Kanggaru (Jawi: كڠݢارو) atau kangguru ialah sejenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae yang ditemukan di benua Australia. Ada empat jenis kanggaru yang besar dalam keluarga tersebut, iaitu kanggaru merah, kanggaru antelop, kanggaru kelabu timur dan kanggaru kelabu barat dalam genus Macropus.[1]

Kanggaru
Kanggaru kelabu timur betina
dengan anaknya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Gray, 1821

Kerajaan negara Australia menganggarkan 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan pertanian komersil negara tersebut pada tahun 2019, menurun daripada 53.2 juta ekor pada tahun 2013.[2] Secara amnya, kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula diancam kepupusan.

Etimologi

sunting

Perkataan kanggaru dan kangguru (atau asalnya kangaroo dalam bahasa Inggeris)[3] berasal daripada perkataan gangurru dalam bahasa Guugu Yimidhirr yang dipakai kepada spesies kanggaru kelabu timur yang jarang ditemui.[4][5][6][7] Nama tersebut julung kalinya dicatat sebagai "kanguru" pada 4 Julai 1770 dalam diari ahli alamiah Joseph Banks; catatan ini berlaku di tapak pekan Cooktown moden tepi Sungai Endeavour di mana kapal HMS Endeavour yang dipegang kuasa oleh Leftenan James Cook tersadai selama hampir tujuh minggu untuk membaiki kerosakan yang dialami kapalnya selepas melanggar Terumbu Sawar Besar.[8]

Ada satu legenda terkenal mengenai nama kanggaru ini: Leftenan James Cook dan Joseph Banks sedang meneroka tanah Australia apabila mereka menemui haiwan terbabit. Mereka menanya seorang tempatan paling dekat dijumpa nama makhluk itu. Orang tersebut menjawab "kangaroo" yang dikatakan bermaksud "saya tidak faham kamu", lalu Cook mengambil apa yang didengarnya dari mulut orang tempatan itu menjadi nama haiwan ini.[6] Ahli anthropologi Walter Roth cuba membetulkan kesilapan ini seawal tahun 1898, tetapi sedikit sahaja orang yang ambil perhatian sehingga kajian ahli bahasa John B. Haviland bersama penutur bahasa Guugu Yimithirr pada tahun 1972 berjaya membetulkan salah faham tersebut.[6][7]

Kitab Vortaro tahun 1923 mentakrifkan kangguru paling awal dalam perkamusan Melayu dengan gambaran seperti suatu "tikus berkantung".[3]

Anatomi

sunting

Kanggaru mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat, ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri, serta kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu marsupium untuk melengkapkan lanjut perkembangan posnatum anak.[9]:79

Kanggaru melompat menggunakan kaki belakangnya.[10] Ekornya digunakan untuk mengimbang badan sambil meloncat.[9]:79 Ia boleh melompat sambil mencapai kelajuan kira-kira 20–25 km sejam, ia boleh melompat jauh sehingga 70 km/j dalam jarak yang pendek.[11]

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Kanggaru kelabu timur meragut pelbagai jenis rumput.[12]

Pembiakan

sunting

Anak seekor kanggaru lahir selepas 30 hari, ia merangkak naik ke dalam kantung induknya untuk menyusu. Seekor kanggaru betina boleh mengendongkan tiga anak dalam kantungnya.[9]:80

Hubungan dengan manusia

sunting

Kanggaru liar diburu sebagai sumber daging dan bulu, selain juga untuk peladang mempertahankan padang ragut bebiri mereka.[13]

Kanggaru merupakan haiwan kebangsaan Australia: ia sering tampil pada jata negara[14] dan bentuk matawangnya[15] serta juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan sana termasuk syarikat penerbangan Qantas.[16] Banyak pasukan sukan Australia dinamakan sempena kanggaru; malah kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia.

Rujukan

sunting
  1. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 64 & 66. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ "Kangaroo population estimates" (PDF). Wildlife Trade. Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar Kerajaan Australia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 Julai 2021. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  3. ^ a b Kwik Khing Djoen (1923). "kangaroo (E)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 164. ...kanggoeroe, saroepa binatang seperti tikoes, jang di peroetnja sebla loear ada kantong boeat kandoet anaknja.
  4. ^ Etymology of mammal names URL dicapai 7 Januari 2007.
  5. ^ Stephens, S.E.; Cilento, Raphael (1976). Introduction to Cooktown and its Museum. Yayasan Kebangsaan Queensland. ASIN B0000CPFEZ.
  6. ^ a b c Jennings, Ken (7 Ogos 2019). "The Debunker: Where Does the Word "Kangaroo" Come From?". Woot. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2019. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  7. ^ a b Haviland, John B. (1974). "A last look at Cook's Guugu-Yimidhirr wordlist" (PDF). Oceania. 44 (3): 216–232. doi:10.1002/j.1834-4461.1974.tb01803.x. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 Mac 2012. Dicapai pada 13 April 2008.
  8. ^ Wharton, W.J.L., penyunting (1893). Captain Cook's Journal During the First Voyage Round the World. London, England, UK: Elliot Stock.
  9. ^ a b c Dawson, T. J. (1977). "Kangaroos". Scientific American. 237 (2): 78–89.
  10. ^ Briggs, Helen (6 February 2019). "When did the kangaroo hop? Scientists have the answer". BBC News. Dicapai pada 5 February 2023. Living kangaroos are the only large mammal to use hopping on two legs as their main form of locomotion.
  11. ^ Penny, Malcolm (2002). The Secret World of Kangaroos. Austin, Texas, Amerika Syarikat: Raintree Steck-Vaughn. m/s. 22. ISBN 978-0-7398-4986-6.
  12. ^ Wilson, Don E.; Mittermeier, Russell A. (2015). Handbook of the mammals of the world. 5: Monotremes and marsupials. Barcelona, Sepanyol: Lynx. m/s. 630–735. ISBN 978-84-96553-99-6.
  13. ^ Kell, John (31 Julai 1997). "Kangaroo Industry Background". Kangaroo Industries Association of Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2009. Dicapai pada 5 April 2009.
  14. ^ "About Australia". Jabatan Hal Ehwal dan Perdagangan Luar Negeri. Kerajaan Australia. 31 Mac 2022. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  15. ^ "One Dollar". Royal Australian Mint. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  16. ^ "The Kangaroo Symbol". Qantas. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2006.

Sumber-sumber

sunting
  • Dawson, Terence J. 1995. Kangaroos: Biology of the Largest Marsupials. Cornell University Press, Ithaca, New York. Second printing: 1998. ISBN 0-8014-8262-3.
  • Flannery, Timothy Fridtjof, et al. 1996. Tree Kangaroos: A Curious Natural History. Reed Books, Melbourne. ISBN 0-7301-0492-3
  • Underhill D. 1993. Australia's Dangerous Creatures, Reader's Digest, Sydney, New South Wales, ISBN 0-86438-018-6
  • Weldon, Kevin. 1985. The Kangaroo. Weldons Pty. Ltd., Sydney. ISBN 0-949708-22-4

Pautan luar

sunting
  • The Kangaroo Genome Project Diarkibkan 2008-12-01 di Wayback Machine di Universiti Kebangsaan Australia