Kepulauan Marshall di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kepulauan Marshall telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Penyertaan ini merupakan penyertaan keempat Kepulauan Marshall dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 2008.
Kepulauan Marshall di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | MHL |
NOC | Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kepulauan Marshall |
Laman sesawang | www |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 2 dalam 1 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Phillip Kinono Colleen Furgeson |
Pembawa bendera (penutupan) | N/A |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Peserta
suntingSeramai dua orang atlet mewakili Kepulauan Marshall dalam sukan renang iaitu Phillip Kinono dalam acara 50 meter gaya bebas lelaki dan Colleen Furgeson dalam acara 100 meter gaya bebas wanita.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "NOC Entries - Team Marshall Islands". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-17. Dicapai pada 3 September 2022.