Kehilangan Enjin Jet TUDM

Kehilangan Enjin Jet TUDM adalah sebuah peristiwa kehilangan dua jet enjin kepunyaan Tentera Udara DiRaja Malaysia(TUDM) berlaku pada 2007 di Bangunan Material Processing Shed (MATRA 1), Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Nilai sebuah enjin jet pejuang F-5E itu hanya RM300,000 sebuah , tidak sampai RM50 juta sebagaimana didakwa.

Sejarah kehilangan

sunting

TUDM membeli jet pejuang itu dibeli pada 1975.TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.Pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

Enjin jet itu milik 12 Squadron (Scorpion) di Butterworth. Ia dihantar ke Subang dan Sungai Besi untuk diperbaiki.

Modus operandi

sunting

Enjin jet itu dihantar ke Subang Jaya, Selangor pada 30 Disember 2007 dan 1 Jan tahun 2009. TUDM hanya menyedari kehilangannya pada 22 Mei 2008 . Pegawai TUDM membuat laporan polis pada 4 Ogos 2008.

Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay. Interpol dan pihak keselamatan Amerika Syarikat juga menyedari akan penghantaran itu berdasarkan laporan yang diterbitkan.[1]

Pada Januari 2010, seorang anggota tentera udara berpangkat sarjan dan seorang ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya . Keduaa-duanya bertanggungjawab di atas kehilangan enjin jet pejuang itu.[2]

Sarjan N. Tharmendran (42) mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Laskar Udara Kanan Mohamad Shukri Mohamad Yusop atas jenayah itu.Kesalahan itu dilakukan di bangunan Material Processing Shed, MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi.

Pengarah syarikat pembekalan, K.Rajandran Prasad (38), turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin pesawat itu. Enjin itu 'dilupuskan' pada 30 April 2008 di No. 49, Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, Selangor. Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir dan Hamidi Mohd. Noh.Tharmendran dibela oleh V. Ravichandran manakala Rajandra dibela oleh Pritam Singh Doal.[3]

Enjin pesawat di Uruguay

sunting

Pada 5 Februari 2010, Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Uruguay ke Malaysia, Pablo Sader, yang bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia di bawah Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002. Kini enjin tersebut berada di Uruguay.[4]

Siasatan PAC

sunting

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) yang diketuai oleh pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid menutup siasatan kes kecurian enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan memutuskan tidak ada pegawai kanan pasukan itu terlibat .[5]

Kebocoran maklumat

sunting

Kor Risik ATM mendapati kedutaan asing di Malaysia memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara. Pada 4 Februari 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tindakan sebuah kedutaan asing itu merupakan jenayah yang serius. Akta Rahsia Rasmi 1972 akan diperketatkan agar maklumat ketenteraan seperti enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak berulang. Kerahsiaan terbahagi kepada rahsia besar,rahsia dan sulit.[6]

Langkah-langkah keselamatan

sunting

MATRA 1 menyimpan lebih 400 ribu alat ganti dan peralatan milik TUDM.Tidak ada peralatan lain yang hilang. Sistem inventori berkomputer akan digunakan bagi mencegah kehilangan pada masa depan.

Perbicaraan Sarjan TUDM, N. Tharmendran

sunting

Pada 14 November 2011, perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Aslam Zainuddin.Sarjan TUDM, N. Tharmendran (43) dan ahli perniagaan, K. Rajanprasad didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.

Saksi pendakwa ke-4 :Osman Abdullah (52)( juruteknik di Airod Sdn. Bhd) dan Omar Itam mengunci dua kontena dengan menggunakan 34 bolt dan nat selepas ia ditutup dengan menggunakan kren oleh seorang lagi juruteknik, Hilal Mohd. Yusof. Jet enjin F5 dengan nombor siri E227718 dibungkus pada 21 Jun 2007 manakala enjin nombor E227856 pula dibungkus pada 25 September 2007.Semua ini tercatat dalam borang yang diisi untuk Airod.Selepas itu kedua-dua kontena dihantar semula kepada TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia).

Aksesori enjin dibuka, seperti adapter enjin dan transmitter tekanan minyak.Enjin itu diangkat masuk ke dalam kontena dan dilekatkan dengan label kuning , siap dengan nombor siri, jenis kerosakan dan lain-lain lagi.Enjin disembur dengan minyak OM10 bagi tahan karat.Label khas itu hanya dikeluarkan oleh Syarikat General Electrical untuk enjin tersebut.[7]

Rujukan

sunting