Kenari panjang (Sin., Sum.) atau kenari (Mal.; nama saintifik: Canarium vulgare)[1][2] ialah suatu spesies tumbuhan dari genus Canarium bertaburan di kawasan berbatu kapur pulau-pulau Laut Jawa termasuk Pulau Boyan dan Kepulauan Kangean, Kepulauan Sunda Kecil sampai pulau-pulau Sulawesi dan Maluku.[1]

Kenari panjang
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. vulgare
Nama binomial
Canarium vulgare
Sinonim
  • Canarium commune auct. non L.

Taksonomi

sunting

Nama spesies ini adakala bertindih dengan spesies Canarium ovatum.

Kegunaan

sunting

Pokok kenari panjang sering ditanam memberi teduh di jalan raya. Kayu tebangannya lebih dijadikan bahan api; namun masyarakat-masyarakat Boyan dan Kangean turut membina perahu dengan kayu ini. Biji buah kenari boleh dimakan dengan rasa mirip badam.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Van Steenis, C. G. G. J. (1958). Flora Malesiana, Series I: Spermatophyta. 5. Jakarta: Noordhoff-Kolff N.V.
  2. ^ "Canarium vulgare". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Pautan luar

sunting