Wilayah Kanagawa
Wilayah Kanagawa (神奈川県 , Kanagawa-ken) ialah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kawasan Kantō di Honshū, Jepun. Ibu kotanya ialah Yokohama. Kanagawa tergolong dalam kawasan metropolitan Tokyo Raya.
Ibu wilayah | Yokohama |
Kawasan | Kantō |
Pulau | Honshū |
Gabenor | Shigefumi Matsuzawa |
Keluasan | 2,415.42 km² (ke-43) |
- % air | 2.3% |
Penduduk (1 Januari 2009) | |
- Populasi | 8,965,000 (ke-2) |
- Kepadatan penduduk | 3,711.6 /km² |
Daerah | 6 |
Perbandaran | 34 |
ISO 3166-2 | JP-14 |
Laman rasmi | www.pref.kanagawa.jp/ |
Lambang Wilayah | |
- Bunga | Bunga Bakung Bersinar Emas (Lilium auratum) |
- Pokok | Ginkgo (Ginkgo biloba) |
- Burung | Burung Camar Biasa (Larus canus) |
Lambang Wilayah Kanagawa |
Geografi
suntingKanagawa ialah sebuah wilayah agak kecil yang terletak di sudut tenggara Dataran Kantō[1], tersepit di antara Tokyo di utara, tapak Gunung Fuji di barat laut, dan Teluk Sagami[1] dan Teluk Tokyo di selatan dan timur. Bahagian timur wilayah ini pula agak rata dan padat dengan pembandaran, termasuklah bandaraya-bandaryaa pelabuhan yang besar iaitu Yokohama dan Kawasaki.
Kawasan tenggara berhampiran Semenanjung Miura kurang bandarnya, dengan kota lama Kamakura yang menarik para pelancong ke kuil-kuilnya. Bahagian barat yang bersempadan dengan wilayah-wilayah Yamanashi dan Shizuoka di barat,[2] lebih bergunung-ganang dan merangkumi kawasan-kawasan percutian seperti Odawara dan Hakone. Kawasan yang terbentang 80 km dari barat ke timur dan 60 km dari utara ke selatan, mengisi tanah seluas 2,400 km persegi, ataupun 0.64 % daripada jumlah keluasan Jepun.[2]
Topografi
suntingSecara topografi, Wilayah Kanagawa terdiri daripada tiga kawasan berbeza. Kawasan barat yang bergunung-ganang bercirikan Banjaran Gunung Tanzawa dan Gunung Berapi Hakone. Kawasan timur yang berbukit-bukau pula bercirikan Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura. Kawasan tengah pula yang mengelilingi Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura, terdiri daripada teres sungai rata dan tanah pamah di sekitar sungai-sungai terbesar termasuk Sungai Sagami, Sungai Sakai, Sungai Tsurumi, dan Sungai Tama.[2]
Sungai Tama membentuk kebanyakan sempadan antara Kanagawa dan Tokyo. Sungai Sagami mengalir melalui tengah-tengah wilayah. Di kawasan barat, Sungai Sakawa melalui Tanah Pamah Sakawa, di antara Gunung Berapi Hakone di barat dan Perbukitan Ōiso di timur, dan mengalir ke Teluk Sagami.[1]
Bandaraya
sunting
|
|
Bandar dan kampung
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Templat:Webtrans
- ^ a b c Templat:Webtrans
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah Kanagawa |
- Official Kanagawa Prefecture homepage Diarkibkan 2012-01-20 di Wayback Machine
- Official Kanagawa Living homepage
- KANAGAWA NOW JAPAN Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine Kanagawa Prefectural Tourist Association website (English)