Pertempuran Baghdad atau Kejatuhan Baghdad pada 1258 merupakan kemenangan mutlak untuk kerajaan empayar Mongol pimpinan Hulagu Khan. Baghdad ditawan, dijarah dan dibakar.

Kejatuhan Baghdad 1258M
partof=Peperangan Islam-Mongol
TarikhJan 29 – Feb 10, 1258
Lokasi
Baghdad, Iraq
Keputusan Kemenangan tentera Mongol
Perubahan
wilayah
Kejatuhan empayar Bani Abbasiyyah dan penguasaan Empayar Mongol terhadap wilayah kerajaan Abbasiyyah
Pihak yang terlibat
Empayar Mongol Bani Abbasiyyah
Komandan dan pemimpin
Hulagu Khan, Kitbuqa, Bayju Musta'shim, Sulaiman Shah
Kekuatan
Sekitar 120,000 Sekitar 50,000
Kerugian dan korban
Sekitar 1,000 Sekitar 50,000 tentera dan 1,000,000 orang awam

Keadaan semasa

sunting

Pada pertengahan abad ke-12, kerajaan Islam Bani Abbasiyyah telah kehilangan sebahagian kuasa autonomi terhadap wilayah-wilayah yang diperintah. Ini menyebabkan jawatan khalifah tidak sekuat seperti keadaan sebelumnya.