Kawasan tadbiran di Yunani

rencana senarai Wikimedia

 

Kawasan tadbiran Yunani
Περιφέρειες της Ελλάδας (Yunani)
KategoriNegara kesatuan
LokasiRepublik Yunani
Bilangan13 kawasan tadbiran
1 kawasan tadbiran berautonomi
Jumlah penduduk197,810 (Aegea Utara) – 3,812,330 (Attika)
Keluasan2,307 km2 (891 bt2) (Kepualauan Ionia) – 18,810 km2 (7,260 bt2) (Makedonia Tengah)
Kerajaan/pemerintah
Subbahagian

Kawasan tadbiran di Yunani atau periferi (Yunani: περιφέρειες, rumi: periféreies) ialah tiga belas buah entiti pentadbiran peringkat kedua negara, mengambil kira pentadbiran terpencar Yunani sebagai peringkat pertama. Periferi dibahagikan kepada unit periferi, yang pernah dikenali sebagai kepengawasan sehingga 2011.

Sejarah

sunting

Periferi semasa telah ditubuhkan pada Julai 1986 (dekri presiden secara rasmi yang menubuhkannya telah ditandatangani pada 1987) sebagai entiti pentadbiran peringkat kedua, melengkapi kepengawasan. Sebelum 1986, terdapat pembahagian tradisional kepada bahagian sejarah-geografi yang luas (γεωγραφικά διαμερίσματα), yang mana tidak semua bahagian sejarah geografi tradisional sebelum 1986 mempunyai badan pentadbiran rasmi. Walaupun periferi pasca-1986 kebanyakannya berdasarkan bahagian terdahulu, mereka biasanya lebih kecil dan, dalam beberapa kes, tidak bertindih dengan kawasan tradisional: contohnya, periferi Yunani Barat, yang tidak mempunyai perbandingan sebelumnya, terdiri daripada wilayah kepunyaan semenanjung Peloponis dan wilayah tradisional Yunani Tengah

Sebagai sebahagian daripada proses pemencaran, mereka telah diberikan lebih banyak kuasa dalam pembaharuan kerajaan tempatan dan periferi Kapodistrias 1997. Mereka telah diubah menjadi entiti berasingan sepenuhnya oleh Rancangan Kallikratis 2010 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2011. Dalam perubahan 2011, ketua setiausaha yang dilantik kerajaan (γενικός γραμματέας) telah digantikan dengan gabenor periferi (περιφερειάρχης) yang dipilih orang ramai dan sebuah majlis periferi (πεεεριας) συμβούλιο) dengan tempoh lima tahun. Banyak kuasa kepengawasan, yang juga dimansuhkan atau diubah menjadi unit periferi, telah dipindahkan ke peringkat periferi. Badan kawasan kerajaan pusat pula digantikan oleh tujuh badan pentadbiran terpencar, yang terdiri daripada satu hingga tiga periferi di bawah seorang ketua setiausaha yang dilantik oleh kerajaan.

Senarai kawasan tadbiran

sunting

 

  1. Attika / Αττική
  2. Yunani Tengah / Στερεά Ελλάδα
  3. Makedonia Tengah / Κεντρική Μακεδονία
  4. Kriti / Κρήτη
  5. Makedonia Timur dan Trakia / Ανατολική Μακεδονία και Θράκη
  6. Epirus / Ήπειρος
  7. Kepulauan Ionia / Ιόνια νησιά
  8. Aegea Utara / Βόρειο Αιγαίο
  9. Peloponis / Πελοπόννησος
  10. Aegea Selatan / Νότιο Αιγαίο
  11. Tesalia / Θεσσαλία
  12. Yunani Barat / Δυτική Ελλάδα
  13. Makedonia Barat / Δυτική Μακεδονία
  14. Gunung Atos / Άγιον Όρος
Peta menunjukkan kawasan tadbiran (periferi) di Yunani

Bersempadan dengan periferi Makedonia Tengah, terdapat sebuah kawasan tadbiran berautonomi, Gunung Atos (Agion Oros, atau "Gunung Suci"), sebuah komuniti kebiaraan autonomi di bawah kedaulatan Yunani. Ia terletak di bahagian paling timur dari tiga semenanjung besar yang menjorok ke Aegea dari semenanjung Chalkidiki .

Periferi Bandar Keluasan

(km2)
Gabenor (1 Januari 202431 Disember 2028) Penduduk (2023)[1] Kepadatan penduduk (orang/km2) KDN
(juta €)
KDNK
()
1 Attika Athens 3,808 Nikos Hardalias [el]

(ND)
3,790,842 995.49 97,030 25,596
2 Yunani Tengah Lamia 15,549 Fanis Spanos

(ND)
504,167 32.42 11,475 22,760
3 Makedonia Tengah Thessaloniki 18,811 Apostolos Tzitzikostas

(ND)
1,782,630 94.77 28,418 15,942
4 Kriti Heraklion 8,336 Stavros Arnaoutakis

(PASOK–KINAL)
622,909 74.73 10,331 16,585
5 Makedonia Timur dan Trakia Komotini 14,157 Christodoulos Topsidis [el]

(Independent)
559,730 39.54 8,117 14,502
6 Epirus Ioannina 9,203 Alexandros Kahrimanis [el]

(ND)
318,890 34.65 4,432 13,898
7 Kepulauan Ionia Corfu 2,307 Giannis Trepeklis [el]

(Independent)
202,185 87.64 3,343 16,534
8 Aegea Utara Mytilene 3,836 Kostas Moutzouris [el]

(Independent)
195,509 50.97 2,704 13,831
9 Peloponis Tripoli 15,490 Dimitris Ptochos [el]

(ND)
534,345 34.50 9,729 18,207
10 Aegea Selatan Ermoupoli 5,286 George Hatzimarkos [el]

(ND)
326,945 61.85 6,737 20,606
11 Tessalia Larissa 14,037 Dimitris Kouretas [el]

(PASOK–KINAL)
682,189 48.60 10,661 15,628
12 Yunani Barat Patras 11,350 Nektarios Farmakis [el]

(ND)
643,188 56.67 9,093 14,137
13 Makedonia Barat Kozani 9,451 Giorgos Amanatidis [el]

(ND)
250,453 26.50 4,552 18,175
(14) Gunung Atos Karyes 336 Anastasios Mitsialis 1,746 5.20

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Στοιχεία Υπολογιζόμενου Πληθυσμού (1.1.2023)" (dalam bahasa Greek). Hellenic Statistical Authority. 29 December 2023. Dicapai pada 4 December 2024.

Templat:Greek terms for country subdivisions