Kepekakan

(Dilencongkan daripada Kecacatan pendengaran)

Kepekakan, ketulian, tunakerna atau tunarungu merupakan keadaan yang mana keupayaan mengesan frekuensi bunyi tertentu baik pada tahap separa atau sepenuhnya. Apabila digunakan pada manusia, istilah cacat pendengaran ditolak oleh pergerakan Budaya Pekak, manakala istilah pekak dan sukar pendengaran lebih diterima.

Kepekakan
ketulian
kecacatan pendengaran
tunakerna/tunarungu
Pengelasan dan sumber luaran
Simbol Antarabangsa bagi Pekak
ICD-10H90-H91
ICD-9389
P. Data Penyakit19942
MeSHD034381
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Peristilahan

sunting

Kata tuli تولي‎ diturunkan dari akar Proto-Austronesia *Culi yang juga bermaksud "tahi telinga".[1]

Tunakerna توناکرنا‎ dan tunarungu توناروڠو‎ diimbuhkan awalan tuna- serapan Sanskrit: तुन्न, rumi: tunna "terluka" melalui bahasa Kawi[2] kepada rungu (Hanacaraka: ꦫꦸꦔꦸ) dan kerna (Hanacaraka: ꦏꦂꦟ serapan Sanskrit: कर्ण, rumi: karṇa)[3] masing-masing bermaksud "telinga" dan "mendengar" dalam bahasa Jawa moden.

Definisi

sunting

Kepekaan pendengaran ditunjukkan oleh bunyi paling senyap boleh dikesan haiwan, dikenali sebagai tahap pendengaran. Dalam kes manusia dan sesetengah haiwan, tahap pendengaran ini boleh diukur dengan tepat menggunakan audiogram tingkah-laku. Rekod dihasilkan bagi bunyi tersenyap yang sentiasa menghasilkan tindak balas daripada pendengar. Ujian ini dilakukan bagi bunyi pada frekuensi berbeza. Terdapat juga ujian elektrofisiologikal yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tindak balas kelakuan.

Tahap pendengaran normal bagi sebarang spesies tertentu adalah tidak sama bagi semua frekuensi. Sekiranya bunyi frekuensi berbeza dimainkan pada amplitud yang sama, sesetengah akan dilihat sebagai kuat, dan yang lain senyap atau malah tidak didengari sepenuhnya. Secara umum, jika gain atau amplitud ditingkatkan, sesuatu bunyi lebih berkemungkinan disedari. Biasanya, apabila haiwan menggunakan bunyi untuk berkomunikasi, pendengaran bagi haiwan jenis itu adalah lebih sensitif bagi frekuensi yang dihasilkan bagi panggilan tersebut, atau dalam kes manusia, bunyi pertuturan. Kesemua aras sistem bunyi menyumbang kepada kesensitifan ke arah frekuensi tertentu, daripada ciri-ciri fizikal telinga luar kepada saraf dan laluan yang menghantar denyutan saraf kepada bahagian bunyi pada otak.

Rujukan

sunting
  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Culi: deaf". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 7 Julai 2022.
  2. ^ "tunna"., dalam Wojowasito (1977), m/s. 277
  3. ^ "karṇṇa"., dalam Wojowasito (1977), m/s. 130
Sumber utama
  • S. Wojowasito (1977). Kamus Kawi-Indonesia. Malang, Jawa Timur: Penerbit CV Pengarang.

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting