Kempas (pokok)
Kempas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya Koompassia malaccensis. Kempas merupakan pokok hutan hujan tropika yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 60 meter.[3]
Kempas | |
---|---|
Sebatang pokok kempas di Taman Botani, Kuala Lumpur | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Fabales |
Keluarga: | Fabaceae |
Genus: | Koompassia |
Spesies: | K. malaccensis
|
Nama binomial | |
Koompassia malaccensis | |
Sinonim[2] | |
|
Kayu kempas amat keras dan berat, tetapi tidak tahan lama. Bagaimanapun, selepas dirawat dengan bahan-bahan kimia, kayu ini amat sesuai untuk dijadikan bahan lantai dan ranjang landas.
Ciri-ciri fizikal
suntingKempas merupakan pokok yang tertinggi di Singapura.[perlu rujukan] Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: mempunyai alur-alur halus dan berwarna perang-kelabu ketika mentah, tetapi menjadi licin ketika pokok ini mencapai ketinggian sebanyak 20-30 meter.
- Daun: dibahagikan menjadi 5-9 daun kecil yang berbentuk tombak. Warna permukaan atas daun kecil ialah hijau berkilat-kilat, manakala permukaan bawah sedikit berbulu. Daun luruh mengikut musim, biasanya antara bulan Mac dan Jun.
- Bunga: berumpun-rumpun dan tumbuh pada penghujung dahan-dahan.
- Buah: berbentuk lenggai dengan sayap rata. Panjangnya sehingga 15 sentimeter. Lenggai tidak terbelah ketika masak. Setiap lenggai mempunyai satu biji.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Koompassia malaccensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T33209A9765872. 1998. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T33209A9765872.en.
- ^ a b "Koompassia malaccensis". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 15 Mac 2019.
- ^ Hou, D. Leguminosae (Subfamily Caesalpinioideae). In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 3, 2006. Soepadmo, E., Saw, L.G. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-06-2
- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.
- Asian Regional Workshop (Conservation & Sustainable Management of Trees, Viet Nam) 1998. Koompassia malaccensis. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Downloaded on 19 Julai 2007.
- Sebagai lantai kayu [1]