Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud
Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud (bahasa Inggeris: Sugud Islands Marine Conservation Area , SIMCA) ialah sebuah Kawasan Perlindungan Marin Kategori II di daerah Beluran, Sabah, Malaysia. Kawasan perlindungan ini termasuklah Pulau Lankayan, Billean, Tegaipil dan kawasan lautan sekeliling. Kerajaan negeri Sabah telah melarang sebarang aktiviti perdagangan dan penangkapan ikan di kawasan tersebut (termasuk aktiviti penggambaran dalam laut hidupan marin), berkeluasan melebihi 463 kilometer persegi (46 ribu hektar). Para pelawat dan pelancong yang melawat kawasan itu akan dikenakan bayaran penyelenggaraan.[1][2][3]
Rujukan
sunting- ^ "Lankayan Island - Dive Borneo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-06. Dicapai pada 2009-08-17.
- ^ [Coral-List] Sugud Islands Marine Conservation Area Staff Openings
- ^ http://finsonline.com/articles.php?issue=24&article=99 Diarkibkan 2011-08-10 di Wayback Machine. Cache Google, dicache 19 Disember 2004.