Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan[1] (KPKT) adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 9 Ogos 1955 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 51, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 17,238 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 4,431,038,800 (2018) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Sejarah
suntingKementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
Visi
suntingUntuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
Jabatan/Agensi
sunting- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
- Jabatan Kerajaan Tempatan
- Jabatan Perumahan Negara
- Jabatan Landskap Negara
- Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
- Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata
- Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Ahli Eksekutif
suntingPilihan Raya | Nama Kementerian | No. | Menteri | Parlimen | Parti | Tempoh | Perdana Menteri | Kabinet |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
PRU Malaya 1 (1955-1959) | Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar Malaysia | 1. | Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman | Johor Bahru | PERIKATAN-UMNO | 1955-1957 | Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj | Kabinet Pertama |
portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | 1957-1959 | |||
PRU-1 (1957-1964) | portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | 1959-1964 | Kabinet Kedua | |
PRU-2 (1964-1969) | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | 2. | Mendiang Khaw Kai Boh | Ulu Selangor | PERIKATAN-MCA | 1964-1969 | Kabinet Ketiga | |
PRU-3 (1969-1974) | Portfolio dimansuhkan | - | - | - | - | - | Kabinet Keempat | |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan | 3. | Mendiang Ong Kee Hui | Bandar Kuching | SUPP | 1970-1973 | Almarhum Tun Abdul Razak Hussein | Kabinet Pertama |