Kepulauan Lingga
Kepulauan Lingga adalah segugusan pulau terletak dalam kawasan Indonesia, di selatan Kepulauan Riau dan di timur Pulau Sumatera. Garis khatulistiwa merentasi kepulauan ini iaitu di hujung utara pulau Lingga, pulau utama kepulauan ini.
Kebanyakan populasi adalah suku Melayu, Bugis dan Tionghoa.
Nama
suntingNama Lingga (dari bahasa Sanskerta: lingam) berasal dari pulau Lingga yang dicirikan puncak Gunung Daik yang menyerupai penis. Puncak gunung ini bercabang tiga, dan dicatat oleh penyair Melayu sebagai lambang ketahanan.