Drama Keluarga Pontimau ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Aksi TV3. Drama ini mengisahkan tentang sebuah keluarga hasil perkahwinan campuran Pontianak dan Harimau Jadian. Dibintangi oleh Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Sean Lee, dan Amelia Henderson[1]. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Kabir Bhatia.

Keluarga Pontimau
GenreFantasi
Komedi
Cinta
Aksi
PengarahNorhanisham Muhamad (LABU)
Kabir Bhatia
Dibintangi oleh
Keith Foo
Marsha Milan Londoh
Amelia Henderson
Sean Lee
Dazrin Kamarudin
Lagu pembukaanBoom nyanyian 5Beats
Lagu penutupBoom nyanyian 5Beats
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifKabir Bhatia
PenerbitKabir Bhatia
Mira Mustaffa
Francis Foo
Tempoh siaranSelasa, 10.00 malam (1 jam per episod)
Syarikat penerbitan
Filmscape
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal6 Oktober 2015 – 5 Januari 2016

Sinopsis

sunting

Rayyan (Dazrin Kamarudin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan Londoh) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lje) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Esma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?

Pelakon

sunting
 
Amelia Henderson memegang watak sebagai Sabrina dalam drama ini.

Rujukan

sunting