Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1991, semasa sebahagian bahagian di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tiong Bahru terukir keluar, Kawasan Undi Perseorangan Telok Blangah, dan Kawasan Undi Perseorangan Tanjong Pagar digabung menjadi satu GRC. Kawasan ini selalu menjadi kawasan yang tak tertanding. Kawasan ini hampir sahaja dipertandingkan oleh Barisan Sosialis di tahun 2011 namun gagal kerana sudah melewati 35 saat dari batas masa pendaftaran.[1] Kawasan ini, untuk pertama kalinya, dipertandingkan pada pilihan raya umum Singapura 2015 oleh Tan Jee Say dan Ang Yong Guan dari Parti Warga Singapura Diutamakan.
Beberapa bekas menteri pernah unjuk gigi di kawasan undi ini sebelum pindah ke kawasan undi yang lain. Beberapa yang dimaksud meliputi:
- Lim Hng Kiang, yang bertanding di Bahagian Telok Blangah tahun 1991, sebelum bahagian ini digabung ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Barat tahun 1997. Sebelum meletak jawatannya di tahun 2018, ia merupakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Pada pilihan raya 2020, ia tidak bertanding.
- Lim Swee Say yang memulai pertandingannya di tahun 1997 sebagai AP untuk Bahagian Buona Vista. Buona Vista digambar semula ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Panjang di tahun 2001 lalu ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah tahun 2006 sebelum dipindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Timur di tahun 2011. Sebelum letakkan jawatan dari Kabinet di tahun 2018, ia pernah menjadi Menteri Tenaga Manusia. Ia bersara dan tidak bertanding pada pilihan raya 2020.
- Khaw Boon Wan yang mengurusi Bahagian Moulmein semenjak tahun 2001 sehingga tahun 2006 apabila ia pindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sembawang. Ia pernah menjadi pengerusi parti dan Menteri Pengangkutan. Ia tak lagi bertanding sejak 2020.
- Lui Tuck Yew yang juga memulai kerjaya politiknya dengan menggantikan Khaw Boon Wan di Wad Moulmein menjelang pilihan raya umum Singapura 2006. Sesudahnya, ia ditunjuk menjadi Menteri Perhubungan, Penerangan, dan Kesenian. Bahagiannya kemudian diukir keluar dan dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Moulmein-Kallang sebelum pilihan raya umum Singapura 2011. Sesudahnya, ia ditunjuk menjadi Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Kedua. Setelah ia berhenti, sebahagian besar kawasannya dibalikkan ke Tanjong Pagar dan sisanya dipecah ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh, Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah, dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar.
Apabila Lee Kuan Yew masih menjabat sebagai Menteri Senior, Koo Tsai Kee menggantikan kehadiran Lee setiap Sesi Temu Penduduk (MPS) berlangsung. Setelah pilihan raya 2011, Lee berhenti dari kabinet namun tetap menjadi AP untuk bahagian Tanjong Pagar-Tiong Bahru sehingga kematiannya pada 2015; Indranee Thurai Rajah, kemudian menggantikan Koo Tsai Kee. Bahagian Tanglin-Cairnhill dibagi menjadi Bahagian Henderson-Dawson dan Bahagian Moulmein-Cairnhill. Ianya dikuasai Joan Pereira dan Melvin Yong Yik Chye.
Pilihan raya |
Bahagian |
Penyandang |
Parti
|
1988 |
|
|
|
PAP
|
Pembentukan
|
1991 |
- Radin Mas
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
- Telok Blangah
|
|
|
PAP
|
1997 |
- Buona Vista
- Leng Kee
- Queenstown
- Radin Mas
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
|
|
|
PAP
|
2001 |
- Moulmein
- Queenstown
- Radin Mas
- Tanglin - Cairnhill
- Tiong Bahru
- Tanjong Pagar
|
|
|
PAP
|
2006
|
|
|
PAP
|
2011 |
- Buona Vista
- Kreta Ayer - Kim Seng
- Queenstown
- Tanglin - Cairnhill
- Tanjong Pagar - Tiong Bahru
|
|
|
PAP
|
2015 |
- Buona Vista
- Henderson - Dawson
- Moulmein - Cairnhill
- Queenstown
- Tanjong Pagar - Tiong Bahru
|
|
|
PAP
|
2020
|
|
|
PAP
|
↑ Lee Kuan Yew meninggal pada 23 Mac 2015 kerana
pneumonia. Polisi
authoriti Singapura menyebutkan bahawa pilihan raya kecil untuk satu GRC mempertandingkan setidaknya lima calon. Tiada PRK yang digelar setelah kematian Encik Lee Kuan Yew. Indranee Thurai Rajah bertugas mengisi Bahagian Tanjong Pagar–Tiong Bahru sehingga
September 2015.