Karl Urban
Karl-Heinz Urban (lahir 7 Jun 1972) ialah seorang pelakon lelaki New Zealand. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem dan siri TV New Zealand seperti Xena: Warrior Princess. Peranan filem Hollywood pertamanya ialah pada 2002 menerusi filem seram Ghost Ship. Sejak itu, beliau berlakon dalam beberapa filem, termasuk trilogi filem The Lord of the Rings menerusi watak Éomer. Beliau juga melakonkan watak Leonard McCoy dalam siri filem reboot Star Trek, Vaako dalam siri filem Riddick, Judge Dredd dalam Dredd, dan Skurge dalam Thor: Ragnarok.[2]
Karl Urban | |
---|---|
Kelahiran | Karl-Heinz Urban 7 Jun 1972[1] |
Pendidikan | Sekolah Gereja St Mark |
Pusat pendidikan | Kolej Wellington |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Natalie Wihongi (k. 2004; pis. 2014) |
Rakan kongsi domestik | Katee Sackhoff (2014–2018) |
Anak-anak | 2 |
Rujukan
sunting- ^ "Miami Herald: Search Results". 7 June 2009.
- ^ "Karl Urban to Star in Amazon Superhero Drama Series 'The Boys'". The Hollywood Reporter.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Karl Urban |