Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020
Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020 (juga dikenali sebagai UEFA Bawah-19 Euro 2020) akan menjadi edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-19 UEFA (edisi ke-69 jika era Remaja Bawah-18 dimasukkan), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 19 tahun negara Eropah. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, kejohanan pada mulanya ditunda, dijadualkan semula dan dibatalkan pada Oktober 2020.
2020 UEFA European Under-19 Championship | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Ireland Utara |
Tarikh | Mac 2021[1] (dibatalkan) |
Pasukan | 8 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 1 bandar) |
← 2019 2021 → |
Ireland Utara, di mana kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan adalah di tahun 2005,[2][3] dipilih sebagai tuan rumah oleh UEFA pada 9 Disember 2016.[4]
Seperti edisi sebelumnya yang diadakan pada tahun-tahun bernombor genap, kejohanan ini dijadualkan sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-20 FIFA. Lima pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2021 di Indonesia sebagai wakil UEFA. Berikutan pembatalan kejohanan, UEFA sebaliknya mencalonkan lima negara teratas dalam kedudukan pekali pusingan kelayakan.[5]
Penangguhan dan pembatalan akhirnya
suntingKejohanan akhir pada asalnya dijadualkan dimainkan antara 19 Julai – 1 Ogos 2020.[6] Disebabkan oleh pandemik COVID-19, UEFA mengumumkan pada 1 April 2020 bahawa kejohanan itu ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.[7][8] Pada 17 Jun 2020, UEFA mengumumkan bahawa kejohanan akhir telah dijadualkan semula dan akan dimainkan dalam dua tempoh, dengan peringkat kumpulan dimainkan antara 7–14 Oktober 2020, dan peringkat kalah mati, yang terdiri dari separuh akhir, play-off Piala Dunia B-20 FIFA dan perlawanan akhir, dimainkan antara 11–14 November 2020.[9]
UEFA kemudian mengumumkan pada 13 Ogos 2020 bahawa setelah berunding dengan 55 persatuan anggota, kejohanan akhir ditangguhkan lagi, dengan peringkat kumpulan dimainkan pada November 2020 dan peringkat kalah mati dimainkan pada bulan Mac 2021.[10][11] Pada 16 September 2020, UEFA mengumumkan bahawa kejohanan akan dimainkan pada bulan Mac 2021 dalam format terus ke peringkat kalah mati, yang terdiri daripada perlawanan suku akhir, separuh akhir, perlawanan akhir, dan play-off untuk memutuskan pasukan kelima yang layak ke Piala Dunia B-20 FIFA.[12]
Akhirnya, kejohanan itu dibatalkan oleh UEFA pada 20 Oktober 2020.[5]
Kelayakan
suntingSebanyak 54 negara UEFA memasuki kejohanan ini. Tuan rumah Ireland Utara akan layak secara automatik, dengan 53 pasukan lain bersaing dalam kejohanan kelayakan.[13][14]
Venue
suntingKejohanan ini akan diadakan di empat tempat:[15]
Belfast | Ballymena | ||
---|---|---|---|
Windsor Park | Ballymena Showgrounds | ||
Kapasiti: 18,614 | Kapasiti: 3,600 | ||
peringkat kumpulan, separuh akhir, perlawanan akhir | peringkat kumpulan | ||
Portadown | Lurgan | ||
Shamrock Park | Mourneview Park | ||
Kapasiti: 2,770 | Kapasiti: 4,160 | ||
peringkat kumpulan | peringkat kumpulan | ||
Pasukan yang layak ke Piala Dunia B-20 FIFA
suntingLima pasukan berikut dari UEFA layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2021. Berikutan pembatalan kejohanan, UEFA mencalonkan lima negara teratas dalam kedudukan pekali pusingan kelayakan.[5]
Pasukan | layak secara | Penampilan sebelumnya dalam Piala Dunia B-20 FIFA1 |
---|---|---|
England | 20 Oktober 2020 | 11 (1981, 1985, 1991, 1993, 1997, 1999, 2003, 2009, 2011, 2013, 2017) |
Perancis | 20 Oktober 2020 | 7 (1977, 1997, 2001, 2011, 2013, 2017, 2019) |
Itali | 20 Oktober 2020 | 7 (1977, 1981, 1987, 2005, 2009, 2017, 2019) |
Belanda | 20 Oktober 2020 | 4 (1983, 1995, 2001, 2005) |
Portugal | 20 Oktober 2020 | 12 (1979, 1989, 1991, 1993, 1995, 1999, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017, 2019) |
- 1 Huruf tebal menunjukkan juara untuk tahun itu. Huruf condong menunjukkan tuan rumah untuk tahun itu.
Rujukan
sunting- ^ "Under-19 EURO: new schedule". UEFA.com. 13 August 2020.
- ^ https://www.bbc.co.uk/sport/football/38275251
- ^ https://www.irishfa.com/news/2016/december/northern-ireland-to-host-uefa-european-under-19-championship-in-2020
- ^ "Armenia and Northern Ireland to stage U19 EURO". UEFA.com. 9 December 2016.
- ^ a b c https://www.uefa.com/under19/news/025e-0fac6fe40557-8da71e4a1ab1-1000--2020-under-19-euro-cancelled/
- ^ "U19 qualifying round report". UEFA.com. 19 November 2019.
- ^ "Under-19 finals postponed". UEFA.com. 1 April 2020.
- ^ "UEFA postpones all June national team matches". UEFA.com. 1 April 2020.
- ^ "UEFA competitions to resume in August". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 June 2020. Dicapai pada 17 June 2020.
- ^ "UEFA postpones youth national team competitions". UEFA.com. 13 August 2020.
- ^ "Updated UEFA competitions calendar". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 June 2020. Dicapai pada 17 June 2020.
- ^ "UEFA women's, futsal and youth competitions postponed to November". UEFA.com. 16 September 2020.
- ^ "2019/20 U19 qualifying round draw seedings". UEFA.com. 23 November 2018.
- ^ "Regulations of the UEFA European Under-19 Championship, 2019/20" (PDF). UEFA.com.
- ^ "2020 U19 EURO finals: Northern Ireland". UEFA.com. 1 October 2019.