Kekkaishi (結界師) ialah siri manga karya Yellow Tanabe (田辺イエロウ, Tanabe Ierō) yang diterbit di Jepun oleh Shogakukan dan di Amerika Utara oleh Viz Media. Siri manga ini telah diadaptasi menjadi siri anime oleh Sunrise Inc. sejak Oktober 2006. Kekkaishi bererti "tukang halangan". Kekkashi meraih Anugerah Manga Shogakukan ke-52 untuk manga shonen pada tahun 2007. [1]

Kekkaishi
Fail:Vol.1 - Kekkaishi.jpg
Watak utama Kekkaishi
GenreAksi, Ghaib
Diciptakan olehYellow Tanabe
Manga
PengarangYellow Tanabe
PenerbitJepun Shogakukan
Penerbit LainAmerika Syarikat Kanada VIZ Media
Sepanyol Ivrea
Malaysia PCM Comics
Indonesia Elex Media Komputindo
Taiwan Tong Li Comics
Vietnam Kim Dong
Anime
PengarahKodama Kenji
StudioSunrise Inc.
Penyiaran AsalJepun Nippon Television/Yomiuri TV/siaran seluruh negara melalui stesen-stesen NNN station
Taiwan Taiwan Television
Dikeluarkan padaOktober 2006masih bersiaran
Portal Anime dan Manga

500 tahun dahulu, seorang raja zaman feudal diserang syaitan-syaitan yang hendak memperoleh kuasa dalamannya yang penuh misteri, iaitu kuasa tiada tandingan yang membolehkan syaitan-syaitan itu menakluki dunia manusia. Bomoh terkenal, Tokimori Hazama, tampil bersama-sama dua orang anak buahnya, untuk menyelamatkan negeri. Bagaimanapun, oleh sebab mereka uzur, raja itu terbunuh, dan kuasanya disemadikan bersamanya di sebidang tapak bernama Karasumori.

Pada zaman sekarang, Yoshimori Sumimura dan Tokine Yukimura, iaitu pewaris puak Hazama, menjadi "kekkaishi" yang bertugas menjaga tanah dan kuasa itu. Mereka menggunakan jurus yang dipanggil Kekkai, suatu bentuk perintang ajaib yang digunakan untuk menangkap dan memusnahkan Ayakashi (syaitan) yang dibawa ke tanah ini. Mana-mana syaitan yang mendekati kuasa itu akan bertambah kuat maka Yoshimori dan Tokine perlu menjaga tanah itu daripada diceroboh Ayakashi.

Namun, sesetengah syaitan-syaitan ini membentuk satu organisasi berkuasa untuk merampas kuasa misteri itu. Yoshimori merancang bukan sahaja untuk menghancurkan syaitan-syaitan itu, bahkan juga untuk mendapatkan kuasa itu untuk menyelamatkan seluruh dunia daripada cengkaman syaitan-syaitan itu. Tetapi terlebih dahulu, dia perlu mengetahui apa kuasa itu sebenarnya, dan juga mengukuhkan kemahiran kekkainya yang teruk itu.

Rujukan

sunting
  1. ^ (Jepun) "Shogakukan Awards Page". Shogakukan. Dicapai pada 2007-02-27.

Pautan luar

sunting