Kanta fotografi
Kanta fotografi (atau kanta objrk) ialah sejenis atau sehimpunan kanta optik yang digunakan dalam mekanisme kamera untuk menghasilkan imej objek sama ada pada filem atau mana-mana bahantara yang mampu menyimpan imej secara kimia mahupun elektronik.
Walaupun secara prinsipnya kanta cembung ringkas adalah memadai, namun secara praktis kanta majmuk yang terdiri daripada sebilangan unsur kanta optik diperlukan untuk membetulkan (sebaik mana yang mampu) sebilangan besar aberasi optik yang timbul. Sesetengah aberasi pasti akan timbul di mana-mana sistem kanta. Oleh itu, pereka kanta bertanggungjawab mengimbangi aberasi tersebut dan menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kegunaan fotografi dan penghasilan secara besar-besaran.
Tiadanya perbezaan ketara dari segi prinsip antara kanta yang digunakan untuk kamera, teleskop, mikroskop, atau mana-mana peranti seumpamanya, cuma rekaan terperinci dan pembinaannya yang berlainan.
Kanta boleh ditetapkan dalam kamera secara berkekalan, ataupun ditukatkan dengan kanta-kanta yang berlainan jarak fokus, apertur, dan ciri-ciri lain.
Teori fungsi
suntingKebanyakan kanta fotografi dapat dibayangkan sebagai kanta lubang jarum yang diubah suai. Kanta lubang jarum memang pilihan tepat, tetapi ada batasnya, iaitu leraian terhad, kerana mengikut ilmu optik geometrik, lubang jarum yang lebih kecil meningkatkan leraian tetapi mengurangkan cahaya; apatah lagi pembelauan mengehadkan keberkesanan pengecilan lubang. Justeru itu, kebanyakan kanta fotografi boleh dibayangkan sebagai jawapan kepada persoalan "bagaimanakah untuk mengubah suai kanta lubang jarum untuk melebihkan kemasukan cahaya sambil meningkatkan leraiannya?" Langkah pertama adalah memasang kanta cembung ringkas pada lubang jarum dengan jarak fokus yang bersamaan dengan jarak dari satah filem (dengan anggapan bahawa kamera akan mengambil gambar objek jauh). Ini membolehkan kita membuka sedikit lubang jarum itu. Geometrinya hampir-hampir sama dengan kanta lubang jarum ringkas, cuma tidak diterangi oleh sinaran cahaya tunggal, sebaliknya setiap titik imej diterangi oleh "sepensel" sinaran cahaya yang difokuskan. Kita berdiri di hadapan kamera dan memerhatikan lubang kecil itu. Imej ini dikenali sebagai pupil masuk, di mana segala sinaran cahaya yang meninggalkan sesuatu titik objek yang melalui bukaan ini akan difokuskan pada titik yang sama pada filem. Andainya kita berada dalam kamera, kita akan menyaksikan kanta bertindak selaku projektor. Imej bukaan ini merupakan pupil keluar.
-
Jika lubang jarum besar, tompok imej juga besar, tetapi kabur.
-
Jika lubang jarum kecil, maka cahaya dikurangkan, apalagi pembelauan menghalang tompok imej dari mengecil lagi.
-
Dengan kanta ringkas, banyak lagi cahaya yang boleh difokuskan dengan jelas.
Kanta fotografi amali merangkumi berbagai-bagai unsur kanta. Unsur-unsur tambahan ini membolehkan pereka kanta mengurangkan pelbagai aberasi, namun prinsip fungsinya tetap sama: "pensel-pensel" sinaran dikumpul di pupil masuk dan difokuskan dari pupul keluar hingga ke satah imej.
Pautan luar
sunting- Lens article at Camerapedia.org
- Photo.net Lens Tutorial
- Canon virtual lens plant Diarkibkan 2007-08-14 di Wayback Machine (requires Flash)
- optical glass