Kelentong
Kelentong atau Umbuk atau skam ialah cubaan menipu seseorang atau sekumpulan individu selepas mula-mula mendapat kepercayaan mereka. Ia direka untuk memanipulasi individu supaya mangsa menyerahkan wang, maklumat peribadi atau barangan berharga melalui cara-cara yang tidak jujur. Antara jenis pengelentongan yang biasa ditemui ialah skim pelaburan palsu, emel pemancing data, skam pembelian dalam talian, skam perjudian dan skam cinta. Pengelentongan juga termasuk permainan meneka tempurung, silap mata, skim piramid dan sebagainya yang melibatkan mangsa mempertaruhkan wang. Dalam kes begini, ia dipanggil helah keyakinan atau permainan keyakinan.
Ia mempergunakan kepercayaan, kenaifan, belas kasihan, kesombongan, keyakinan, kecuaian dan sifat tamak mangsa. Penyelidik mendefinisikannya sebagai "sejenis perbuatan menipu yang khusus [...] yang berniat untuk melanjutkan urus niaga yang hanya menguntungkan sebelah pihak secara suka rela", kerana ia "menguntungkan tukang kelentong dengan memudaratkan mangsa mereka ('sasaran')".[1]
Peringkat
suntingDalam Confessions of a Confidence Man (Pengakuan Seorang Tukang Kelentong) oleh Edward H. Smith, beliau menyenaraikan enam peringkat helah keyakinan.[2] Peringkat-peringkat ini boleh bertindan atau dilakukan tanpa mengikut turutan:
- Persediaan: Permainan atau skim dirancang terlebih dahulu, termasuk mengupah pembantu jika perlu dan mencari maklumat yang diperlukan untuk mengelentong mangsa.
- Pertemuan: Mangsa didekati atau dihubungi.
- Bina semangat: Mangsa diberikan peluang untuk membuat duit jika mereka mengambil bahagian. Ketamakan mangsa digalakkan sehinggakan mereka lalai dan lupa pertimbangan.
- Ganjaran: Mangsa mendapat sedikit bayaran seolah-olah permainan atau skim sedang berkesan. Duit ini boleh jadi wang betul atau palsu (seperti wang tunai atau elektronik). Dalam skam perjudian, mangsa dibiarkan menang beberapa pertaruhan kecil. Dalam penipuan pasaran saham, mangsa diberikan dividen palsu.
- Kecemasan: Satu krisis yang dibuat-buatkan memaksa mangsa untuk bertindak segera. Inilah masa tukang kelentong itu berjaya atau gagal. Dalam skam kewangan, penipu mungkin berkata bahawa masa untuk membuat pelaburan besar dalam skim itu adalah terhad sebelum ia ditutup selama-lamanya.
- Rakan subahat: Rakan sejenayah (yang tahu tentang penipuan itu tetapi berpura-pura sebagai penonton) mempertaruhkan duit dalam skam yang sama seperti mangsa supaya ia tidak nampak meragukan. Ini dapat meyakinkan mangsa dan memberikan penipu itu lebih kuasa apabila skam selesai.
Selain itu, sesetengah permainan perlukan langkah "pengesahan", terutamanya jika barangan yang ditawarkan sebenarnya palsu tetapi kononnya barangan yang "susah dijumpai" atau "amat bernilai". Seorang pembantu berlakon sebagai penonton yang waswas kemudian mengiyakan kata-kata penipu itu.[2]
Faktor
suntingUmbuk dan kelentong mengambil kesempatan sifat tamak, tidak jujur, perasan, penyempat, kasihan, percaya, cuai, terdesak, naif dan hawa nafsu mangsa. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan satu-satunya faktor yang semua mangsa ada ialah mangsa terlampau percayakan penipu. Mangsa umbuk pelaburan biasanya mempunyai sifat tamak dan lurus bendul, dan ramai penipu menyasarkan warga emas atau orang yang mudah terkena dengan pelbagai jenis helah keyakinan atau trik konfidensi.[3] Huang dan Orbach, dua orang penyelidik, menyatakan bahawa mangsa terpedaya kerana mangsa sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral secara sukarela:[4]
Penipu mahir menimbulkan kesilapan pertimbangan—terutamanya kerana mangsa tiada maklumat yang lengkap dan mempunyai bias dalam pemikiran mereka. Dalam budaya popular dan dalam kalangan penipu profesional, kelemahan-kelemahan yang dipergunakan oleh penipu ini dipanggil sifat "tidak jujur", "tamak" dan "lurus bendul" yang di dalam mangsa. Sifat tidak jujur—bak kata pepatah "masakan si jujur dicocok orang"—merujuk kepada betapa orang sanggup melakukan perbuatan haram, seperti perjudian palsu dan penggelapan wang. Tamak, keinginan mendapat laba tanpa mengeluarkan apa-apa, menunjukkan betapa mangsa percaya bahawa mereka boleh mengaut keuntungan yang tidak realistik. Sifat lurus bendul mencerminkan betapa mangsa sememangnya lembap kerana membuat urus niaga yang berisiko dengan rela. Kadangkala, hakim-hakim juga membeo sentimen-sentimen ini.
Rakan subahat membantu dengan memanipulasi mangsa untuk menerima rancangan penipu itu. Dalam helah biasa, mangsa diyakinkan bahawa dia akan mendapat untung atau manfaat lain dengan menyiapkan sesuatu tugasan. Rakan subahat tadi mungkin akan berlakon pernah melakukan tugasan yang sama dan mendapat ganjaran.[perlu rujukan]
Rujukan
sunting- ^ Huang, Lindsey; Orbach, Barak (2018). "Con Men and Their Enablers: The Anatomy of Confidence Games". Social Research: An International Quarterly. 85 (4): 795–822.
- ^ a b Smith, Edward H. (1923). Confessions of a Confidence Man: A Handbook for Suckers. Scientific American Publishing. m/s 35–37. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-15.
- ^ Crimes-of-persuasion.com. Diarkibkan 2007-04-15 dalam Wayback Machine. Fraud Victim Advice / Assistance for Consumer Scams and Investment Frauds.
- ^ Orbach, Barak; Huang, Lindsey (2018). "Con Men and Their Enablers: The Anatomy of Confidence Games". Social Research: An International Quarterly. 85 (4): 795–822. doi:10.1353/sor.2018.0050. ISSN 1944-768X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-15.
Bacaan lanjut
sunting- Bell, J. Bowyer; Whaley, Barton (1982). Cheating and Deception (reprint 1991). Transaction Publishers. ISBN 978-0887388682.
- Blundell, Nigel (1984) [1982]. The World's Greatest Crooks and Conmen and other mischievous malefactors. Octopus Books. ISBN 978-0706421446.
- Dillon, Eamon (2008) [2008]. The Fraudsters: Sharks and Charlatans – How Con Artists Make Their Money. Merlin Publishing. ISBN 978-1903582824.
- Ford, Charles V. (1999) [1999]. Lies! Lies!! Lies!!!: The Psychology of Deceit. American Psychiatric. ISBN 978-0880489973.
- Henderson, Les (2000). Crimes of Persuasion: Schemes, scams, frauds. Coyote Ridge. ISBN 978-0968713303.
- Kaminski, Marek M. (2004). Games Prisoners Play. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0691117218.
- Konnikova, Maria (2016). The Confidence Game: Why We Fall for It...Every Time. ISBN 978-0525427414.
- Lazaroff, Steven & Rodger, Mark (2018) [2018]. History's Greatest Deceptions and Confidence scams. Rodger & Laz Publishing S.E.N.C. ISBN 978-1775292128.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Maurer, David W. (1999) [1940]. The Big Con: The Story of the Confidence Man and the Confidence Game. Bobbs Merrill / Anchor Books. ISBN 978-0385495387.
- Maurer, David W. (1974). The American Confidence Man. Springfield: Charles C. Thomas, Publisher. ISBN 978-0398029746.
- Reading, Amy (2012). The Mark Inside: A Perfect Swindle, a Cunning Revenge, and a Small History of the Big Con. Knopf. ISBN 978-0307473592.
- Smith, Jeff (2009). Soapy Smith: The Life and Death of a Scoundrel. Juneau: Klondike Research. ISBN 978-0981974309.
- Sutherland, Edwin Hardin (1937). The Professional Thief (reprint 1989). University of Chicago Press. ISBN 978-0226780511.
- Weil, J.R. "Yellow Kid" (1948) [2004]. Con Man: A Master Swindler's Own Story. Broadway Books. ISBN 978-0767917377.
- Zhang, Yingyu (2017). The Book of Swindles: Selections from a Late Ming Collection. Columbia University Press. ISBN 978-0231178631.
Pautan luar
suntingWikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Common scams. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kelentong |
- "Arrest of the Confidence Man". The Lost Museum, (GMU). Police Intelligence. New York Herald. July 8, 1849.
- Book of Swindles. ChinaFile.com. 2017-11-15. Confidence tricks in China.
- "Prepaid funeral scam". FBI.gov.
- "The Blonger Bros". blongerbros.com. Lou Blonger was the head of a large gang of confidence men running the Big Con in 1910s Denver.
- "To Catch a Con Man". Dateline NBC investigation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-24.