Kerajaan León
Kerajaan León (UK: /leɪˈɒn/; Sebutan Sepanyol: [leˈon]; Astur-Leon: Reinu de Llïón; Sepanyol: Reino de León ; Galicia: Reino de León ; Portugis: Reino de Leão ; Latin: Regnum Legionense ) merupakan kerajaan merdeka terletak di kawasan barat laut Semenanjung Iberia. Ia diasaskan pada tahun 910M apabila para putera Kristian dari Asturias sepanjang pantai utara semenanjung memindahkan ibu kota mereka dari Oviedo ke kota León. Kaunti Castile dipisahkan pada tahun 931, Kaunti Portugal dipisahkan menjadi Kerajaan Beraja Portugal yang merdeka pada tahun 1139 dan bahagian timur dan pedalaman León memasuki Kerajaan Castile pada tahun 1230.
Kerajaan León Reinu de Llïón (Leon) Reino de León (Sepanyol) Reino de León (Gallec) Reino de Leão (Portugis) Regnum Legionense (Latin) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
910–1230 | |||||||||||||
| |||||||||||||
![]() Kerajaan León (Hijau) pada tahun 1095. | |||||||||||||
Ibu negara | León | ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Astur-Leon,[1] Latin, Castile, bahasa Mozarab, Galicia-Portuguis | ||||||||||||
Agama | Roman Katolik | ||||||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja feudal | ||||||||||||
Raja | |||||||||||||
• 910–914 | García I (pertama) | ||||||||||||
• 1188–1230 | Alfonso IX (terakhir) | ||||||||||||
Badan perundangan | Cortes León | ||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||||||
• Didirikan | 10 Disember 910 | ||||||||||||
• Digabungkan ke dalam Mahkota Castile | 23 September 1230 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() ![]() |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/Alfonso_jimena.jpg/170px-Alfonso_jimena.jpg)
Dari tahun 1296 hingga tahun 1301, Kerajaan León sekali lagi merdeka dan selepas penyatuan semula dengan Castile kekal menjadi Tanah Mahkota sehingga tahun 1833, tetapi sebahagian daripada Sepanyol yang bersatu dari tahun 1479. Dalam Titah Perintah Diraja pada 30 November 1833, Kerajaan León dianggap salah satu daripada kawasan Sepanyol dan dibahagikan kepada wilayah León, Zamora dan Salamanca. Pada tahun 1978, tiga wilayah kawasan León ini dimasukkan bersama dengan enam wilayah kawasan bersejarah Castile Lama untuk mencipta komuniti berautonomi Castile dan León. Walau bagaiamanapun, bahagian-bahagian penting bekas kerajaan kini menyepadukan tiga wilayah dan komuniti berautonomi ini Extremadura, Galicia dan Asturias.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Menéndez Pidal, Ramón. "El Dialecto Leonés" pages 33–37.1906
Pautan luar
sunting- "History of the Kingdom of León"
- R.A. Fletcher, The Episcopate in the Kingdom of León in the Twelfth Century: Chapter 1 gives the cultural context of earlier and 12th century León.
- "A brief explanation about the modern Leonese Country regionalism"