang Perang Dunia II meletus.
Selepas Perang Dunia Kedua
suntingPerang Dunia II (WW2), 1938-1945, memperlihatkan kemusnahan luas yang tidak pernah berlaku (55 juta orang mati, kebanyakannya orang awam), dan ketersediaan senjata yang membolehkan pemusnahan bandar. Sesetengah kelakuan keatas orang awam merupakan keganasan yang paling teruk pernah direkod, dan dilihat sebagai jenayah keatas manusia sendirinya. Apabila perang mula menghampiri penghujungnya, kedengaran ramai suara-suara kejutan memanggil penubuhan institusi-institusi yang boleh secara mutlak mengelakkan konflik di persada antarabangsa. Ini bersambungkan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1945 di bandar San Francisco, yang kemudiannya mendukung Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948. Akan tetapi, ramai yang berpendapat bahawa PBB sebagai satu forum untuk perbincangan dan koordinasi diantara kerajaan-kerajaan yang berdaulat, tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk tanggungjawab ini. Beberapa orang yang prominen seperti Albert Einstein, Winston Churchill, Bertrand Russell dan Mahatma Gandhi, memanggil kerajaan-kerajaan untuk mengambil langkah-langkah beransur-ansur kearah satu kerajaan dunia.
Tahun-tahun diantara penutupan WW2 dan 1950, apabila Perang Korea bermula dan mentaliti Perang Dingin menjadi dominan dalam politik antarabangsa, adalah "zaman keemasan" gerakan persekutuan dunia. Karya Wendell Wilkie, "Satu Dunia" (One World) yang diterbitkan pada tahun 1943, laris sebanyak 2 juta cetakan. Satu lagi buku karya Emery Reves "Anatomi Keamanan" (The Anatomy of Peace) pada tahun 1945 pula meletakkan asas-asas argumentasi untuk menggantikan PBB dengan satu persekutuan dunia dan menjadi "bible" penyokong kerajaan dunia. Peringkat akar umbi gerakan persekutuan dunia di Amerika Syarikat yang dipimpin orang-orang seperti Grenville Clark, Norman Cousins, Alan Cranston dan Robert Hutchins menjadi struktur oraganisasi yang semakin membesar, dengan kemuncaknya menjadi Kesatuan Persekutuan Dunia pada tahun 1947 (kemudiannya menjadi Persatuan Persekutuan Dunia, dan Rakyat untuk Penyelesaian Global mendakwa bilangan ahli mencapai 47,000 pada tahun 1949.
Gerakan-gerakan yang sama mula merebak di negara-negara lain yang bersambungkan pembentukan satu barisan di Montreux, Switzerland pada tahun 1947 yang kini dipanggil Gerakan Persekutuan Dunia. Menjelang tahun 1950, gerakan ini mendakwa penganggotaan sebanyak 56 kumpulan ahli di 22 negara, dengan bilangan individu sebanyak 156,000. Pada tahun 1948 di Perancis, Garry Davis memberi ucapan tampa kebenaran yang memangil pembentukan satu Kerajaan Dunia daripada balkoni Perhimpunan Agung PBB sehingga dia ditarik keluar oleh pegawai-pegawai keselamatan. Beliau kemudiannya menarik balik kerakyatan Amerikanya dan memulai Pendaftaran Warganegara Dunia yang mendakwa mempunyai sebanyak 500,000 ahli dalam tempoh kurang daripada dua tahun. Pengundian pendapat yang dijalankan oleh UNESCO pada tahun 1948-49 pula mendapati bahawa idea untuk satu kerajaan dunia disokongi oleh majoriti responden dalam enam negara eropah dan hanya ditolak oleh rakyat tiga negara lain iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.
Dengan semangat yang semakin berkobar untuk persekutuan antarabangsa di Eropah, disepanjang dekad-dekad berikutannya, Kesatuan Eropah wujud sebagai hasilnya. Perlangsungan Perang Dingin (1950-1990) telah tidak memungkinkan penerusan proses assimilasi diantara negara-negara dunia membentuk sebuah persekutuan. Gerakan-gerakan penyokong konsep ini kemudian beransur-ansur lenyap daripada pandangan ketara dan tidak lagi diperdepatkan di wancana am.
Walau bagaimanapun, adanya satu organisasi yang menyumbang secara aktif dalam meletakkan batu asas kepada kerajaan persekutuan yang demokratik pada masa depan. Persatuan Perlembagaan dan Parlimen Dunia (WCPA) ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Philip dan Margaret Isely dari Denver, Colorado dan disertai Dr. Terence P. Amerasinghe dari Sri Lanka dan Dr. Reinhart Ruge dari Mexico sebagai Presiden bersama. Dibawah pimpinan WCPA, beratus-ratus warganegara dunia, termasuk ramai peguam dan profesor antarabangsa, bersidang buat beberapa kalinya untuk berbincang mengenai proses menulis satu Perlembagaan bagai Persekutuan Bumi.
WCPA kemudiannya menaja empat Perhimpunan Kawasan rakyat dunia dimana Perlembagaan untuk Persekutuan Bumi dirangka, dikaji, diperdepatkan, dipinda dan dimajukan pada tahun 1968 di Interlaken, Switzerland, 1977 di Innsbruck, Austria, 1979 di Columbo, Sri Lanka dan 1991 di Troia, Portugal. Semenjak kelulusan akhir Perlembagaan Bumi di Troia, Portugal, dokumen ini telah ditranslasi kedalam 22 bahasa dan diedarkan diseluruh dunia.
Selepas Perlembagaan diluluskan buat kali pertamanya pada Perhimpunan Kedua pada tahun 1977, WCPA juga mengorganisasikan Parlimen-parlimen provisional Dunia dibawah Artikel 19 Perlembagaan yang membenarkan pembangunan Kerajaan Dunia Provisional sehingga masa ratifikasi akhir siap dibawah situasi yang digambarkan Artikel 17. Sesi pertama Parlimen Provisional Dunia bersidang di Brighton, England pada tahun 1982 dan memulakan proses membangunkan undang-undang dunia "sebenar" yang diaplikasi kepada individu, berlawanan dengan undang-undang antarabangsa sekarang yang hanya diaplikasi kepada negara-negara berdaulat. Sesi-sesi parlimen seterusnya bersidang di New Delhi, India, Miami, Florida, Barcelona, Sepanyol, Malta, Bangkok, Negara Thai, Chennai, India, and Lucknow, India. Kali terakhir persidangan "parlimen dunia" ini adalah di Tripoli, Libya pada bulan April 2006 baru-baru ini. Kini terdapat koleksi "undang-undang provisional dunia" di Internet, dimana kebanyakannya boleh dijumpai dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. WCPA juga terus berkerja untuk meratifikasi Perlembagaan untuk Persekutuan Bumi oleh penduduk dan negara-negara Bumi.
Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990, minat dalam satu kerajaan persekutuan dunia dan secara lebih amnya, lindungan hak asasi manusia pada peringkat global diperbaharui. Kemenangan ketara gerakan persekutuan dunia pada dekad 1990-an adalah Statut Rom pada tahun 1998 yang membolehkan penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada tahun 2002. Di Eropah, proses mewujudkan satu kesatuan persekutuan negara-negara Eropah mendapat momentum yang besar dengan Triti Maastricht yang ditandatangani pada tahun 1992 membentuk Kesatuan Eropah (EU). EU kemudiannya membesar pada tahun 1995 dan 2004 dengan penyertaan 450 juta penduduk di 25 negara ahli. Kesatuan Afrika dan Komuniti Negara-negara Benua Amerika Selatan juga ditubuhkan pada tahun 2002 dan 2004.
Kesatuan negara-negara dunia yang wujud kini
suntingModel paling releven untuk pertambahan penubuhan persekutuan global mungkin adalah Kesatuan Eropah yang menyatupatukan kelompok kumpulan yang berbeza, sesetengahnya yang pernah bermusuhan, dan bergeografikan kawasan yang besar. EU yang masih berevolusi kini telah ada banyak atribusi kerajaan persekutuan, seperti sempadan dalaman yang terbuka, parlimen yang berperwakilan terus, dan sistem mahkamah dan dasar ekonomi yang berpusat.
Ini diikuti oleh ASEAN, Kesatuan Afrika dan Komuniti Negara-negara Benua Amerika Selatan. Satu multitud kesatuan-kesatuan kawasan wujud di setiap corok dunia dan berkembang pada peringkat perbeza menuju kearah integrasi ekonomi dan ada kalanya, politik.
Sistem pentadbiran sejagat kini
suntingPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah oranisasi utama yang mengkoordinasi aktiviti diantara negara secara global dan satu-satunya organisasi inter-kerajaan dengan keanggotaan yang benar-benar sejagat (191 kerajaan). Di samping organ-organ, program-program kemanusiaan dan suruhanjaya PBB itu sendiri, terdapat 20 organisasi lain yang dikaitkan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kesatuan Telekomunikasi Dunia (ITU) (chart). Yang menarik perhatian adalah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ditubuhkan secara bersama di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat pada tahun 1944 untuk berkerjasama dalam hal kewangan dan untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara yang memerlukannya. Pertubuhan Perdangangan Sedunia WTO menentukan peraturan perdagangan antara negara. Ia sudah pun mempunyai badan perundangan sendiri (Majlis Am, yang mencapai kata sepakat secara konsensus) dan badan kehakiman (Badan Penyelesaian Pertikaian). Satu lagi organisasi antarabangsa ekonomi yang mempunyai pengaruh adalah Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dengan keanggotaan ahli sebanyak 30 negara.
Satu lagi organisasi yang kurang formal tetapi amat berpengaruh dalam politik global adalah G8 atau Kumpulan Lapan, satu persatuan lapan daripada negara-negara paling kaya dan berteknologi tinggi di dunia. Pemimpin negara-negara G8 berjumpa secara annual untuk mengkoordinasi polisi-polisi mereka dalam menghadapi isu-isu dunia seperti kemiskinan, keganasan, penyakit yang merebak dan perubahan cuaca dunia.
PBB melancarkan operasi ketenteraan seperti aktiviti penjaga keamanan dari masa ke semasa biasanya untuk membina dan menjaga keamanan dan stabiliti pos-peperangan. Apabila operasi ketenteraan yang lebih aggressif diambil, kesatuan ad-hoc (seperti operasi ketenteraan multinasional di Iraq) atau perikatan ketenteraan kawasan (seperti NATO) digunakan.
Undang-undang antarabangsa merangkumi segala triti, adat dan prinsip-prinsip yang boleh diterima secara global. Dengan pengecualian kes yang dibawa ke hadapan ICC dan ICJ (lihat di bawah), undang-undang diintepretasi oleh mahkamah-mahkamah antarabangsa. Banyak pelanggaran triti dan undang-undang adat seringkali tidak dipedulikan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) (juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia) adalah badan kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia meyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya oleh negara (sahaja) dan memberi pendapat kesahihan tentang persoalan perundangan yang diajukan kepadanya oleh organ lain PBB seperti Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung.
Satu kemajuan terkini dalam undang-undang antarabangsa adalah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai mahkamah jenayah pertama yang tetap di peringkat antarabangsa, yang ditubuhkan untuk memastikan bahawa pencabulan undang-undang antarabangsa yang paling seram tidak dibiarkan tampa penghukuman. Statut Rom mengenai Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditandatangani oleh 139 negara dengan 100 daripadanya telah meratifikasinya menjelang bulan Oktober 2005.
Sebagai tambahan kepada organisasi dan undang-undang antarabangsa formal dan semi-formal yang disebutkan diatas, terdapat banyak lagi mekanisme yang wujud untuk meregulasi aktiviti di persempadanan antarabangsa. Secara khusus, perdagangan antarabangsa berkait barangan, perkhidmatan dan mata wang (iaitu "pasaran global") mempunyai impak yang besar kepada kehidupan semua manusia di hampir seluruh pelusuk dunia, dan ini mewujudkan keadaan saling bergantungan antara negara-negara (lihat globalisasi). Badan korporat antara-sempadan (atau multi-nasional) dengan sesetengahnya mempunyai sumber yang lebih banyak daripada yang ada pada sesetengah kerajaan, meregulasi aktiviti-aktiviti manusia pada peringkat global. Peningkatan komunikasi antara-sempadan dan distribusi media-massa melalui umpamanya, Internet, televisyen satelit dll. membolehkan informasi, idea dan pendapat bertaburan luas diseluruh dunia, dan mewujudkan satu jaringan kompleks koordinasi dan pengaruh antarabangsa, kebanyakannya diluar kawalan mana-mana organisasi undang-undang.
'Lihat juga: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kekurang yang sentiasa dipetik
sunting- Mekanisme antarabangsa yang wujud kini tidak mencukupi untuk melindungi hak-hak asasi manusia atau mengelakkan pencabulan besar-besaran tidak mencukupi dan terlalu lemah.
- Dengan triti berkenaan kewangan dan perdagangan dikuatkuasa dengan sempurna, isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan tidak mempunyai impak.
- Penduduk miskin yang tinggal di Afrika terutamanya tidak mendapat manafaat daripada ekonomi moden dunia.
- Terdapat banyak perjanjian-perjanjian yang bercanggah, berlipat dan mengelirukan.
Sumber
suntingTerbitan tulisan
sunting- Politik Persekutuan Dunia Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine oleh Joseph P. Baratta memberi gambaran sejarah usaha menubuhkan sebuah kerajaan dunia secara praktikal dan politikal. Pengenalannya ada di Internet.
- Buku online Parlimen Global - Prinsip-prinsip Persekutuan Dunia, ditulis sebagai satu buku teks atas subjek kerajaan persekutuan dunia, memberikan pengenalan dengan penekanan terhadap Kesatuan Eropah dan sejarah ia sebagai satu duluan praktikal.
- Manifesto untuk satu Orde Baru Dunia oleh George Monbiot mencadangkan satu peta jalanan kearah demokrasi global.
- Memberikan Demokrasi Di Peringkat Global: Mengira Kebaikan dan Cabaran satu Perhimpunan Parlimen Global Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine.
- Buku online Globalisasi yang Lebih Baik: Legitimasi, Permerintahan, dan Reformasi membincangkan tukaran yang perlu kepada sistem pentadbiran sejagat kini.
Pertubuhan
sunting- World Federalist Movement (WFM) adalah gerakan rakyat global dengan 23 organisasi ahli penuh serta 16 yang mempunyai kait yang berkerjasama bagi menubuhkan satu kerajaan persekutuan baru. Organisasi di Amerika Syarikat adalah Citizens for Global Solutions, manakala yang berada di Kanada adalah World Federalist Movement - Canada
- The Centre for International Governance Innovation (CIGI) adalah satu pusat pendidikan and penyelidikan yang di Kanada yang berdedikasi kepada subjek ini. Ia kini bersedia untuk melancarkan IGLOO: "satu komuniti online global bagi memumpukan kepada penguatakan pemerintahan global di seluruh dunia."
- One World Trust (OWT) adalah satu dana kewangan yang berpusat di United Kingdom, dan juga satu cabang Gerakan Persekutuan Dunia. Kerjanya kini merangkumi promosi reformasi organisasi global yang wujud kini supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab.
- Centre for the Study of Global Governance adalah satu "poin fokus untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran kerja mengenai globalisasi" yang terletak di U.K.
- Civitatis International adalah satu Organisasi Bukan Kerajaan yang berpusat di UK yang mengeluarkan penyelidikan yang mempromosi sistem pentadbiran global kepada penggubal dasar.
Pautan
sunting- The WIKI of the World Citizen Alliance for World Citizenship, Global Justice and World Democracy
- Homepage of Garry Davis - Garry Davis adalah secara teorinya penyokong konsep kerajaan dunia selepas Perang Dunia II.
- Worldgov.info Diarkibkan 2018-08-19 di Wayback Machine adalah satu forum perbincangan untuk orang yang berminat menukar informasi dan idea yang berkait dengan pentadbiran global. Laman webnya Favorite links and resources post contains an extensive annotated list of links to world-governance-related sites.
- World Beyond Borders didedikasi kepada peyatuan manusia, kerakyatan dunia dan kerajaan global.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) Community of World Citizens Wiki
- (Inggeris) NYC Reservoir Project – Site for World Federation HQ
- (Inggeris) World Citizen Quotes, Kataan yang diucapkan tentang kerakyatan dunia oleh orang kenamaan
- (Inggeris) openDemocracy.net majalah online mengenai politik dan budaya, termasuk forum-forum perbincangan dengan bahagian-bahagian yang didedikasikan kepada pentadbiran global
- (Inggeris) Immanuel Kant: "Perpetual Peace: A Philosophical Sketch" (Translasi bahasa Inggeris: "Zum ewigen Frieden")