Kapal wap
Kapal wap, kapal api atau kapal asap ialah sebuah kapal yang mampu digunakan di laut yang didorong satu atau lebih enjin janaan wap, yang secara tipikalnya menggunakan kuasa daripada enjin untuk memutar kipas bebaling ataupun pengkayuh. Kapal-kapal awal mula berkhidmat dalam awal tahun 1800-an dan biasanya menggunakan designasi SS, S.S. or S/S.
Kemajuan jentera ini membolehkan pelayaran yang dibebaskan daripada kekangan arahan dan laluan dihalakan angin dagang yang meniup kapal-kapal dagang sebelumnya menuju beberapa titik tertentu di Bumi sahaja serta memendekkan tempoh pelayaran dari satu destinasi ke satu destinasi lain secara ketara; hal ini turut membawa kepada pemesatan perdagangan antarabangsa mendorong kepada globalisasi yang memuncak sekitar lewat abad ke-19 dan abad ke-20.[1]
Sejarah
suntingKapal wap pertama yang berjaya berlayar di laut adalah kapal Experiment dibina Richard Wright dari Leeds ke Yarmouth pada Julai 1813.[2][3] Kapal wap pertama berbadan besi pertama adalah Aaron Manby binaan Horseley Ironworks tahun 1821 yang berlayar melalui Selat Inggeris dan selamat tiba di Paris pada 22 Jun 1822;[4] kapal ini seberat 116 tan dengan kelajuan sebanyak 8 knot (9 bsj, 14 km/j).
Pada 1841, sebuah kapal wap perang milik Syarikat Hindia Timur Inggeris bernama Sesostris tiba berlabuh di Singapura dalam persinggahan menuju ke tanah China semasa bergolaknya Perang Candu Pertama. Kelibat kapal ini disaksikan Munsyi Abdullah yang menaiki kapal ini atas jemputan beberapa orang Inggeris lain, beliau menulis mengenai pemerhatiannya terhadap isi kapal ini yang penuh "heran" dalam suatu buku bertajuk Cerita Kapal Asap.[5][6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Pascali, Luigi (24 Ogos 2017). "Globalisation and Economic Development: A Lesson from History". The Long Run. Economic History Society, London School of Economics. Dicapai pada 14 November 2020.
- ^ Malster, R (1971), Wherries & Waterways, Lavenham, m/s. 61.
- ^ Stephen, L. (1894). DNB. Smith, Elder, & Company. m/s. 399. Dicapai pada 28 Disember 2017.
- ^ "Steamships/steamships_dn_07". artistaswitness.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-23. Dicapai pada 28 Disember 2017.
- ^ Abdullah Bin Abdul Kadir; Gallop, Annabel Teh (Mac 1989). "Cerita kapal asap". Indonesia Circle. School of Oriental & African Studies. Newsletter. 17 (47–48): 3–18. doi:10.1080/03062848908729700. ISSN 0306-2848.
- ^ Krishnan, Sanjay (2007). "Reading Globalization from the Margin: The Case of Abdullah Munshi". Representations. University of California Press. 99 (1): 40–73. doi:10.1525/rep.2007.99.1.40. ISSN 0734-6018 – melalui JSTOR.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.