Kejutan berdarah atau kejutan hemoraj ialah sejenis renjatan hipovolemia yang berlaku akibat kehilangan darah.[2] Gejala awal mungkin termasuk kadar degupan jantung yang tinggi dan tekanan nadi yang berkurangan.[1][2] Dengan kehilangan darah selanjutnya, kebimbangan, kesejukan lengan dan kaki, kekurangan kesedaran mental dan tekanan darah rendah mungkin berlaku.[1] Antara komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah hipotermia, masalah pembekuan darah, dan sindrom disfungsi berbilang organ.[4]

Kejutan berdarah
Video yang menjelaskan mengenai kejutan perubatan
PengkhususanPerubatan kecemasan
GejalaKadar denyut jantung yang tinggi, tekanan nadi berkurangan, keresahan, kesejukan pada lengan dan kaki, kekurangan kesedaran, tekanan darah rendah[1][2]
PuncaTrauma, pendarahan gastrousus, bersalin, kandungan luar rahim, masalah pembuluh darah yang tersembunyi[2][3]
Berdasarkan pemeriksaan fizikal dan pengimejan perubatan[2]
Jenis-jenis [[ Renjatan (peredaran)|kejutan atau renjatan]] lain[1]
RawatanMemberi tekanan langsung ke atas luka, penggunaan tornikuet, asid traneksamik, produk darah, pengurusan suhu, pembedahan[1][2]
PrognosisBerubah-ubah[2]
KekerapanAgak biasa berlaku[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara beberapa punca kehilangan darah mungkin termasuk trauma, pendarahan gastrousus, bersalin, kehamilan luar rahim dan masalah saluran darah yang tersembunyi.[2][3] Pendarahan mungkin berlaku di dalam atau di permukaan badan.[2] Kehilangan darah yang ketara boleh berlaku di dalam kawasan perut, dada dan retroperitoneum.[2] Mekanisme asas kejutan berdarah melibatkan aliran darah ke tisu badanyang tidak mencukupi.[1] Indeks kejutan (denyut jantung/tekanan darah sistolik) lebih daripada 1 boleh memberi indikasi mengenai pesakit yang mana satu yang lebih berkemungkinan memerlukan pemindahan darah.[1] Ultrabunyi di jabatan kecemasan hospital mungkin berguna untuk menentukan kedudukan yang berlakunya kehilangan darah.[2]

Pengurusan pada peringkat permulaan adalah berdasarkan ATLS.[1] Rawatan utama adalah dengan menghentikan punca pendarahan.[2] Hal ini mungkin termasuk memberi tekanan langsung ke atas luka atau penggunaan tornikuet untuk menghentikan kelukaan.[1] Antara beberapa langkah lain boleh digunakan termasuklah penggunaan asid traneksamik, penggunaan produk darah dan pengurusan suhu.[1] Bagi pesakit yang tidak mengalami kecederaan kepala, tekanan darah mungkin dibenarkan untuk kekal rendah sehingga pembedahan boleh dilakukan.[2] Kejutan hemoraj merupakan sesuatu yang agak biasa berlaku.[3] Kira-kira separuh daripada kematian akibat trauma adalah disebabkan oleh pendarahan, dan pendarahan ini juga kekal sebagai punca utama kematian berkaitan trauma yang boleh dicegah.[2][1] Risiko kematian atau hasil yang buruk akibat kejutan berdarah adalah tinggi.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l Pitotti, C; David, J (November 2020). "An evidence-based approach to nonoperative management of traumatic hemorrhagic shock in the emergency department". Emergency medicine practice. 22 (11): 1–24. PMID 33105073.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n Hooper, N; Armstrong, TJ (January 2020). "Hemorrhagic Shock". StatPearls. PMID 29262047.
  3. ^ a b c d Taghavi, S; Askari, R (January 2020). "Hypovolemic Shock". StatPearls. PMID 30020669.
  4. ^ "Hemorrhagic Shock". fpnotebook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2020. Dicapai pada 4 January 2021.