Kelimpahan unsur-unsur kimia
Kelimpahan unsur-unsur kimia (Jawi: کليمڤهن عنصور-عنصور کيميا ) mengukur betapa banyak (atau sedikit) sesuatu unsur, ataupun berapa banyak unsur itu yang ada di dalam persekitaran tertentu dibandingkan dengan unsur-unsur lain. Kelimpahan boleh diukur dengan pecahan jisim (sama seperti pecahan berat), pecahan mol (pecahan atom-atom mengikut pengiraan angka, atau kadangkala pecahan molekul-molekul dalam gas) atau pecahan isipadu. Ukuran dengan pecahan isipadu ialah cara ukuran yang biasa untuk gas-gas bercampur seperti atmosfera-atmosfera planet, dan hampir dengan pecahan mol molekul bagi campuran gas unggul (misalnya, campuran gas pada kepadatan dan tekanan yang agak rendah).
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/30/Universe_content_pie_chart.jpg/200px-Universe_content_pie_chart.jpg)
Contohnya, kelimpahan oksigen di dalam air mengikut pecahan jisim ialah 89% kerana itulah pecahan oksigen di dalam jisim air. Namun, kelimpahan oksigen di dalam air mengikut pecahan mol hanyalah 33% kerana hanya 1 atom daripada 3 atom di dalam satu molekul air ialah oksigen. Di dalam keseluruhan alam semesta dan di dalam atmosfera-atmosfera gergasi-gergasi gas seperti Musytari dan Zuhal, kelimpahan hidrogen dan helium mengikut pecahan jisim ialah kira-kira 74% dan 23-25% mengikut urutan, sementara pecahan mol atom bagi unsur-unsur ini adalah lebih hampir kepada 92% dan 8%. Namun, oleh kerana gas hidrogen adalah gas dwiatom dan helium tidak, di dalam keadaan atmosfera luaran Musytari, pecahan mol molekul di atmosfera luaran Musytari bagi hidrogen ialah 92%, dan 13% untuk helium.
Kebanyakan kelimpahan yang dinyatakan di dalam rencana ini diberikan dalam bentuk pecahan jisim.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.