Karbin Bushmaster M4
Bushmaster M4 adalah selaras karbin tempur yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Bushmaster Firearms International, Amerika Syarikat. Sungguhpun rekabentuknya 100% menyerupai karbin M4 yang dikeluarkan oleh Colt, tetapi ia menggunakan sistem tembakan separa-automatik untuk pasaran awam di Amerika. Walau bagaimanapun, ia turut direkacipta bagi kegunaan pasukan tentera dan polis dengan menggunakan sistem tembakan semburan tiga butir (Burst) atau tembakan semburan sepenuhnya (Full-auto).[2] Karbin serbaguna ini menggunakan kaliber peluru .223 Remington dan 5.56 x 45 mm NATO. Bushmaster turut mereka versi raifal berjenama sama yang menggunakan peluru berkaliber 6.8 mm Remington SPC, dikenali sebagai 6.8mm SPC Rifle.[3]
Bushmaster M4 | |
---|---|
Jenis | Karbin |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Lebih 60 buah negara[1] |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Bushmaster Firearms International |
Pengeluar | Bushmaster Firearms International |
Aneka | M4A1, M4A2, M4A3, M4 Post-Ban |
Spesifikasi | |
Berat | 2.82 kg (6.22 lb) tanpa peluru |
Panjang | 882.7 mm (34.75 in) (dengan udi teleskopik) |
Panjang laras | 406.4 mm (16 in) |
Kartrij | .223 Remington, 5.56 x 45 mm NATO, 6.8 mm Remington SPC |
Aksi | Sistem gas, bolt berputar |
Kadar tembakan | Separa-automatik (bagi Pasaran awam) 700–950 butir seminit bagi mod automatik (bagi polis dan tentera) |
Sistem suapan | Versi kelopak STANAG. Kapasiti:
|
Penglihatan | Pejera logam hadapan dan belakang |
Pengenalan
suntingM4 keluaran Bushmaster ini mempunyai 3 siri, iaitu M4A1, M4A2 dan M4A3; perbezaannya M4A3 mempunyai pemegang yang boleh ditanggalkan untuk dipasang pelbagai aksesori. Persamaannya pula, 6.8mm SPC Rifle dikeluarkan dengan tiga siri juga iaitu A1, A2 atau A3. Bagi karbin versi M4 Type Post-Ban ini direkacipta khas untuk kegunaan US Federal Assault Weapons Ban. Sejak itu perkataan ban (diharamkan) kini telah berakhir, karbin ini menggantikan versi M4A2 dan M4A3. Sungguhpun begitu, sesuatu daerah di Amerika telah membentangkan perkara ini ke dalam undang-undang, jadi ia masih lagi dipasarkan.
Terdapat pilihan ke atas dua pengadang cahaya yang berlainan pada M4A2 dan M4A3; iaitu pengadang cahaya jenis 'Izzy' pada laras senjata 14.5" yang mempunyai laras berukuran of 16 inci", dan jenis 'Bird Cage' yang boleh ditanggalkan, dikenali oleh Bushmaster sebagai Patrolman's Carbine, menggunakan laras 16 inci" yang menjadikan senjata ini mempunyai ukuran panjang laras sepanjang 17.5 inci". Kesemua jenis karbin ini berada di bawah pindaan Akta Senjatapi Nasional Amerika yang menggunakan laras minimum iaitu 16" inch bagi versi separa-automatik untuk pasaran awam. Ia turut diperolehi oleh pihak ketenteraan bagi karbin Bushmaster M4 yang didatangkan khas dengan laras 14.5" dan pengadang cahaya 'Bird Cage' yang boleh ditanggalkan.[2] The 6.8mm SPC Rifle only comes with a 16" barrel and a removable 'Izzy' type flash suppressor.[3]
Karbin ini adalah 'klon' asas daripada rekabentuk Colt M4, khasnya bagi pasaran awam sahaja (banyak kelainan jenama bagi senjata separa automatik AR-15). Ia juga satu kelainan pada AR-15 buatan Bushmaster dikenali sebagai karbin 'XM-15'.[4]
Versi standard meliputi:
- Pejera cincin diletakkan di bahagian pemegang
- Menggunakan pemegang senjata yang boleh ditanggalkan (bagi M4A3)
- Udi teleskopik 6-posisi
- Aksesori landasan Picatinny (bagi M4A3)
- Kemampuannya pengisian kelopak senjata sama dengan karbin AR15/M16 STANAG
- Boleh dipasangkan aksesori pada landasan Picatinny.
- Laras mempunyai salutan tebal krom di bahagian bore dan kurung peluru
Pengguna
sunting- Selain Amerika Syarikat, karbin Bushmaster M4 (atau versi yang sama) kini digunakan oleh seluruh organisasi pasukan polis dan tentera di lebih kurang 60 buah negara, seperti Afrika Selatan, Arab Saudi, Australia, Bahamas, Bahrain, Botswana, Brazil, Britain, Brunei, Costa Rica, Ecuador, Emiriah Arab Bersatu, El Salvador, Filipina, Finland, Greece, Guatemala, Haiti, Hong Kong, India, Iraq, Israel, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Jordan, Kanada, Korea Selatan, Kuwait, Lebanon, Malaysia, Mauritius, Mesir, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Papua New Guinea, Panama, Perancis, Peru, Poland, Republik Czech, Republik Dominican, Russia, Singapura, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe[1] dan di tahun 2006 penggantian raifal Remington Model 7600 untuk kegunaan pasukan Armed Offenders Squad Pasukan Polis New Zealand[5]
Selain itu, Malaysia juga turut memperolehi M4 keluaran Bushmaster bagi organisasi ketenteraan dan Angkatan Tentera Malaysia pernah memenangi kejohanan menembak di peringkat antarabangsa, hasil dari penggunaan karbin Bushmaster M4A1 dan Bushmaster M16A2. Antara yang paling menonjol sekali adalah pasukan elit PASKAL (Gambar kiri) dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan pengguna utama Bushmaster M4 versi A2. Selain PASKAL, Kastam Diraja Malaysia turut menggunakan M4 keluaran Bushmaster.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Official Bushmaster Website
- Bushmaster M4 Type Carbine with Izzy Flash Suppressor[pautan mati kekal]
- Bushmaster M4 Type Carbine with Bird Cage Flash Suppressor (Patrolman's Carbine)[pautan mati kekal]
- Bushmaster 6.8mm SPC Rifle Diarkibkan 2007-11-16 di Wayback Machine
- Bushmaster M4 Type Post-Ban Carbine Diarkibkan 2007-11-16 di Wayback Machine. Developed for Federal Assault Weapons Ban requirements, but the ban has now expired.
- Bushmaster M4 Type Carbines brochure (includes M4A2 and M4A3) Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Bushmaster 6.8mm SPC Rifle brochure Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Bushmaster XM-15 rifle manual, includes M4 Type Carbine Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |
- ^ a b "Bushmaster around the world". Bushmaster Firearms International. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-06.
- ^ a b "Bushmaster military models - Bushmaster M4 A2/A3 Type Carbines". Bushmaster Firearms International. 2007. Dicapai pada 2007-09-06.[pautan mati kekal]
- ^ a b "Bushmaster 6.8mm SPC Rifle Tech Sheet PDF" (PDF). Bushmaster Firearms International. 2006-6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-06. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Bushmaster User Manuals & Tech Sheets". Bushmaster Firearms International. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-06.
- ^ "Replacement due for police rifles". New Zealand Police. 2005-5-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-01. Dicapai pada 2007-06-25. Check date values in:
|date=
(bantuan)