Kapal selam kelas Reis

Kapal selam kelas Reis adalah sekumpulan enam buah kapal selam yang dibina secara berlesen berdasarkan kapal selam Type 214 untuk Tentera Laut Turkiye.[1][15]

Kapal selam kelas Reis
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Reis
Pembina: Limbungan Tentera Laut Gölcük, Turkiye
Pengguna: Bendera tentera laut Turki Tentera Laut Turki
Kos: € 2.06 billion
Dirancang: 6
Ciri-ciri umum
Sesaran:

1,860 t (1,830 long ton; 2,050 short ton) (permukaan)[1]

2,013 t (1,981 long ton; 2,219 short ton) (menyelam)[2]
Panjang: 67.6 m (222 ka)[1]
Lunas: 6.30 m (20.7 ka)[1]
Tinggi: 13.1 m (43 ka) (tidak termasuk periskop)[3]
Draft: 5.8 m (19 ka)[4]
Jana kuasa:
  • 3,900 kW (5,200 hp) enjin utama (Siemens Permasyn)[1]
  • penjana diesel (MTU 16V 396SE 64L sel)[1]
  • 2× bateri (324 Type 30PS15B)[1]
  • 2× 120 kW (160 hp) sel bahan api (Siemens)[1]
Halaju:
  • 10 knot (19 km/j; 12 mph) (timbul)[5]
  • 20 knot (37 km/j; 23 mph) (menyelam)[6]
Jarak:
  • 12,000 nmi (22,000 km; 14,000 bt) at 6 knot (11 km/j; 6.9 mph) (timbul)[7]
  • 420 nmi (780 km; 480 bt) at 8 knot (15 km/j; 9.2 mph) (menyelam)[8]
Anak kapal: 30+11SAT[1]
Krew: 27[9]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Sonar dan kawalan senjata ISUS 90-72[1]
Persenjataan:
  • Tiub torpedo:
  • 8 x 533 mm tiub torpedo[1]
  • 14 x tiub torpedo[10]
  • Torpedo:
  • Mk46 Mod6T[11]
  • Akya[12]
  • DM2A4[13]
  • Peluru berpandu anti kapal:
  • UGM-84 Sub-Harpoon[14]

Sejarah projek

sunting

Pada 28 Disember 2006, Undersecretariat for Defence Industries of the Turkish Ministry of National Defense telah mengeluarkan satu permohonan cadangan, yang mana kemudian telah diubah pada 12 Julai 2007. Menjelang 22 November 2007, syarikat-syarikat seperti DCNS dari Perancis, Navantia dari Sepanyol, dan sebuah konsortium Jerman/Britain yang terdiri daripada Howaldtswerke-Deutsche Werft GmbH (HDW) dan Marine Force International LLP (MFI) telah menghantar cadangan mereka. Setelah menyelesaikan proses penilaian, keputusan telah diumumkan pada 22 Julai 2008 untuk memulakan rundingan kontrak; bermula dengan HDW/MFI. Menjelang bulan Ogos 2008, rundingan dimulakan. Kapal selam Type 214 berkuasa diesel-elektrik buatan ThyssenKrupp memaparkan sistem pendorongan bebas-udara (AIP) telah dipilih, dan program dimulakan pada awal tahun 2009.[16]

Kontrak di antara Setiausaha Rendah bagi Industri Pertahanan Turkiye dengan konsortium HDW/MFI telah ditandatangani pada 2 Julai 2009. Dengan nilai €2.06 billion, projek ini berkuatkuasa pada 22 Jun 2011. Kapal selam kelas ini akan dibina di Gölcük Naval Shipyard dengan bahan-bahan dibekalkan oleh HDW/MFI. Keupayaan limbungan ini akan ditingkatkan untuk membolehkan pembinaan dan pemasangan kapal selam boleh dilakukan.[1][16]

Syarikat-syarikat industri pertahanan Turkiye seperti ASELSAN, HAVELSAN, MilSOFT, Defense Technologies Engineering and Trade Inc. (STM), Koç Information and Defense, TÜBİTAK Defense Industries Research and Development Institute, dan Meteksan Defense, selain syarikat-syarikat industri marin seperti Gürdesan, AYESAŞ, Sirena Marine, Arıtaş, İ-Marine, akan terlibat dalam program ini sebagai sub-kontraktor.[1][17]

Pengeluaran

sunting

Pengeluaran kapal selam kelas Reis, sebelumnya dikenali sebagai kelas Cerbe, akan dilakukan di dalam dua buah hangar besar, Blok A dan B, di dalam Loji Pengeluaran Kapal Selam ("Denizaltı İmalat Fabrikası") di Gölcük Naval Shipyard. Blok B akan menempatkan kerja-kerja memateri dan menyambung kepingan-kepingan badan kapal selam, sementara Blok B akan digunakan sebagai tempat kerja-kerja perhimpunan dan pemasangan di mana ia boleh menempatkan sehingga tiga buat kapal selam pada satu masa yang sama.[1]

Bagi ke enam buah kapal selam ini, nama-nama yang telah dipilih adalah TCG Pirireis, TCG Hızırreis, TCG Muratreis, TCG Aydınreis, TCG Seydialireis dan TCG Selmanreis, bersempena dengan nama-sama para laksamana Tentera Laut Uthmaniyyah pada kurun ke-16 iaitu Piri Reis, Kurtoğlu Hızır Reis, Murat Reis the Elder, Aydın Reis, Seydi Ali Reis dan Selman Reis.[1] Dua buah kapal selam, USS Mapiro  (SS-376) bermula pada tahun 1960 hingga 1973 dan USS Tang (SS-563) bermula pada tahun 1980 hingga 2004, dahulunya dinamakan sebagai TCG Pirireis.

Kapal selam pertama iaitu TCG Pirireis, telah dibaringkan di Gölcük Naval Shipyard dengan upacara pateri dilakukan pada 28 September 2015.[15][17] Pembinaan tiga buah kapal kelas Reis yang lain, iaitu TCG Hızırreis, TCG Muratreis dan TCG Aydınreis, mengikutinya.[17] Pada 22 Disember 2019, TCG Pirireis telah dilancarkan dan diletakkan di dalam dok kering bagi tujuan proses pemasangan.[17][18] Sementara pembinaan tiga buah kapal selam lain berlangsung, pateri pertama bagi kapal selam kelima, TCG Seydialireis, dilakukan pada hari yang sama.[17][18] Kapal selam sulung telah melakukan ujian laut pada bulan Disember 2022.[19]

Enam buah kapal selam dalam kelas ini telah dirancang untuk diserahkan kepada Tentera Laut Turkiye pada sela masa setiap tahun di mana bermula dengan kapal sulung pada tahun 2023. [20]

Ciri-ciri

sunting

Kapal selam kelas Reis merupakan terbitan daripada kapal selam Type 214 yang memiliki keupayaan pendorongan bebas-udara (AIP) dengan menggunakan teknologi sel bahan api. Kapal selam ini mampu membawa torpedo berat, peluru berpandu anti kapal dan menabur periuk api.[21]

Kapal selam dalam kelas

sunting
Nama Pennant Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
PiriReis S-330 Gölcük Naval Shipyard 2015 Mac 2021 Menjalani ujian laut. Dijangka untuk ditauliahkan pada tahun 2024.[22]
HızırReis S-331 Gölcük Naval Shipyard 2017 Mei 2023 Dilancarkan.[23]
MuratReis S-332 Gölcük Naval Shipyard 2018 Towed to the floating dock.[24]
AydınReis S-333 Gölcük Naval Shipyard 2019 Dalam pembinaan.[25]
SeydialiReis S-334 Gölcük Naval Shipyard 2020 Dalam pembinaan.[26]
SelmanReis S-335 Gölcük Naval Shipyard 2022 Dalam pembinaan.[27]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Yeni Tip Denizaltı Projesi" (dalam bahasa Turki). Milli Savunma. 4 September 2019. Dicapai pada 23 December 2019.
  2. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  3. ^ "TCG PİRİREİS denizaltısı deniz denemelerine başladı". 6 December 2022.
  4. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  5. ^ "TCG PİRİREİS denizaltısı deniz denemelerine başladı". 6 December 2022.
  6. ^ "TCG PİRİREİS denizaltısı deniz denemelerine başladı". 6 December 2022.
  7. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  8. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  9. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  10. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  11. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  12. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  13. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  14. ^ "Doğu Akdeniz'deki Donanmaların Denizaltı Durum Analizi". 24 February 2023.
  15. ^ a b "Denizaltı Projeleri - Havadan Bağımsız Tahrik Sistemli (REİS Sınıfı) Denizaltı Projesi" (dalam bahasa Turki). Deniz Kuvvetleri Komuranlığı. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2020. Dicapai pada 23 December 2019.
  16. ^ a b "Reis class Type 214 New Type Submarine Project". Global Security. Dicapai pada 23 December 2019.
  17. ^ a b c d e "Turkey to boost naval strength with 6 new submarines to go into service in 2022-2027". Daily Sabah. 22 December 2019. Dicapai pada 25 December 2019.
  18. ^ a b Kamacı, Mustafa (22 December 2019). "'Pirireis Denizaltısı Havuza Çekiş ve Seydialireis Denizaltısı İlk Kaynak töreni'". Anadolu Agency (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 25 December 2019.
  19. ^ "First Turkish Navy's Reis class submarine Piri Reis starts sea trials". 6 December 2022.
  20. ^ "Turkish Navy's first Reis-class (Type 214TN) AIP submarine begins sea trials". 7 December 2022.
  21. ^ "Turkey's first-generation submarine Piri Reis hits the seas". Hürriyet Daily News. 22 December 2019. Dicapai pada 26 December 2019.
  22. ^ "Turkey's first Reis-class submarine starts sea trials". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-12.
  23. ^ "HIZIRREİS denizaltısı suya indirildi | SavunmaSanayiST" (dalam bahasa Turki). 2023-05-25. Dicapai pada 2023-05-25.
  24. ^ "Yapım ve donatımı süren "TCG MURATREİS" denizaltısı yüzer havuza çekildi". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-06-09.
  25. ^ "Turkey's first Reis-class submarine starts sea trials". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-12.
  26. ^ "Turkey's first Reis-class submarine starts sea trials". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-12.
  27. ^ "Turkey's first Reis-class submarine starts sea trials". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-12.