Kelat
Pokok Kelat ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tropika. Pokok ini biasa terdapat dekat paya bakau. Nama botaninya Eugenia oleina.
Kelat | |
---|---|
frames | |
Pengelasan saintifik | |
|
Ciri-ciri fizikal
suntingCiri-ciri fizikal Pokok Kelat adalah seperti berikut:
- Kulit kayu: Berwarna perang kekelabu-kelabuan dan sedikit berkelupas.
- Daun: Berbentuk empat segi panjang, keras, dan pada kedua-dua permukaannya, mempunyai kelenjar-kelenjar mikroskopik yang berwarna hitam.
- Bunga: Berwarna putih, dan seringnya berumpun pada hujung dahan-dahan.
- Buah: Kecil, berbentuk buah pear, berwarna merah tua ketika mentah, tetapi menjadi hitam apabila masak. Buah ini yang mempunyai banyak jus mengandungi hanya sebiji biji.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.