Kerabat Romanov
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Kerabat Romanov (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Kerabat Romanov (Rusia: Рома́новы , Románovy, IPA: [rɐˈmanəf]) ialah dinasti kedua selepas Kerabat Rurik, yang berkuasa di Rusia, dan memerintah bermula pada tahun 1613 sehingga perlucutan takhta daripada Tsar Nikolai II pada 15 Mac 1917 akibat Revolusi Februari.
Kerabat Romanov Рома́новы | |
---|---|
Negara | |
Gelaran |
|
Diasaskan | 1613 |
Pengasas | Mikhail I |
Pemerintah terakhir | Nicholas II |
Ketua terkini | Dipertikaikan sejak 1992: |
Deposition | 1917 (Revolusi Februari) |
Etnik | Rusia, Jerman, Lithuania |
Cabang kadet | Several minor branches |
Keluarga Romanov mula menonjol sebagai boyar daripada Grand Duchy Moscow, kemudian Tsardom Rusia. Pada tahun 1613, selepas beberapa tahun mengalami tempoh peralihan (Zaman Kesukaran), zemsky sobor menawarkan takhta Rusia kepada Mikhail Romanov. Beliau menaiki takhta sebagai Michael I, menjadi Tsar Rusia pertama daripada Kerabat Romanov. Cucu lelaki beliau, Pyotr I mengasaskan Empayar Rusia dan mengubah negara menjadi sebuah kuasa besar melalui siri-siri peperangan dan pembaharuan.
Waris terus daripada keturunan lelaki dalam Romanov berakhir apabila Elizabeth dari Rusia meninggal dunia pada tahun 1762. Selepas satu era krisis dinasti, Kerabat Holstein-Gottorp, sebuah cabang kadet daripada Kerabat Oldenburg yang memerintah di Denmark, menaiki takhta pada tahun 1762 dengan pertabalan Peter III, seorang cucu lelaki kepada Peter I.[1] Kesemua pemerintah bermula pada pertengahan kurun ke-18 sehingga revolusi pada tahun 1917 merupakan berketurunan daripada cabang ini. Meskipun secara rasminya dikenali sebagai Kerabat Romanov, mereka yang berketurunan daripada dinasti Romanov dan Oldenburg kadangkala dirujuk sebagai Holstein-Gottorp-Romanov.[2]
Pada awal tahun 1917, dinasti Romanov mempunyai 65 anggota, 18 daripadanya dibunuh oleh puak Bolshevik. Manakala 47 orang yang selebihnya melarikan diri keluar negara.[3] Pada tahun 1924, Grand Duke Kirill Vladimirovich, waris lelaki daripada Alexander II dari Rusia yang terselamat dan paling tua berdasarkan primogeniture, menuntut gelaran sebagai ketua bagi Kerabat Diraja Rusia yang tidak lagi wujud. Sejak tahun 1991, pewarisan ke atas bekas takhta Rusia dipertikaikan, sebahagian besarnya disebabkan ketidaksetujuan ke atas kesahihan perkahwinan dinasti.
Grand Duchess Maria Vladimirovna dari Rusia menuntut gelaran maharani dengan dalih bersama-sama satu-satunya anak beliau, George Mikhailovich, sebagai pewaris raja. Mereka yang lain tidak bersetuju dengan menyokong hak-hak yang dituntut oleh mendiang Putera Nikolai Romanovich Romanov, yang mana adik lelaki beliau Putera Dimitri Romanov merupakan waris lelaki daripada cabang ini yang kini diserahkan kepada Putera Andrew Romanov. Terdapat juga saingan yang bukan daripada dinasti Romanov yang dituntut oleh Putera Karl Emich daripada Kerabat Leiningen yang disokong oleh Parti Monarkis.
Asal mula
suntingNenek moyang mereka adalah Andrei Kobyla, yang diyakini sebagai seorang boyar dan mengabdi pada Simeon dari Rusia. Generasi-generasi berikutnya kemudian diyakini sebagai leluhur terkemuka. Pertama diyakini bahwa baginda datang ke Moscow dari Prusia pada tahun 1341, di mana ayahnya menjadi pemberontak terkenal. Di akhir abad ke-17, alur fiktif keturunannya dari Julius Caesar disebarluaskan.
Tampaknya asal mula Kobyla kurang dikenal. Bukan hanya kerana nama Kobyla, yang dalam bahasa Rusia berarti kuda betina, tetapi juga keluarganya juga punya nama lain yang seperti kuda dan haiwan rumah lainnya, sehingga ada yang menduga, mereka keturunan dari keluarga Konyushy. Salah satu anak Kobyla, Fyodor Koshka, seorang boyar di Dmitri Donskoi, bernama lain Koshka (kucing). Keturunannya mengambil nama keluarga Koshkin, kemudian mengubahnya menjadi Zakharin, di mana keluarga ini terpecah dalam dua nama keturunan: Zakharin-Yakovlev dan Zakharin-Yuriev. Selama masa maharaja Ivan IV, keluarga ini terkenal dengan nama Yakovlev (Alexander Herzen adalah yang paling terkemuka), sementara para cucu Roman Zakharin-Yuriev mengubah nama mereka menjadi Romanov.
Menuju kekuasaan
suntingNasib keluarga ini berubah setelah puteri Roman, Anastasia Zakharyina, berkahwin dengan Ivan IV yang Ganas pada bulan Februari 1547.[4] Saat suaminya meraih posisi tsar, Anastasia dianugerahi gelaran yang pertama kali dibuat: tsaritsa. Kehidupan bersama mereka berjalan dengan sangat bahagianya, namun kemangkatan Anastasia yang penuh misteri dan tiba-tiba pada tahun 1560 mengubah perwatakan Ivan. Curiga dengan kaum boyar yang diduga meracuni istrinya, tsar mulai program Oprichnina yang ganas terhadap mereka terhadap mereka. Salah satu anaknya dari Anastasia, yang juga bernama Ivan, terbunuh dalam satu perkelahian. Anakanda Ivan yang muda Fyodor, seorang putera yang saleh dan lemah, mewarisi takhta setelah kemangkatan ayahandanya.
Selama masa kekuasaan Fyodor, pemerintahan Rusia ditentang oleh saudara iparnya, Boris Godunov dan sepupu-sepupu Romanov-nya yang lain. Setelah kematian Fyodor, dinasti dari Moskow yang berusia 700 tahun, berakhir. Setelah perjuangan panjang, pihak Boris Godunov mengalahkan keluarga Romanov dan menjadikannya sebagai tsar baru. Dendam Godunov terhadap keluarga Romanov sangat gila: seluruh keluarga dibuang ke wilayah terpencil di Utara Rusia dan wilayah Ural, di mana sebagaian besar drai mereka akhirnya meninggal kelaparan atau dalam tahanan. Pimpinan keluarga Romanov, Feodor Nikitich, diasingkan ke Biara Antoniev Siysky dan dipaksa untuk bersumpah-biarawan dengan nama Patriarki Filaret.
Nasib keluarga Romanov kembali berubah secara drastis bersama dengan kejatuhan dinasti Godunov pada tahun 1606. Sebagai pimpinan pihak yang anti Godunov dan sepupu dari tsar terakhir yang sah, Filaret Romanov dihormati oleh beberapa pihak yang mencuba mengklaim warisan dan takhta Rurikid selama Periode Kekacauan. maharaja Dmitriy I mengangkatnya sebagai seorang uskup dan Dmitriy II menunjuknya sebagai patriark. Setelah pengusiran orang-orang Polandia dari Moskow pada tahun 1612, majelis agung Rusia menawarkan takhta Rusia kepada beberapa pangeran dinasti Rurik dan Gediminid, namun semua menolaknya.
Menyusul tawaran takhta Rusia, anakanda Filaret yang berusia 17 tahun, Mikhail I , saat itu tinggal di biara Ipatiev, akhirnya dipujuk oleh ibundanya, Kseniya Ivanovna Shestova, untuk menerima takhta itu. Mikhail merasa bahwa takhta ini sangatlah tidak aman dan mencuba menjalin erat hubungan dengan para tsar terakhir dinasti Rurikid dan mencari nasihat dari majelis agung dalam masalah penting. Strategi ini terbukti ampuh. Para raja awal dinasti Romanov umumnya dicintai oleh rakyat dan juga saudara ipar bekas maharaja Ivan serta para martir Godunov.
Masa-masa krisis
suntingMikhail digantikan oleh anaknya, Aleksei, yang mengarahkan negerinya ke dalam berbagai musibah. Setelah kematiannya, terjadi perebutan diansti, antara anak-anaknya dari permaisuri pertama (Fyodor III, Sofia Alexeevna dan Ivan V) dan anakanda permaisuri kedua (Nataliya Kyrillovna Naryshkina), calon maharaja Peter Yang Agung. Pergolakan dinasti berikutan kemangkatan Pyot menyebabkan terbunuhnya satu-satunya anakanda tunggalnya Alexei, lalu keturunan Pyotr terputus. Garis keturunan lelaki Romanov sebetulnya berakhir bersamaan dengan kematian Pyotr II di hari pernikahannya. Puteri terakhir keluarga Romanov adalah ibunda saudara Peter II, Anna Ioannovna (1693-1740) dan Yelizaveta Petrovna (1709-1762).
Ketiadaan waris lelkai bagi Anna dan Yelizaveta menyebabkan pewarisan takhta dapat beralih kepada anak Anna dari Brunswick-Lüneburg (Ivan VI) atau kepada keponakan Elizabeth (Pyotr III), dari Holstein, yang juga dianggap pewaris takhta Sweden dan Holstein. Elizabeth sebenarnya mendukung keponakannya, meskipun baginda mati pucuk dan berkarakter buruk. Dengan diangkatnya Peter III pada tahun 1762 era baru dinasti Holstein-Gottorp, atau Oldenburg-Romanov, dimulai.
Dinasti Holstein-Gottorp-Romanov
suntingDinasti Holstein-Gottorp tetap memakai nama keluarga Romanov dan menegaskan garis keturunan lelaki mereka dari Pyotr I. Pavel I sangat bangga menjadi cicit dari bangsawan terkemuka Rusia, meskipun ibunya yang keturunan Jerman, Yekaterina II, menyindir dalam memoirnya bahwa ayah asli Pavel adalah pacar gelapnya, Serge Saltykov. kerana takut dengan perebutan takhta, Pavel membuat aturan hukum, salah satu yang terketat di Eropa. Pasangan raja/ratu dinasti Rusia harus berasal dari bibit yang sama, iaitu berasal dari salah satu kerajaan di Eropa dan beragama Kristen Ortodoks Timur. Kalau tidak, anak-anak mereka kehilangan hak atas takhta.
Pavel I terbunuh di istananya di Saint Petersburg. Aleksandr I menggantikannya dan kemudian mangkat tanpa memiliki keturunan lelaki. Nikolai I, salah satu saudara dari Aleksandr I, terkejut ketika diangkat sebagai raja. Masa pemerintahannya, seperti juga pada masa Pavel I, ditandai dengan perhatian besar pada kekuatan angkatan perang. Namun, Rusia kalah dalam Perang Krimea, meskipun mempunyai beberapa laksamana yang brilian, termasuk Pavel Nakhimov. Nikolai I memiliki 4 putera, yang dianggap akan mampu menghadapi tantangan untuk menguasai Rusia. Nikolai I menyiapkan bekal pendidikan terbaik buat putera-puteranya, termasuk pendidikan militer.
Aleksandr II menjadi maharaja berikutnya. Aleksandr orang yang terdidik dan cerdas, yang melestarikan tugasnya untuk menjaga perdamaian di Eropa dan Rusia. baginda yakin bahwa negeri yang punya angkatan perang kuat-lah yang akan dapat menjaga perdamaian. Namun kehidupan keluarganya tidak bahagia. Istrinya tercinta, Maria Alexandrovna, punya masalah dengan paru-parunya yang mengawali kematiannya dan membuyarkan ikatan keluarga. Pada tanggal 13 Maret 1881, Aleksandr terbunuh setelah kembali dari suatu perarakan tentera di mana kereta kudanya meletup selepas terkena suatu biji bom buatan tangan; pembunuhnya, Ignacy Hryniewiecki pula luka parah.
Aleksandr II digantikan oleh anakandanya, Aleksandr III. Pengganti tersebut takut akan mengalami nasib seperti ayahandanya lalu menguatkan kuasa autoritarian baginda di Rusia. Banyak hal reformis pada masa Aleksandr II ditarik kembali. Aleksandr tidak hanya mewarisi takhta setelah kematian kakakandanya tetapi juga permaisuri iaitu Puteri Dagmar dari Denmark (Maria Fyodorovna). Meskipun kontras dalam hal penampilan, pasangan ini sangat masyhur dan memiliki 5 anak.
Nikolai berada dalam urutan utama mewarisai takhta Tsar setelah ayahandanya mangkat tiba-tiba kerana kegeringan ginjal pada usia 49. Baginda berkata, "Saya belum siap jadi raja. Saya tidak menginginkannya. Saya bukan Tsar." Meskipun Nikolai cerdas dan berperibadi mulia, baginda dengan ketidakberpengalamannya meneruskan polisi pemerintahan ayahandanya yang kejam. Permaisurinya, seorang puteri kerajaan yang rapuh dan emosional, juga menjadi beban kepada hidup Nikolai. Sementara Tsar disibukkan dengan Perang Dunia I, istri tsar bahkan memengaruhi pengadilan dan pemerintahan.
Kejatuhan wangsa
suntingRevolusi Februari 1917 menyebabkan penurunan takhta Nikolai II kepada kakandanya Mikhail Aleksandrovich.[5] Mikhail pula menolak tawaran tersebut lalu menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Pemerintah Sementara Rusia yang sedang menunggu keputusan pungutan suara ke atas mereka, tundakan ini menamatkan pemerintahan dinasti Romanov ke atas Rusia.
Kerabat Nikolai II ditahan di Istana Aleksandr, kemudiannya ke bandar Tobolsk di Siberia oleh Alexander Kerensky pada Ogos 1917. Pemerintah Sementara digulingkan pihak Bolshevik dalam Revolusi Oktober lewat tahun yang sama. Pada April 1918, kerabat tersebut dipindahkan ke bandar Yekaterinburg, di mana mereka menetap di Rumah Ipatiev.
Kesemua ahli kerabat tersebut dan empat orang khadam mereka dibunuh pasukan penembak pimpinan Filip Goloschekin dan Yakov Yurovsky atas perintah Yakov Sverdlov di bilik bawah tanah rumah mereka pada malam 17 Julai 1918. Yurovsky mengarahkan pembunuhan tersebut bagi melemahkan semangat Gerakan Putih yang diperangi pihaknya semasa berlangsungnya Perang Saudara Rusia pada ketika itu.
Penyiasatan kes pembunuhan serta pemulihan nama
suntingSetelah bertahun-tahun penuh kontroversi, Nikolai II dan keluarganya dinyatakan sebagai "orang suci" oleh Gereja Ortodoks Rusia pada tahun 2000.
-
Istana Besar Kremlin, Moscow
-
Singahsana Tsar, Maharani dan Tsarevich di Istana Besar Kremlin
-
Istana Musim Sejuk, Saint Petersburg
-
Kota kubu Peter dan Paul dengan Katedral Peter dan Paul, makam bagi dinasti Romanov
Jata bangsawan
suntingThe Imperial Arms of the House of Romanov, with and without background shield, which were restricted in use to the Emperor and certain members of the Imperial Family. |
Salasilah keluarga
suntingRujukan
sunting- ^ Montgomery-Massingberd, Hugh. "Burke’s Royal Families of the World: Volume I Europe & Latin America, 1977, pp. 460-476. ISBN 0-85011-023-8
- ^ "Просмотр документа – dlib.rsl.ru". rsl.ru.
- ^ Isaeva, Ksenia (25 March 2015). "Dmitri Romanov: Immigration, friendship with Coco Chanel, the Olympics". Dicapai pada 30 November 2016.
- ^ Montgomery-Massingberd, Hugh. "Burke's Royal Families of the World: Volume I Europe & Latin America, 1977, pp. 460–476. ISBN 0-85011-023-8
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaburkeI2
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerabat Romanov |
- Historical reconstruction series "Romanovs" – First Channel, Star Media, Babich Design (2013).
- The Russian Imperial Collection at the Library of Congress has books from the Romanov family.
— Kerabat diraja — Kerabat Romanov Tahun diasaskan: kurun ke-15
| ||
Didahului oleh Kerabat Vasa |
Tsardom Rusia 1613–1721 |
Tsardom Dinaikkan Menjadi Empayar Rusia |
Gelaran baharu | Empayar Rusia 1721–1917 |
Empayar dibubarkan |
Didahului oleh Kerabat Poniatowski (elect) |
Kerajaan Beraja Poland 1815–1917 |
Kerajaan beraja dibubarkan |
Didahului oleh Kerabat Poniatowski (dipilih) |
Prinsipaliti Besar Lithuania 1795–1917 |
Prinsipaliti Besar dibubarkan |
Didahului oleh Kerabat Holstein-Gottorp |
Duchy Holstein-Gottorp 1739–1773 |
Diikuti oleh: Kerabat Oldenburg |
Didahului oleh Kerabat Oldenburg |
Duchy Oldenburg 1773–1774 |
Diikuti oleh: Kerabat Holstein-Gottorp |
Didahului oleh Grand Master |
Kedaultan Kumpulan Malta 1798–1803 |
Diikuti oleh: Grand Master |
Didahului oleh Kerabat Holstein-Gottorp (keturunan Sweden) |
Prinsipaliti Besar Finland 1809–1917 |
Prinsipaliti Besar dibubarkan |