Kelas kapal
Kelas kapal ialah penggolongan kapal dengan reka bentuk yang sama.[1] Ia berbeza dari jenis kapal,[1] yang mungkin mencerminkan persamaan tanan atau penggunaan yang dimaksudkan. Sebagai contoh, USS Carl Vinson ialah sebuah kapal induk nuklear (jenis kapal) dari kelas Nimitz (kelas kapal).
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/Olympic_and_Titanic_crop.jpg/220px-Olympic_and_Titanic_crop.jpg)
Semasa membina kelas kapal, perubahan reka bentuk mungkin dilaksanakan. Oleh yang demikian, kapal dengan reka bentuk yang berbeza mungkin tidak dianggap daripada kelas yang sama; setiap variasi akan menjadi kelasnya sendiri, atau sub kelas dari kelas original (lihat kruiser kelas-County sebagai contoh). Jika kapal dibina dari kelas yang pengeluarannya dihentikan, satu perbezaan yang sama mungkin dibuat.
Kapal dalam kelas selalunya mempunyai nama yang dikaitkan dengan faktor yang sama: misalnya nama kapal selam kelas-Trafalgar semuanya bermula dengan huruf T (Turbulent, Tireless, Torbay); dan kruiser kelas-Ticonderoga dinamakan sempena pertempuran-pertempuran Amerika (Yorktown, Bunker Hill, Gettysburg, Anzio). Kapal dari kelas yang sama boleh dirujuk sebagai kapal kembar.
Rujukan
sunting- ^ a b CDR Salamander. "Spreading ship-naming head scratching". Dicapai pada 21 March 2010.
Pautan luar
suntingWikidata mempunyai sifat:
|