Keluri, keledi, engkerurai (dalam bahasa Iban)[1] atau enkulurai ialah sejenis alat tiup yang wujud di pulau Borneo baik di belah Indonesia dan belah Malaysia diperbuat daripada labu parang dan buluh.[2][3][4]

Musician playing kadedek mouth organ, Engkurai, Borneo.

Alat ini dimainkan dalam kalangan masyarakat Orang Ulu Sarawak, Kayan dan Kenyah[2] di mana ia sering digunakan dalam iringan majlis tarian dan adat pemburuan kepala manusia.[5][4] Walau bagaimana pun, alat ini telah banyak menghilang baik dari segi pembinaan mahupun pembuatannya pada abad ke-21.

Binaan

sunting

Alat ini terdiri daripada 6 hingga 7 batang paip. Paip yang paling terpanjang diberi nama indu atau apai yang mengasilkan bunyi oktaf terendah[1] sebagai bunyi mendengung asas. Panjang dari setiap paip berbeza-beza, namun setiap paip pasti memiliki satu lubang angin yang berfungsi menghasilkan suara saat alat ditiup.[5]

Terdapat juga jenis rekaan engkerurai yang dipasangkan suatu bentuk kon pada indu atau apai iaitu terumbong yang bertindak mengayunkan gelombang bunyi dihasilkan.[1]

Pembuatan

sunting
 
Seorang petukang membuat alat kadedek di Kampung Engkurai, Kalimantan Barat.

Alat ini terdiri daripada enam batang paip buluh yang diikat satu dan dihubungkan dengan kulit sebiji labu yang telah dikeringkan sebagai dasarnya.[5][4] Kulit sebiji lagi labu yang dilubangkan juga akan dimasukkan pada salah satu paip dan digunakan sebagai penampung angin.[5] Alat ini adakala dihiasi dengan bulu pelepah untuk mencantikkan alat.[1]

Rata-rata alat muzik keluri memiliki panjang dua kaki, namun sebahagian keluri buatan suku Iban dapat mencapai panjang enam kaki.[4]

Pentalaan

sunting

Dalam suatu makalah akademik bertarikh 1915, alat ini dicatatkan menghasilkan bunyi polikorda serta ditalakan kepada skala pancanada dari C B G F E C di mana "c" yang akhir itu sendiri bertindak sebagai suatu bunyi pendengung (drone).[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Patricia Matusky; Tan Sooi Beng (2017). The Music of Malaysia: The Classical, Folk and Syncretic Traditions. Oxon: Routledge. m/s. 264–266. ISBN 978-1-4724-6504-7.
  2. ^ a b Margaret J. Kartomi (1984). "Keledi". Dalam Stanley Sadie (penyunting). The New Grove Dictionary of Musical Instruments. 2. London: MacMillan Press Limited. m/s. 370. ISBN 0-943818-05-2.
  3. ^ "Keluri". Encyclopaedic Dictionary of Music, Volume 2. Gyan Publishing House. 2005. Keluri: Also calledkeledi or enkulurai...
  4. ^ a b c d "Keluri, Keledi or Enkulurai". asza.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2004.
  5. ^ a b c d Raine-Reusch, Randy . Play the World: The 101 World Instrument Primer . Mel Bay Publications, Inc.
  6. ^ C. S. Myers (1913). "The Beginnings of Music". Dalam E. C. Quiggin (penyunting). Essays and Studies Presented to William Ridgeway (PDF). Cambridge University Press. m/s. 571–573. This drone is employed not only in the vocal but also in the instrumental music of Sarawak. The Sarawak keluri, consisting of six pipes fitted into a gourd the neck of which serves as a mouthpiece, gives the same scale, Ċ B G F E C, of which the lowest note (and sometimes another) is used as a drone. The keluri is occasionally used as an accompaniment to the songs.