Kembar Artakus
Kembar Artakus ialah buku ketiga di dalam siri buku-buku Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Cetakan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1988 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua pula pada tahun 1993 dan Cetakan ketiga pula dilakukan pada tahun 2010.
Plot buku ini meneruskan kisah Artakus setelah tamatnya perang di Kota Arialun. Artakus mula bertemu dengan ketua-ketua daripada puak-puak yang lain di Aurora di dalam usahanya untuk mengusir Morrok keluar dari bumi Aurora.
Sinopsis
suntingPlot
suntingSetelah perang di Arialun, puak Armorikus dan orang Kota Arialun telah bersetuju memeterai perjanjian persahabatan dan persefahaman dalam usaha menentang Morrok. Kemudian Atinius dan Artakus mendapat berita bahawa ketua puak Argida akan datang bertemu mereka di Arialun. Tujuan kedatangan Iotan, ketua puak Argida adalah untuk menyambungkan kembali tali persahabatan dengan Atinius dan menamatkan sengketa lama diantara Armorikus dan Argida yang bermula akibat peristiwa silam. Iotan turut ditemani oleh Naktai, anak saudara Iotan.[1]
Ketika di dalam perbincangan awal diantara Atinius dan Iotan, yang turut dihadiri oleh Garilon, Iotan telah menunjukkan kesangsiannya apabila Artakus diperkenalkan kepadanya, walaupun Iotan sendiri seorang yang berpegang teguh kepada ramalan di dalam kitab-kitab Id. Naktai juga berkongsi pandangan yang sama, walaupun pada hakikatnya dia memusuhi Armorikus kerana ingin merebut perhatian seorang gadis Argida, Aylanin yang turut diminati oleh Olafhul.[2] Namun begitu, Iotan tetap meneruskan niatnya yang lebih utama untuk menamatkan persengketaan silam, dan sebagai simbol untuk menamatkan sengketa tersebut, Iotan telah melakukan upacara pematahan pedang.[3]
Ketika hari berlakunya pertemuan di antara Arasis dan Osria, Artakus dan Esis telah menyaksikannya di Lapangan Iskariot.[4] Di situ Artakus telah diuji dan dicabar oleh Herakos yang turut memperalatkan Esis. Namun Artakus berjaya menepis serangan Herakos.[5]
Akhirnya setelah sekian lama, Merkia telah bertemu kembali dengan Artakus selepas bertarung dengan Herakos di dalam satu pertarungan yang sengit.[6] Merkia mengesyaki bahawa Herakos telah mempunyai rancangan yang baru untuk memusnahkan alam dan menggesa agar Artakus mencari permata Aurorius seberapa lekas yang mungkin. Merkia juga memberitahu bahawa ancaman-ancaman daripada makhluk-makhluk kegelapan serta sihir para yisykrak juga bakal datang menyerang Aurora. Oleh kerana itu, Merkia telah berjanji untuk menghantar seorang lagi karman untuk membantu Artakus.[7]
Sewaktu hendak menghadiri satu mesyuarat Majlis Uralia, Artakus dan rombongannya telah diserang hendap, namun Hortas telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Artakus.[8] Penyerang hendap itu walau bagaimanapun telah berjaya melarikan diri.
Di dalam satu mesyuarat tentang strategi perang, Iotan telah mempersoalkan tentang posisi Artakus sebagai pemimpin perang yang akan memimpin mereka, manakala Naktai pula menolak Artakus kerana dia tidak percaya dengan ramalan kitab-kitab Id. Namun, mereka telah digemparkan dengan satu berita bahawa puak Jegadai pula telah menemui seorang lagi Artakus dari kalangan mereka.[9] Artakus pula bertambah terkejut apabila mendapati Laira telah bertandang ke Arialun seorang diri untuk berjumpa dengannya, setelah mendapat perkhabaran tentang serangan hendap terhadap Artakus sebelum itu.
Atinius telah menerima jemputan Darumir, ketua puak Jegadai untuk menghadiri satu pertemuan dipanggil Hojainan, disebuah tempat bernama Olai Tannon.[10] Artakus pula terpaksa bertolak beberapa lebih lewat daripada Atinius kerana telah cedera diserang hendap oleh Zardaron yang turut mengaku bertanggungjawab diatas serang hendap yang mengorbankan Hortas sebelum itu.[11]
Artakus bertekad untuk membuktikan bahawa dialah Artakus sebenar di Hojainan. Artakus bertolak bersama Esis menuju ke Olai Tannon setelah sembuh daripada kecederaannya. Namun mereka telah tersua dengan Kafrak[12], seekor jembalang ketika berada di hutan Senturion. Kemudian mereka telah ditangkap oleh Dartak[13], seorang ketua tentera Morrok dan dibawa ke penjara Morrok di Santirran[14]. Bagaimanapun, dengan kepintaran Esis, dia dan Artakus telah berjaya melepaskan diri daripada penjara, setelah mengumpan seorang garbrank bernama Belakios.[15]
Setibanya di Olai Tannon, semua ketua puak telah menghadirkan diri kecuali Hunaius, ketua puak Jendai. Darumir mengumumkan bahawa seluruh puak Jendai telahpun dimusnahkan oleh Morrok di Iklos[16]. Apabila tiba soal kepimpinan perang, Darumir telah mengumumkan Artakus daripada puaknya kepada seluruh hadirin perhimpunan tersebut[17]. Artakus terpaksa membuktikan bahawa dialah Artakus yang sebenar dan mendapati bahawa Artakus Jegadai sebenarnya adalah makhluk yang dihantar oleh Herakos untuk memecahbelahkan penduduk Aurora melalui penyamarannya.
Artakus telah mencabar makhluk tersebut di dalam satu pertarungan untuk membuktikan bahawa dialah Artakus yang sejati. Walaupun makhluk itu menyerangnya dengan menggunakan sihir namun Artakus telah berjaya menewaskannya.[18]
Rujukan
sunting- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 20 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 27 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 24 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 38 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 42-46 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 53 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 62-63 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 71-75 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 88 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 103 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 104-109 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 131 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 136-140 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 143 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 150-155 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 175 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 177 . Diambil 20 Februari 2016
- ^ Ahmad Patria Abdullah. Kembar Artakus – ISBN 978-983-62-0260-4. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan Ketiga 2010. ms. 195-198 . Diambil 20 Februari 2016