Kampung Tuie, Debak

Tuie, Debak 95500

sunting

Kampung Tuie, Debak adalah sebuah kampung majoritinya berketurunan Melayu terletak di pesisir sungai. Kampung tuie Debak merupakan sebuah perkampungan Melayu Saribas yang selama ini semenjak dari tahun 1960-an lagi telah diletakkan didalam pentadbiran Daerah Debak menggunakan poskod 95500. Jalanraya Dari Pekan Utama di sini iaitu Pekan Debak dari Kampung Tuie adalah dimana sebelumnya penduduk kampung tuie yang ingin melanjutkan pelajaran adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas semenjak dari tahun 60-an lagi sehingga sekarang masih ada dan masih diteruskan, mereka terpaksa menggunakan jalan yang melalui kampung mangut dan kampung bungin untuk ke Debak yang memakan masa hampir 40 minit dan itu sangat menyukarkan masyarakat setempat. Namun kini tidak lagi, Jalan Raya baru Direct dari Debak Ke Tuie telah menjadi pelan pembangunan kerajaan, dimana melalui BDDA Betong District Developement Agency perjalanan dari Tuie ke Debak sudah dapat dipendekkan dengan hanya memakan perjalanan selama kurang dari 10 minit perjalanan dengan kelajuan biasa.

 Jika kembali di ingati di masa lalu, dalam (2023) 15 tahun ke belakang, Debak sememangnya menjadi pekan utama penduduk tuie untuk urusan pentadbiran, berjual beli, dan segala keperluan mereka untuk dibawa pulang dengan menggunakan jalan air. Sebenarnya jika dilihat melalui peta, Kampung Tuie sebenarnya dekat sahaja dengan Debak, khususnya kampung Dit di Debak dengan berjarak kurang daripada 10 kilometer. Hal ini menjadi bukti apabila hubungan antara Tuie dan Debak amatlah rapat semenjak dari dulu lagi apabila terdapat ramai malah majoriti penduduk di Tuie dan kampung dit adalah kebanyakannya daripada mereka adalah bersaudara dekat yang berkongsi cara hidup dan budaya yang sangat intim.  Berdekatan di sini juga terdapat daerah yang berhampiran iaitu daerah pusa yang dua kali ganda jauhnya dan sangat menyulitkan, namun dengan adanya jalan baharu dari Debak Ke Tuie telah memendekkan jarak perjalanan dari Debak Ke Tuie untuk memenuhi keperluan seharian seperti keperluan perubatan, urusan pentadbiran, aktiviti jual beli, mengisi minyak, aktiviti mengambil duit dengan adanya ejen bank di Pasar Debak dan bakal dibina ATM adalah pakej lengkap dan sederhana bagi memenuhi keperluan seumpamanya.

Kehidupan penduduk di sini adalah aman dan makmur dengan aktivitinya harian mereka bersawah padi, berkebun, bercucuk tanam dan juga menangkap ikan. Tanah kebun dan ladang mereka ditanami dengan pokok-pokok nanas, rambutan, limau dan sebagainya. Selain itu,penduduk dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lain seperti kemudahan elektrik, telefon, klinik kesihatan dan juga sekolah rendah (SK Tuie, 95500 Debak.

Bandar berdekatan: Daerah Debak

Koordinat-koordinat:   1°32'23"N   111°20'59"E