Katakan (album)
Album Katakan merupakan sebuah album yang dihasilkan oleh Kumpulan Nowseeheart pada tahun 2015.[1]
Album Katakan | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 2015 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Kronologi Kumpulan Nowseeheart | ||||
| ||||
Kulit album alternatif | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Album Katakan ini terdiri daripada 9 buah lagu, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah Katakan. Album Katakan merupakan album keenam Nowseeheart selepas Album Kembali mereka yang diterbitkan pada tahun 2011.[2] Album ini memuatkan 9 buah lagu; Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014, dan Fatwa Hati. Menariknya lagu Fatwa Hati yang merupakan ‘killer song’ di dalam album ini turut menampilkan artis popular tanah air iaitu JayJay.
Album Katakan ini dilancarkan dalam satu majlis sidang media yang diadakan bertempat di Terrace Restaurant, Royal Bintang, The Curve pada 20 Januari 2015. Album ini merupakan kemunculan selepas 13 tahun tidak menerbitkan album.
Lagu-lagu beserta lirik di dalam album ini kebanyakannya dicipta dan dihasilkan oleh salah seorang ahli kumpulan Nowseeheart sendiri, juga selaku penerbit album iaitu, Azahari Abdul Rahman. Salah satu lagu di dalamnya juga merupakan lagu yang diabadikan buat Allahyarham Ahmad Firdaus Baharuddin atau lebih mesra disapa Bob Nowseeheart yang merupakan bekas ahli kumpulan tersebut, iaitu lagu berjudul “Damai Di Sana” [3]
Kandungan Lagu
suntingMuka Satu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |||||||
1. | "Katakan" | 3:38 | ||||||||
2. | "Fatwa Hati (Feat. Jay Jay)" | 4:17 | ||||||||
3. | "Sudahlah" | 3:52 | ||||||||
4. | "Selawat Untukmu" | 3:59 | ||||||||
5. | "Aku Sayang Kamu" | 4:05 | ||||||||
6. | "Saksi" | 5:09 | ||||||||
7. | "Damai Di Sana" | 3:36 | ||||||||
8. | "Damai Yang Hilang (2014)" | 4:28 | ||||||||
9. | "Fatwa Hati (Feat. Jay Jay) [Akustik]" | 4:11 | ||||||||