Kekunci primer
Dalam model hubungan pangkalan data, kekunci primer atau kunci primer sahaja, ialah pilihan spefisik dalam atirbut atau satu set minimum atribut (iaitu lajur) yang menentukan sesebuah baris dalam sesebuah jadual.[1][2] Ia merupakan sebahagian daripada kekunci (atau kekunci calon) yang asas dalam pembinaan pangkalan data berhubungan.[3] Kekunci primer sangat diperlukan dalam pembinaan jadual dalam sesebuah pangkalan data.[2] Istilah ini dikenali sebagai primary key dalam bahasa Inggeris.[4] Ciri-ciri kekunci primer ialah nilai atribut yang dipilih untuk entiti ialah unik dan tidak boleh mengandungi data yang berulang atau kosong.[3]
Takrifan SQL
suntingKekunci utama ditakrifkan dalam Piawaian ISO Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language; SQL), melalui kekangan "PRIMARY KEY". Sintaks untuk menambah kekangan "PRIMARY KEY" dalam jadual sedia ada ditakrifkan dalam SQL:2003 seperti berikut:
ALTER TABLE <table identifier>
ADD [ CONSTRAINT <constraint identifier> ]
PRIMARY KEY ( <column name> [ {, <column name> }... ] )
Rujukan
sunting- ^ "Add or change a table's primary key in Access". Microsoft. Dicapai pada January 20, 2020.
A primary key is a field or set of fields with values that are unique throughout a table.
- ^ a b Alison Balter (2006). Sams Teach Yourself SQL Server 2005 Express in 24 Hours (dalam bahasa Inggeris). Pearson Education. m/s. 65. ISBN 9780132715553. Dicapai pada 17 November 2023.
- ^ a b Donna Burbank; Steve Hoberman (2011). Data Modeling Made Simple with CA ERwin Data Modeler r8 (dalam bahasa Inggeris). Technics Publications. m/s. 120. ISBN 9781634620697. Dicapai pada 17 November 2023.CS1 maint: date and year (link)
- ^ "primary key". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023.