Kepulauan Khazar
Kepulauan Khazar (bahasa Inggeris: Khazar Islands , Azeri: Xəzər adaları ), juga dikenali dengan nama Kepulauan Kaspia,[1] merupakan sebuah pulauan buatan yang terletak 25 km (16 mi) di bahagian selatan kota Baku, Azerbaijan. Kepulauan ini terdiri daripada 41 pulau di wilayah seluas 3,000 hektar di Laut Kaspia.[2][3][4] Projek ini dikatakan akan menghabiskan sekitar $100 bilion.
Geography | |
---|---|
Location | 25 km (16 mi) sebelah selatan Baku, Azerbaijan |
Coordinates | 40°14′29″N 49°38′03″E / 40.24134°N 49.634242°EKoordinat: 40°14′29″N 49°38′03″E / 40.24134°N 49.634242°E |
Archipelago | Kepulauan Khazar |
Administration | |
Additional information | |
Official website | khazarislands.com |
Di kepulauan ini, Avesta (perusahaan yang membina projek ini) akan membangunkan bandar yang dapat didiami oleh 1 juta penduduk dan terdiri daripada 150 sekolah, 50 hospital, dan pusat penjagaan kanak-kanak, taman, pusat membeli-belah, pusat budaya, universiti, litar perlumbaan Formula 1, dan Menara Azerbaijan (akan menjadi yang tertinggi di dunia).[2][3][5] Menara yang menghabiskan pembiayaan $2 bilion itu akan menjadi titik pusat Kepulauan Khazar.[2][3][4]
Semua kemudahan di kepulauan ini akan dapat menahan gempa bumi berskala 9.0 skala Richter.[5][6] Bandar akan dilengkapi dengan 150 jambatan dan lapangan terbang besar untuk menghubungkan kepulauan dengan daratan utama.[2][3][7]
Presiden Avesta Group of Companies, Ibrahimov Ibrahim, memberitahu wartawan bahawa penanam modal dari Amerika Syarikat, Turki, Arab, dan China telah menunjukkan minatnya terhadap projek yang menurutnya serupa dengan "Venesua baru."[1][4][8]
Projek ini dikatakan akan selesai antara tahun 2020 hingga 2025.[7][9][10]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Evgrashina, Lada; Antidze, Margarita (April 11, 2012). "Azerbaijan aims to put up world's tallest building". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-11. Dicapai pada 2013-03-16.
- ^ a b c d Iliaifar, Amir (February 10, 2012). "$2 billion Azerbaijan Tower to usurp Saudi Arabia's Kingdom Tower as world's tallest". Digital Trends.
- ^ a b c d Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan To Build One Kilometer-Tall Skyscraper". Architizer.
- ^ a b c Alexander, Anila (April 13, 2012). "Azerbaijan Plans World's Tallest Tower At 'New Venice' (PHOTOS)". International Business Times.
- ^ a b Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan's Plans for a One Kilometer-Tall Skyscraper". The Altlantic Cities.
- ^ "Azerbaijan to build world's tallest skyscraper". Azernews. January 30, 2012.
- ^ a b Cameron, Charley (February 10, 2012). "Azerbaijan's Avesta Group Unveils Plan to Build New World's Tallest Tower". Inhabitat.
- ^ Dewsbury, Rick (April 12, 2012). "Azerbaijan reveals plans for world's tallest building at 3,500ft high". Mail Online.
- ^ Khawaja, Moign (April 15, 2012). "Azerbaijan Tower to challenge Burj Khalifa's glory". Arabian Gazette.
- ^ Li, Roland (February 9, 2012). "Azerbaijan Tower: The Next Tallest Building in the World? (SLIDESHOW)". International Business Times.