Kawasan Undi Municipal Timur-Laut

Kawasan Undi Municipal[1] Timur-Laut ialah Kawasan undi di Singapura bagi Majlis Perundangan Singapura dari Mac 1948 hingga Mac 1951.[2][3] Sebelum pilihan raya umum Singapura 1951, kawasan ini dimansuh.

Municipal Timur-Laut
Kawasan Undi Berbilang Anggota
bagi Majlis Undangan Singapura
Letak Kawasan Undi Municipal Timur-Laut di Singapura
WilayahTanah Jajahan Singapura
Pengundi8,668 (pada pilihan raya umum Singapura 1948)
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk1948
Dimansuh1951
Kerusi2
PartiIndependen dan Parti Progresif
WakilMohamed Javad Namazie dan Christopher John Laycock
Digantikan dengan

Kawasan ini dibentuk di tahun 1948 hasil penggabungan wad Kallang dan wad Rochor. Namun, sebelum pilihan raya 1951, kawasan undi ini dimansuh lagi dan wad Rochor berganti nama menjadi Kawasan Undi Rochore. Adapun kawasan undi lain yang beru terbentuk selepas kawasan undi ini dibubarkan meliputi Kawasan Undi Balestier dan Kawasan Undi Katong. Kawasan ini diwakilkan oleh anggota majlis dari Parti Progresif dan anggota bebas selepas kegagalan Lim Chuan Geok, yang bertanding bersama Parti Progresif, yang menyebabkan dirinya mendapat suara paling sedikit di kawasan ini.

Anggota Majlis

sunting
Anggota Majlis Parti Tempoh Nota
Mohammed Javad Namazie Independen 1948-1951
Christopher John Laycock PP

Calon-calon dan keputusan

sunting

Pilihan raya pada 1940-an

sunting
Pilihan 1948: Municipal Timur-Laut[3][4]
Parti Calon Undian % ±%
Bebas Mohamed Javad Namazie 2,672 24.44% N/A
Parti Progresif (Singapura) Christopher John Laycock 2,221 20.32% N/A
Bebas M. K. Chidambaram 1,622 14.84% N/A
Bebas Charles Joseph Pemberton Paglar 1,420 12.99% N/A
Bebas Richard Lim Chuan Hoe 1,161 10.62% N/A
Bebas Valiya Purayil Abdullah 944 8.64% N/A
Parti Progresif (Singapura) Lim Chuan Geok 892 8.16% N/A
Jumlah undian sah 10,932 94.31% N/A
Undian rosak 660 5.69% N/A
Peratusan mengundi 5,796 66.87% N/A
Pengundi terdaftar 8,668
bebas menang (kerusi baru)

Rujukan

sunting
  1. ^ Semakan Arkib-arkib Negara Singapura di tapak ini menunjukkan bahawa istilah municipal merupakan istilah notable dan tidak pernah dimiringkan atau diganti dengan istilah lain yang punya makna sama, misalnya dengan istilah "bandar".
  2. ^ "Pilihan raya Majlis Undangan Singapura 1948". Singapore Elections (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2022. Dicapai pada 25 Januari 2023.
  3. ^ a b "Pilihan raya Majlis Undangan Singapura 1948 Municipal Timur-Laut". Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 25 Januari 2023.
  4. ^ Kotak undi majoriti sengaja tidak dimasukkan di dalam rencana ini