Kendi
Kendi (disebut [kĕn.di], Jawi: كندي , meminjam bahasa Sanskrit कुण्डिका kuṇḍikā "wadah air"[1]) adalah suatu bekas menyimpan air berbentuk seperti teko yang terbuat dari tanah liat atau logam.
Sejarah
suntingKepercayaan
suntingBekas ini dipercayai dalam agama Hindu sebagai atribut betara-betara Brahma (dan begitulah yang digambarkan dalam barangan dipegang dewa ini berkedudukan mudra[2]), Siwa dan Saraswati.[1][3] Agama Buddha mempercayai ia sebagai salah satu barangan orang suci Avalokiteswara menyimpan air yang dipercayai bersakti mengurniakan kebijaksanaan dan belas kasihan[4][5] sepertimana yang difahamkan aliran Vajrayana; bekas ini turut diterapkan dalam upacara-upacara aliran Mahayana.
Penyebaran agama Islam yang menguat dalam kalangan masyarakat-masyarakat serata Nusantara lama-kelamaan memisahkan perkaitan keagamaan ini dengan sebarang objek yang serupa alat ini.[3]
Kemunculan di Nusantara
suntingAda catatan dari para pelayar Cina Dinasti Jin yang mencatatkan suatu buyung "guci" dan kendi yang dilepaskan ke dalam laut dalam upacara semasa suatu pelayaran dari pulau Singhala (kini Sri Lanka, barangkali semasa zaman Anuradhapura) ke "Javadvipa".[1]:241
Bentuk kendi dan kundika yang bermuncung corot didapati dikenal pada abad ke-9 di Jawa Tengah lagi-lagi dengan penemuan patung-patung serambi Kamadathu dalam pekarangan Candi Borobudur bertarikh dari 800 M) selain adanya juga fragmen-fragmen kundika digali keluar sekitar candi ini dan candi-candi lain di Jawa Tengah.[1]:241
Penggunaan kendi tembikar dilazimkan dalam kalangan orang Melayu untuk tujuan menyimpan air beralih ganti dari bekas-bekas diperbuat dari buah labu dikeringkan.[6]
Kegunaan
suntingDalam adat
suntingMasyarakat Melayu lebih mengaitkan "kendi" dengan bekas aluminum bertapak yang digunakan untuk membasuh tangan semasa menjamu selera di kenduri-kenduri terbuka dilakukan mereka.
Dalam adat perkahwinan dilakukan masyarakat Jawa Barat, mempelai wanita membasuh kaki pasangannya dengan air dari kendi melambangkan kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya. Kendi ini juga digunakan untuk menyimpan air bunga yang digunakan dalam upacara siraman pada pengantin perempuan yang kemudiannya dipecahkan.[7]
Rujukan
sunting- ^ a b c d Khairul Mustaqin; Novita Wahyuningsih (2015). "Kendi Sebagai Pendukung Kebudayaan Nusantara". Atrat. Bandung: Institut Seni Budaya Indonesia. 3 (3): 240–251.
- ^ PK Acharya, A summary of the Mānsāra, a treatise on architecture and cognate subjects, PhD Thesis awarded by Rijksuniversiteit te Leiden, published by BRILL, Templat:Oclc, page 50
- ^ a b Sullivan, Michael (1957). "Kendi". Archives of the Chinese Art Society of America. Duke University Press. 11: 40-58 – melalui JSTOR.
- ^ Institusi Smithson. "Buddhist ritual sprinkler (kundika)". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2007. Dicapai pada 16 Julai 2007.
- ^ Muzium British. "Stoneware kundika (water sprinkler)". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007. Dicapai pada 16 Julai 2007.
- ^ Husni Thamrin (2018). Antropologi Melayu. Yogyakarta: Kalimedia. m/s. 198–199. ISBN 978-602-6827-87-6.
- ^ Gabriel Abdi Susanto (10 Jun 2015). "Makna Setiap Kegiatan dalam Tata Upacara Pernikahan Adat Jawa". Liputan6. Dicapai pada 19 Jun 2021.